Sudah menjadi fitrah manusia untuk memiliki kulit yang sihat dan menawan. Namun tahukah anda, untuk memiliki kulit yang sihat dan menawan perlu dirawat dari dalaman? Sebelum kita memulakan proses untuk mencantikkan kulit, perlu untuk kita 'membersihkan' dalaman kita terlebih dahulu.
Bagaimana untuk membersih dalaman? Dalaman sebenarnya boleh dibersihkan dengan probiotik dan prebiotik kerana kedua-dua ini mampu membersihkan dan menyihatkan usus. Usus yang sihat dapat mencantikkan kulit dari dalaman.
Apakah itu probiotik dan prebiotik? Probiotik adalah mikroorganisma yang mesra manusia yang bermanfaat untuk kesihatan sistem gastrousus manusia. Tubuh manusia penuh dengan bakteria yang baik dan buruk, dan probiotik selalu mewakili kumpulan bakteria yang baik dan berfaedah.
Manakala Prebiotik adalah bahan makanan yang tidak dapat dicerna yang
mendorong pertumbuhan dan penyelenggaraan probiotik usus yang bermanfaat.
Apakah pula definisi Probiotik dan Prebiotik ini?
Probiotik: Menurut Probiotik Pertubuhan Kesihatan Dunia
(2001), probiotik ditakrifkan sebagai "mikroorganisma hidup yang, apabila ditadbir
dengan jumlah yang mencukupi, memberikan manfaat kesihatan kepada tuan
rumah".
Prebiotik: Menurut risalah Roberfroid yang terdapat dalam
Journal of Nutrition (2007), definisi prebiotik adalah "Prebiotik adalah
ramuan terpilih yang membolehkan perubahan tertentu, baik dalam komposisi dan /
atau aktiviti dalam mikroflora gastrointestinal yang memberikan faedah apabila
menjadi tuan rumah kesejahteraan dan kesihatan. "
Jadi..Apakah sebenarnya fungsi Probiotik dan Prebiotik ini terhadap tubuh manusia? Buat pengetahuan, fungsi Probiotik meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan saluran pencernaan organisma tuan rumah mereka. Manakala fungsi Prebiotik pula adalah ;
- Menyediakan makanan untuk probiotik
- Menambah bilangan atau aktiviti bifidobakteria dan bakteria asid laktik
- Mengubah komposisi mikroorganisma berfaedah ke arah yang positif
- Membawa peningkatan pengeluaran asid lemak rantaian pendek (SCFA)
Kitsui Whitie Snow | Kejelitaan Kulit Bermula Dari Dalaman
- Probiotik + Prebiotik 175ME
- Vitamin C
- Vitamin B3 (Niacinamide)
- Grape Seed Extract
𝐃𝐢𝐬𝐜𝐨𝐮𝐧𝐭 𝐕𝐨𝐮𝐜𝐡𝐞𝐫 𝐂𝐨𝐝𝐞 + 𝐅𝐫𝐞𝐞 𝐆𝐢𝐟𝐭 🎁
Guna code
"KITSNOW" semasa checkout & nikmati 25% off (capped at RM2) di
Kitsui Official Shopee Mall
1 Comments
Waaa makin banyak produk Kitsui keluarkan yaaa.. yang ni bagus ni untuk penjagaan wajah.. boleh laa cuba plak yang ni...
ReplyDelete