Bercerita tentang Datuk Wira Dr Azizan Osman, pasti anda terbayangkan seminar-seminar yang dihadiri oleh selautan manusia.
Selama bertahun-tahun Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama RichWorks berusaha keras membantu membimbing usahawan untuk berjaya.
Terkini, mereka bakal mengadakan Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman
Buat pengetahuan, RichWorks adalah sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.
Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
- Pengurusan Bisnes
- Pemasaran
- Jualan
- Pematuhan Undang-undang
- Perakaunan & Percukaian
- Operasi
- Kepimpinan
- Pembangunan diri
- Pelaburan
Sedikit Mengenai Datuk Wira Dr Azizan Osman
Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman
Umum merasakan bahawa kedatangan 2022 agak getir dengan kenaikan pelbagai harga barang. Keadaan ini memberi bayangan bahawa ekonomi dunia sekarang dalam keadaan yang tidak menentu.
Tambahan pula dengan masalah pandemik yang masih tidak berpenghujung dan musibah banjir yang melanda negara kita baru-baru ini menyebabkan ramai yang kehilangan sumber utama pendapatan.
Justeru itu Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.
Ini apa yang dikongsikan Dr Azizan ;
Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.
Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.
Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.
Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.
Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!
Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.
Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.
Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.
Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.
Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.
Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.
Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?
Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.
Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.
Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.
Menurut pendapat peribadi aku sendiri, dikala ini sememangnya rakyat Malaysia memerlukan motivasi untuk bangkit kembali setelah bertahun kita dihantui dengan situasi pandemik yang tidak berkesudahan.
Program-program seperti ini sebenarnya sangat membantu bukan sahaja secara ilmiah tetapi dari segi emosi dan spiritual yang mana menjadi fitrah manusia memerlukan sokongan moral disaat berada dalam fasa getir kehidupan.
Jadi, kesimpulannya buat mereka di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program Live Session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman ini untuk kita sama-sama mencari jalan mengubah kedudukan ekonomi kita sekarang.
Anda boleh sertai Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman ini di saluran Telegaram Azizan Osman Official
2 Comments
Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan
ReplyDeleteTahniah DAO dan semua peserta yang terlibat..
ReplyDelete