Dah lama rasanya aku tak berkongsi resipi. Untuk artikel kali ini aku ingin berkongsikan resipi Rendang Hijau.
Resipi Rendang Hijau
Bahan-bahannya ;
1. 1 ekor ayam (dipotong mengikut citarasa anda)
2. 5 biji bawang besar
3. 1 labu bawang putih
4. Segenggam cili api/ padi hijau - boleh lebihkan jika suka pedas (pastikan hanya menggunakan cili yang berwarna hijau untuk kita dapatkan rendang berwarna hijau kekuningan.)
5. 1 inci halia
6. 1 inci lengkuas
7. 1 kotak santan (1 kotak kecil sudah memadai)
8. 2 sudu besar kerisik
9. 1 sudu besar gula pasir (boleh tambah mengikut citarasa anda)
10 . Garam secukupnya
11 . Sedikit Empat sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)
12 . Minyak untuk menumis
13. 1 sudu kecil serbuk kunyit
14. Serai diketuk
15. Daun kunyit dihiris halus
Cara-caranya ;
1. Perapkan seketika ayam bersama serbuk kunyit & garam kemudian goreng seketika (proses ini untuk matikan air ayam supaya rendang tak cepat basi) dan ketepikan.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas & cili api (lebih sedap jika kisar menggunakan food processor kerana tak banyak air seperti blender)
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
4. Tumis bahan kisar bersama 4 sekawan sehingga sedikit garing.
5. Masukkan ayam. Gaul rata.
6. Masukkan santan bersama 1 cawan air.
7. Masukkan kerisik bersama gula dan garam.
8. Masukkan serai yang diketuk dan 1 sudu kecil serbuk kunyit.
9. Kecilkan api dan biarkan rendang sedikit kering (sekali sekala kacau supaya rendang tak berkerak dan hangit)
10. Taburkan daun kunyit, gaul rata dan tutup api.
11. Sedia dihidang bersama nasi himpit atau lemang dan pulut kuning.
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
2 Comments
Adoiii pepagi masuk nampak rendang .. weiii spoil mood betullah.. terus lapo, rasa nak ketuk pintu uma ko hahahaha.. dapnya, nanti nak cuba laaaa
ReplyDeleteHaha buat tau sis..senang n sedap ni
Delete