Kehangatan bahang kemeriahan bulan Ramadan 2022 semakin terasa apabila semakin banyak jemputan Ramadan Preview diterima.
Untuk Ramadan preview kali ini aku ingin mengajak pembaca blog aku untuk ke restoran Ummis Hijau Kasturi yang terletak di Sentul Village.
Nama Ummis Hijau Kasturi sebenarnya bukanlah asing dikalangan syarikat korporat ternama seperti Gamuda, BERNAMA, Astro dan banyak lagi kerana mereka sering membuat tempahan katering bagi majlis-majlis mereka.
Buat pengetahuan, pemilik restoran Ummis Hijau Kasturi adalah pasangan suami isteri yang juga chef iaitu Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah.
Pernah berkhidmat sebagai chef peribadi istana dan kerabat diraja Brunei, pasangan suami isteri yang terkenal dengan masakan yang enak ini telah bersepakat untuk menyediakan sajian istana dan nusantara sempena bulan Ramadan yang bakal tiba April nanti.
Antara menu istana yang bakal dihidangkan ialah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai Lemak Rebung dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah (paru lembu), Sambal Ikan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan, Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.
Dengan harga RM35.90 nett untuk dewasa dan RM17.90 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan warda emas berumur 60 tahun ke atas, Ummis Hijau Kasturi sekaligus menjadi antara buffet Ramadan yang termurah di ibu negara pada tahun ini.
Dalam masa yang sama, Ummis Hijau Kasturi turut mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian restoran. Untuk itu, pihak mereka telah menetapkan hanya menerima 70 orang pengunjung dalam satu masa sahaja.
Sambutan Hari Jadi Khai Artzfar & Ulang Tahun ke-12 Blog Budak Pacak
Sempena tarikh cantik 22.2.22, rakan blogger antara yang terapat dengan aku iaitu Khai Artzfar telah menyambut ulang tahun kelahirannya.
Tarikh yang sama beliau berkongsi ulang tahun ke-12 blog beliau iaitu www.budakpacak.com. Majlis ulang tahun tersebut telah diadakan secara sederhana tetapi meriah di restoran Ummis Hijau Kasturi.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh rakan blogger dan wartawan. Menurut Khai, majlis ini diadakan bukan sahaja ingin menunjukkan bahawa dia masih bergiat aktif dalam penulisan blog, malah ia sebagai satu penghargaan buat rakan-rakan media, blogger, pengamal media sosial serta pegawai perhubungan awam dan komunikasi pelbagai bidang yang banyak membantunya menaikkan nama sepanjang 12 tahun ini.
Sebenarnya saya sudah lama merancang untuk mengadakan majlis seumpama ini apatah Blog Budak Pacak sudah mencapai 12 tahun penubuhannya. Namun disebabkan PKP yang lalu, saya terpaksa lupakannya.
Bercakap mengenai soal karier dan blog, kongsi Khai ketika ini dia sememangnya menumpukan kerjaya sebagai seorang wartawan hiburan. Akan tetapi menurutnya, blog tidak akan dilupakan kerana ia adalah titik permulaan kerjaya serta pengenalan namanya di dalam industri penulisan.
Sebelum saya menjadi wartawan, saya ada cakap dekat majikan yang saya ingin dan akan teruskan penulisan blog kerana ia adalah sebahagian identiti diri saya. Alhamdulillah syarikat memahami dan bagi menghormati mereka saya tidak mencampurkan genre penulisan dalam kedua-dua platform tersebut. Untuk blog saya menulis lebih ke arah peribadi dan gaya hidup manakala di portal sudah tentu fokus kepada perihal hiburan
katanya lagi
Dalam majlis yang dihadiri oleh 50 orang tetamu pelbagai latar belakang itu turut mendapat pelbagai tajaan rakan-rakan strategik Khai sebagai tanda sokongan. Selain Ummis Hijau Kasturi sebagai penaja lokasi, syarikat kek keju terkenal di Kuala Lumpur, Cat & The Fiddle berbesar hati menaja kek sambutan hari lahirnya.
Menyerikan lagi suasana, usahawan tempatan Aspeks Kitchen turut menaja biskut dan 22 kek cawan sebagai simbolik tarikh lahir Khai yang unik pada tahun ini. Manakala, stokis Heads Shampoo, M Cosmec dan portal hiburan Gayah Is Typing serta Buzzing Malaysia telah menaja hadiah cabutan bertuah buat para tetamu.
Buat Khai, didoakan semoga terus sukses dalam kerjaya.
Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan atau sebarang acara dari Ummis Hijau Kasturi, anda boleh hubungi pihak Ummi Hijau Kasturi di ;
Talian : 03-40324383 (pejabat), 017-6534133 (operasi), 011-23058511
Facebook : ummishijaukasturi
Instagram : ummishijaukasturi
Alamat : G3A, Sentul Village Service Apartment, No.10 Jalan Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur
*Klik link ini untuk hotel review https://t.me/hotelreviewbymin
3 Comments
Suka tengok menu-menu dia, kemelayuan sangat, lagi Sis ko nampak ada paru goreng oii... adeii terliurr... blog Khai sama lebih kurang tahun blog Sis.. jumpa tuannya je sekali dulu hehehe
ReplyDeleteSajian nampak menarik dan sedap ni. Mesti sesuai untuk seisi keluarga menikmatinya
ReplyDeleteperghh plating dia pun ala istana gitu...
ReplyDelete