Sarly's Daging Empal Bogor Hidangan Enak Dan Mudah Disediakan

Bercerita tentang empal daging, pastinya kita akan terbayangkan keenakan rasa masakan yang berasal dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Buat pengetahuan, daging empal merupakan salah satu makanan khas Sunda, Jawa Barat atau lebih tepat lagi menu ini agak terkenal di Bogor.




Keistimewaan empal daging ini adalah pada keunikan cara penyediaannya. Daging ini direbus dahulu, kemudian dihiris dan diketuk satu persatu sebelum direbus bersama rempah ratus dalam tempoh masa yang panjang untuk membiarkan rempah tersebut meresap sebati ke dalam daging dan menjadikannya lebut dan enak. Kemudian barulah digoreng.


Empal daging ini kebiasaannya disajikan di majlis-mahlis keramaian seperti kenduri atau hari raya. Ianya sangat sesuai disajikan bersama sambal penyet dan enak dimakan bersama lemang, nasi himpit atau nasi putih.



Sarly's Daging Empal Bogor Hidangan Enak  Dan Mudah Disediakan


Seiring dengan arus kemodenan, untuk menikmati hidangan enak Indonesia kini tidak lagi susah. Tanpa perlu merentas benua dan negara, juga tanpa perlu melalui proses masakan yang panjang, kini daging empal boleh didapati dengan mudah di negara kita sendiri.


Menyedari betapa menu ini menjadi kegemaran ramai, Sarly's memperkenalkan Daging Empal Bogor dalam pek yang sedia dimakan. Maknanya anda tidak perlu lagi renyah mencari resipi semata-mata untuk menikmati hidangan menu istimewa Indonesia ini.




Apa yang perlu anda lakukan adalah ;


  • Keluarkan pek aluminium yang terdapat dalam setiap bungkusan Sarly's Daging Empal Bogor
  • Panaskan pek di atas dapur atau microwave selama 2-3 minit
  • Buka pek aluminium dan tuangkan kembali ke dalam pek utama
  • Goncangkan
  • Sedia untuk dimakan.

Mudahkan? Itu langkah yang diajar dan ditunjukkan oleh Sarly's jika anda ingin menghangatkan Sarly's Daging Empal Bogor. Namun sebenarnya jika anda kesuntukan waktu, tidak perlu pun menghangatkan kembali Sarly's Daging Empal Bogor tersebut kerana Sarly's Daging Empal Bogor memang sudah sedia dimakan, asalkan ada nasi panas sudah memadai.





Pendapat Peribadi Aku Mengenai Sarly's Daging Empal Bogor



Secara peribadi, ketika melihat bungkusan hati dah terdetik yang mesti rasa Sarly's Daging Empal Bogor ini pasti sedap namun aku tak mahu meletakkan harapan yang tinggi.


Apabila bungkusan dibuka, hati agak teruja melihat tekstrur daging yang nampak lembut dan ketulan dagingnya besar dan tebal, tidak seperti kebanyakan masakan berasaskan daging yang dibeli biasanya ketulan daging yang kecil.


Bila dijamah, ternyata berbaloi aku membeli Sarly's Daging Empal Bogor ni kerana rasanya yang sangat padu! Dagingnya yang dimasak empuk sempurna bersama perapan rempah ratusnya membuatkan mulut tak henti mengunyah. Tambahan lagi aku makan Sarly's Daging Empal Bogor ini bersama nasi himpit..memang cukup enak! 


Jika ditanya aku akan membeli lagi? Sudah pasti jawapannya YA kerana ternyata rasa Sarly's Daging Empal Bogor ini sangat memenuhi citarasa aku.



Dari segi harga pula, Sarly's Daging Empal Bogor ini dibungkuskan di dalam pek seberat 200g dan harganya ialah RM38 (Semenanjung Malaysia) RM40 (Sabah & Sarawak).


Namun begitu, terdapat harga istimewa buat mereka yang membeli secara kombo iaitu RM100 untuk 3 pek. Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan Sarly's Daging Empal Bogor pada harga yang istimewa.




Peluang Untuk Menjana Pendapatan Bersama Sarly's Daging Empal Bogor


Ini pula berita baik buat mereka yang ingin menjana pendapatan bersama Sarly's Daging Empal Bogor kerana kini Sarly's Daging Empal Bogor membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen mereka dengan modal serendah RM300 sahaja.



Apakah kelebihan yang anda akan dapat jika menjadi ejen mereka? Ha..sebenarnya agak banyak kelebihan jika anda menjadi ejen mereka, antaranya ialah ;

  • Pendaftaran percuma
  • Margin keuntungan yang tinggi
  • Group support yang positif
  • Royalties
  • Reward bonus
  • Kelas bisnes percuma
  • Marketing Tools disediakan

Bagi mereka yang berminat untuk membeli mahupun untuk menjadi ejen Sarly's Daging Empal Bogor, bolehlah menghubungi mereka di ;

Tel : +6018-228 6687
Facebook : Sarly's
Instagram : Sarly's Official HQ


Post a Comment

8 Comments

  1. kenapa akak baca sambil rasa macam airliur nak keluar je ni.. haha.. mengences ooii.. nampak sedap pulak..

    ReplyDelete
  2. Alahai, terbayang2 macam sedap gila makan dgn nasi panas2 ...

    ReplyDelete
  3. sedapnya tgok makan ngn nasi impt tu.berapa harga 1 paket?

    ReplyDelete
  4. makan dengan nasi panas mmg sedap terangkat ni!!!

    ReplyDelete
  5. Memang nampak sedap sungguh.. pakaging pun besar, boleh cuba ni.. boleh wahtsap order ke Min?...

    ReplyDelete
  6. First time dengar masakan daging empal bogor ini. Tengok pada gambar pun dah tau sedap. Macam mana lah agaknya rasanya ya.. tetiba macam food craving.. hihi

    ReplyDelete