The Tinder Swindler Kisah Penyangak Di Dunia Nyata

Jika anda digoda oleh seorang jejaka tampan, kaya, pemurah dan romantik..apa yang anda rasa? Kalau aku, sudah pasti merasakan hidup ini umpama kisah Cinderella, mungkin tidak sempurna namun punya pengakhiran yang bahagia.


Pasti itu yang dirasakan oleh wanita-wanita yang dijanjikan bahagia oleh Simon Leviev, seorang jejaka dari Israel. Perkenalan awal bermula dari aplikasi Tinder akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta. Bagi wanita yang terjerat dengan Simon pastinya merasakan betapa indahnya hidup mereka.


The Tinder Swindler Kisah Penyangak Di Dunia Nyata


Almaklumlah, bertemu jejaka tampan yang punya segalanya malah dikatakan dari keturunan keluarga yang kaya iaitu anak seorang jutawan berlian Lev Leviev. Di setiap pertemuan pastinya sama ada di hotel-hotel mewah atau dibawa melancong ke seluruh dunia dengan jet peribadi yang diiringi oleh pengawal (bodyguard). Siapa sahaja tidak terbuai dengan rasa bahagia mempersona.


The Tinder Swindler Kisah Penyangak Di Dunia Nyata


Namun sayangnya kebahagiaan itu hanya sementara. Simon Leviev bukanlah anak Lev Leviev tetapi seorang penyangak licik di dunia nyata. Selepas menjerat wanita-wanita dengan cinta dan kemewahan, dia kemudiannya akan menipu wang 'kekasihnya' hingga ratusan ribu dollar hingga mengakibatkan mereka terpaksa menanggung hutang hingga mati.


Bagaimana dia menjerat mereka hingga mereka kehabisan beratus ribu dollar? Menurut Cecilie iaitu salah seorang mangsanya, Simon akan memberitahu yang dia berada di dalam bahaya memandangkan dia adalah seorang jutawan, nyawanya sering terancam kerana mempunyai banyak musuh di dalam perniagaan. 


Pada suatu ketika Simon akan menghantar gambar dan video di mana dia berada di dalam keadaan berlumuran darah dan pengawal peribadinya juga turut parah. Kemudian setelah beberapa ketika dia akan meminta sejumlah wang untuk dipinjam namun wang tersebut dikembalikan.


Setelah itu akan ada susulan meminjam wang hingga memaksa mangsa memohon kad kredit. Bukan sedikit wang yang dibelanjakan oleh Simon, terkadang mencecah puluhan ribu dollar dalam masa sehari.


Taktik yang sama digunakan oleh Simon kepada mangsa-mangsanya yang lain termasuk Pernilla Sjoholm. Pernilla Sjoholm meminjamkan sejumlah wang kepada Simon, namun akhirnya mula menyedari dirinya ditipu kerana wang yang dijanjikan oleh Simon tidak pernah masuk ke dalam akaunnya. Malah pada suatu ketika Simon memberikannya sebuah jam sebagai cagaran namun jam yang diberikan oleh Simon itu ternyata jam palsu.


Kecewa dengan tindakan Simon, Cecile dan Pernilla telah melaporkan Simon kepada polis namun menurut polis mereka tidak boleh mengambil sebarang tindakan jika tiada bukti yang mencukupi telahan lagi si Simon tidak pernah duduk lama di suatu tempat. Simon sering terbang ke sana ke sini menggunakan jet peribadinya atas alasan bisnes.


Akhirnya Cecile yang kehilangan banyak wang bertekad melaporkan perbuatan Simon kepada media tempatan dengan harapan kisah Simon dapat diviralkan dan sekaligus mengekang perbuatan Simon kepada mangsa-mangsa yang lain.


Pernilla kemudiannya menghubungi Cecile dan sepakat untuk bekerjasama menangkap Simon namun keadaan terlalu sukar kerana Simon tidak pernah diam di satu tempat. Tidak putus asa, kemudiannya mereka memviralkan kisah Simon di media sosial dan media tempatan dengan kerjasama beberapa wartawan tempatan yang mendapat pelbagai reaksi dari pembaca, tidak kurang yang mengecam mereka.


Kisah viral Simon di media sosial akhirnya di baca oleh Ayleen, kekasih Simon selama 14 bulan. Ayleen membandingkan semua cerita dan mesej-mesej yang diterima oleh cecile dengan mesej-mesej yang dihantar Simon kepadanya, semuanya sama! Termasuk panggilan video oleh Simon. Semuanya sama kecuali nama yang disebut Simon sahaja berbeza.


The Tinder Swindler Kisah Penyangak Di Dunia Nyata
Cecile, Ayleen & Pernilla



Menyedari bahawa kisah itu benar memandangkan Simon turut meminjam sejumlah wang dari dirinya, Ayleen bertekad untuk sama-sama bekerjasama bagi menangkap Simon yang mana akhirnya Simon dapat diberkas Interpol atas kesalahan menggunakan passport palsu atas nama David Sharon di Athens dengan maklumat yang diberi oleh Ayleen.


The Tinder Swindler Kisah Penyangak Di Dunia Nyata



Simon kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan atas jenayah lampaunya di Israel namun dia dibebaskan selepas lima bulan. Sejak dibebaskan Simon melancarkan laman web menawarkan nasihat perniagaan berbayar, bengkel perniagaan dan kejayaan peribadi. Kini Simon tinggal di Israel sebagai orang yang bebas.


Begitulah kesudahan kisah Simon yang kini masih bebas di luar sana. Cecile dan Pernilla sehingga kini masih lagi membayar hutang-hutang yang dibuat oleh Simon. Walaupun mungkin tidak adil tapi percayalah suatu hari nanti Simon pasti akan mendapat balasan yang setimpal!



Siapakah Sebenar Simon Leviev?


Leviev dilahirkan sebagai Shimon Yehuda Hayut (Ibrani: שמעון יהודה חיות) pada tahun 1990 di Ramat Elchanan, Bnei Brak, Israel. Pada usia 15 tahun dia berpindah ke Brooklyn, New York di AS bersama rakan-rakan keluarganya yang kemudiannya menuduhnya menyalahgunakan kad kredit mereka


The Tinder Swindler Kisah Penyangak Di Dunia Nyata


Pada tahun 2010 dia menghadiri sekolah penerbangan.  Menurut temu bual yang dilakukan oleh Felicity Morris, Leviev telah melakukan jenayah kecil seperti penipuan cek sejak dia masih remaja. Dia kemudiannya menukar nama sahnya daripada Shimon Hayut kepada Simon Leviev, menggunakan nama keluarga Leviev untuk berpura-pura dia berkaitan dengan Lev Avnerovich Leviev, seorang ahli perniagaan Israel yang dikenali sebagai "Raja Berlian".

 

Pada 2011, Hayut didakwa atas tuduhan mencuri, pemalsuan dan penipuan kerana menunaikan cek yang dicuri. Menurut laporan, dia mencuri buku cek milik sebuah keluarga semasa menjaga anak mereka, dan buku lain ketika bekerja sebagai pembantu di rumah mereka.

 

Dia tidak pernah muncul di mahkamah, dan melarikan diri dari negara merentasi sempadan ke Jordan dengan pasport palsu di bawah nama Mordechai Nisim Tapiro, dan melarikan diri ke Eropah.  Pada tahun 2012, dia didakwa oleh mahkamah Israel dan didakwa atas tuduhan mencuri dan memalsukan cek, serta kerana meninggalkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang dijaganya tanpa pengawasan.

 

Pada 2015, dia telah ditangkap di Finland dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menipu beberapa wanita. Apabila ditangkap di Finland, dia mendakwa dia seorang lelaki Israel yang dilahirkan pada tahun 1978, dan didapati dengan dua pasport Israel palsu, tiga lesen memandu Israel palsu, dua permit penerbangan Israel palsu, dan lima kad kredit American Express palsu.

 

Selepas menamatkan hukumannya lebih awal, dia kembali ke Israel untuk didakwa semula dan dijatuhkan hukuman pada 2017. Bagaimanapun, menurut The Times of Israel, dia mengambil identiti berbeza dengan menukar nama sahnya kepada Simon Leviev dan melarikan diri dari negara itu semula.

 

Hayut mengembara ke seluruh Eropah, berpura-pura menjadi orang yang berbeza. Dia mengeksploitasi beberapa wanita di Jerman menggunakan nama Michael Bilton. Dia juga menunjukkan dirinya sebagai anak kepada mogul berlian Rusia-Israel Lev Leviev, menggunakan aplikasi temu janji Tinder untuk menghubungi wanita sebagai Leviev, dan menipu mereka untuk meminjamkannya wang yang tidak pernah dibayarnya. Dia akan menawan wanita dengan hadiah mewah dan membawa mereka makan malam dengan jet peribadi menggunakan wang yang dia pinjam daripada wanita lain yang dia tipu sebelum ini. 


Dia kemudiannya akan berpura-pura dia menjadi sasaran oleh "musuhnya", sering menghantar mesej dan imej yang sama berpura-pura bahawa pengawal peribadinya diserang, meminta mangsanya membantunya dari segi kewangan; mereka sering membuat pinjaman bank dan kad kredit baharu untuk membantu. Dia kemudian akan menggunakan wang yang diperoleh melalui penipuan untuk menarik mangsa baru, sementara pada dasarnya mengendalikan skim Ponzi. Kemudian, dia akan berpura-pura membayar balik mangsanya dengan menghantar dokumen palsu yang menunjukkan pemindahan bank palsu.


Jika anda ingin mengetahui penuh kisah penipu Tinder ini, anda boleh menyaksikan dokumentari bertajuk The Tinder Swindler di Netflix sekarang.





Post a Comment

6 Comments

  1. Punya dahsyat penipuannya, setahun lebih je kena penjara. Memang kaki pembelit sungguh ni.

    ReplyDelete
  2. Macam dalam drama rupanya ada kisah benar. Moga dijauhkan

    ReplyDelete
  3. jahat betul perangai dia, dah la dapat hukuman tak setimpal dengan apa yang dia buat, datang sini memang sedap la kepala dia kena libas, semoga kita semua dijauhkan dari kenal kaki penipu gini

    ReplyDelete
  4. Yahudi sgt perangai, elokla mcm perangai negara dia. 1 tahun je penjara ishhh ishhh

    ReplyDelete
  5. Subhanallah.. tak pernah pun ambil tahu pasal ni. Rupanya jahaynyer bukan main. Licik betul keje dia

    ReplyDelete