Wawawax Kini Tampil Dengan Produk Terbaru Wawawax Body Scrub

Amalan berlulur sebenarnya telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu lagi. Puteri-puteri di zaman silam menjadikan amalan berlulur ini sebagai satu kemestian bagi mendapatkan kulit yang cerah, halus dan mulus.


Seiring dengan peredaran zaman, amalan berlulur masih lagi diamalkan oleh wanita moden kini namun istilahnya ditukar kepada skrub. Jika disebut perkataan lulur, anak-anak muda sekarang hanya membayangkan lulur bagi wanita yang tengah berpantang. Namun bila disebut skrub barulah mereka faham. 



Lulur atau skrub adalah bertujuan membuang daki-daki dan kulit mati yang melekat pada kulit. Dengan tertanggalnya daki dan kulit mati, kita akan berasa lebih segar dan terlihat lebih cerah. Selain itu, antara kebaikan berlulur atau skrub ialah ;


  • Memberi kesegaran
  • Awet muda
  • Menjadikan otot badan lebih relaks
  • Kulit lebih gebu dan mulus



Wawawax Kini Tampil Dengan Produk Terbaru Wawawax Body Scrub


Memahami betapa perlunya skrub lebih-lebih lagi buat wanita yang mementingkan penampilan, kini Wawawax yang terkenal dengan produk mereka Wawawax Cold Wax Hair Removal tampil memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Wawawax Body Scrub.

Tampil dalam 2 pilihan iaitu ;

  • Sweet Peachy
  • Rosie Red


Wawawax Body Scrub menggabungkan bahan-bahan berkualiti dan bahan semulajadi termasuk Garam Himalaya dan Ekstrak Bengkoang.



Wawawax Body Scrub ini dirumus khas untuk ;

  • Menanggalkan sel-sel kulit mati
  • Mengurangkan ingrown hair disebabkan oleh waxing atau bercukur
  • Memastikan kulit licin, lembut dan lembap selepas digunakan
  • Membantu kulit menyerap pelembap dengan lebih baik


Menurut Puan Naqiah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Wawax Global Sdn.Bhd

Amat penting bagi kami untuk memberikan pengalaman terbaik untuk para pelanggan kami yang disayangi dalam menjaga diri dan kami mengambil peluang ini sebagai satu keistimewaan dan tanggungjawab besar daripada sayrikat kecil Malaysia tempatan seperti kami. Jadi, kami sentiasa melakukan yang terbaik. Wawawax Body Scrub yang dirumus dengan teliti ini merupakan pelengkap yang sesuai kepada Cold Wax Hair Removal kami dan boleh digunakan sebelum atau selepas waxing atau bercukur.


Semalam, 14 Februari 2022 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Wawawax Body Scrub yang bertempat di Glasshouse Glenmarie dalam suasana yang sederhana namun cukup meriah dengan kehadiran para stokist dan rakan media.




Majlis Pelancaran ini turut meraikan kejayaan stokist Wawawax iaitu Top Achiever 2021 ;


1. Saufinas Binti Ismail dengan jualan yang direkodkan sebanyak RM1,495,521.00

2. Nur Husna Ahmad Hasib dengan rekod jualan sebanyak RM598,460.00

3. Nurul Aini Eko Praswidodo dengan rekod jualan sebanyak RM282,010.00



Tahniah diucapkan buat semua Top Achiever 2021. 



Review Wawawax Body Scrub


Sejak zaman remaja memang aku sangat suka berlulur, mungkin kerana membesar bersama kakak-kakak yang suka melawa jadi aku pun terikut-ikut dengan mereka.


Bila semalam berada di majlis pelancaran Wawawax Body Scrub ni, aku sendiri teruja untuk mencuba. Jadi, sesudah habis majlis aku bergegas pulang ke rumah semata-mata ingin mencuba kedua-dua jenis scrub dari Wawawax dan ini pendapat peribadi aku ;


Dari segi tekstur, seperti skrub badan yang lain sudah pastilah tekstur skrub agak sedikit kasar bagi memudahkan kulit mati dan daki tertanggal dari kulit.


Namun tidak seperti sesetengah produk skrub badan yang lain, Wawawax Body Scrub ini tidak mengeringkan kulit malah kulit terasa lebih lembap, lembut dan halus selepas pemakaiannya


Dari segi bau pula, oleh kerana terdapat 2 jenis bau yang berlainan iaitu Sweet Peachy dan Rosie Red maka aku terus mencuba kedua-duanya.


Sweet Peachy baunya agak manis dan wangi. Bagi mereka yang sukakan haruman buah peach pasti akan terpesona dengan bau Sweet Peachy yang manis dan harum mempersona.



Manakala bagi mereka yang sukakan haruman bunga mawar pasti akan lebih memilih Rosie Red yang kaya dengan haruman bunga mawar dan aku lebih gemarkan bau Rosie Red yang lembut dan menenangkan.




Cadangan penggunaan Wawawax Body Scrub adalah seperti berikut ;

  • Sebelum dan selepas mencukur/waxing kulit anda dengan Wawawax Cold Wax Hair Removal atau apabila kelembapan diperlukan, sapukan sedikit Wawawax Body Scrub ke hujung jari anda dan sapukan pada kulit yang telah dibasahkan.
  • Sapukan dalam gerakan bulat kecil dengan tekanan yang lembut.
  • Bilas kulit anda dengan air suam dan keringkan kulit anda dengan menepuk perlahan-lahan dengan tuala
  • Elakkan sentuhan luka dan kulit sensitif


Sedikit Mengenai Wawawax


Wawawax merupakan syarikat Malaysia milikan wanita yang menawarkan produk penjagaan diri dengan misi utama untuk meningkatkan pengalaman indah pelanggan melalui produk wax dan skrub.


Wawawax berusaha untuk membuatkan semua merasa dihargai, disayangi dengan menyediakan produk berkualiti yang boleh mengubah mana-mana rumah menjadi pengalaman spa yang sebenar.


Wawawax Body Scrub kini boleh didapati mulai sekarang daripada ejen Wawawx seluruh negara dan Shopee pada harga RM32 sahaja.




Untuk maklumat lanjut, sila layari ;


Laman web : wawawax.com.my

Instagram : wawawax_hq

Facebook : wawawax hq

Post a Comment

19 Comments

  1. Kalau jenis kita ni senang scrub je kan.. .. nanti boleh trylah produk ni, sebab Sis memang rajin scrub badan..

    ReplyDelete
  2. dah try...plg best yg peach.. mmg rasa lebih lembut jer lepas guna :-)

    ReplyDelete
  3. suka dengan skrub peach.. wangi sangat.. lps guna mmg kulit badan terasa licin dan bersih

    ReplyDelete
  4. Scrub bagus utk tanggalkan sel kulit mati.. Bau dua ni sedap.. Lembut je skin

    ReplyDelete
  5. cantik lah packaging scrub ni, tengok tekstur tu macam best, mesti wangi 1 badan bila scrub

    ReplyDelete
  6. Best body scrub ni untuk badan. Packaging dia cantik juga😍

    ReplyDelete
  7. wah cantik nya! Me time sungguh la bila dah ada body scrub ni!

    ReplyDelete
  8. rosie red tu mesti bau dia sedapkan min. kak azni mmg ada pakai yg brand lain . so nnt boleh lah cuba yang brand ini pulak. kulit mmg rasa licin je lepas tu

    ReplyDelete
  9. macam best jer body ccrub nih... sekali sekala kena buat juga dekat rumah hilangkan daki dan kulit mati... kulit pun boleh jadi cantik kan

    ReplyDelete
  10. Nampak best tekstur scrub ni.. mesti lembut kat badan kan. Sebenarnya kagum dengan stokis Wawawax ni boleh buat jualan jutaan ringgit. Hebat.

    ReplyDelete
  11. wah wawawax dah keluarkan skrub dah, hari tu dah try wax dari wawawax, nanti boleh la try skrub pulak,nak buang segala daki degil ni,biar kulit licin sikit hehehe

    ReplyDelete
  12. bestnya body scrub. selalu lepas guna body scrub, badan akan rasa lagi best. nanti boleh survey² brand ni pulak

    ReplyDelete
  13. Pakai skrub nak dental kulit2 mati , lepas tu mmg best kulit rasa lembut.
    Skrub wawawax Ni pun nampak menarik, bau peachy tu pun mcm nice la , teringat mandian Johnson Peach tu, wangi ... Bau2 peach kak pip suka.

    ReplyDelete
  14. Cantiknya packaging tapi tu lah tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
  15. Best ni.. saya memang suka pakai scrub badan.. rasa bersih dan fresh je kulit lepas pakai...

    ReplyDelete
  16. Suka pakak scrub badan, lepas scrub best je rasa kulit kan. Nanti boleh try yg brand wawawax ni lak..

    ReplyDelete
  17. Sounds like a good way to cleanse our body and rejuvenate our skin to make it more radiant.

    ReplyDelete
  18. Kak skrub tu pakai sikit dah cover banyak area. Saya siap rasa lagi tau. Garam halus atau gula halus. Lupa plak ingredient Himalaya Salt. Masin lah. Kahkahkah. Best skrub ni. Bersih je kulit.

    ReplyDelete
  19. Both i suka ya. Bau dia fresh sangt. Pakaging pun lawa mcam kat Watson gitu kan.

    ReplyDelete