Ayuh Berbuka Di Auditorium MBSA Shah Alam Bersama Zai Sri Gemilang

Kali ini aku ingin mengajak para pembaca aku untuk berbuka puasa di Auditorium MBSA Shah Alam bersama Zai Sri Gemilang.


Terkenal dengan masakan yang enak sejak tahun 2004, Zai Sri Gemilang bukanlah nama yang asing bagi warga Shah Alam. Dan pada tahun ini Zai Sri Gemilang akan menyediakan buffet Ramadan di Auditorium MBSA Shah Alam.


Terdapat lebih dari 100 jenis menu akan dihidangkan sepanjang bulan Ramadan ini dan antara menu yang bakal dihidangkan adalah Kambing Bakar, Daging Salai Masak Lemak, Sambal Udang, Roti John, Murtabak, Roti Jala, Apam Balik dan pencuci mulut seperti cendol dan kuih muih melayu serta pelbagai menu lagi.

Terdapat beberapa stall yang dibuka bagi memudahkan para pelanggan untuk memilih hidangan kegemaran dan antara stall yang ada dan di masak secara live sudah pastilah stall Apam Balik yang biasanya menjadi kegemaran dan tumpuan rakyat Malaysia.



Terdapat juga persembahan nyanyian dan khabarnya persembahan dari artis terkenal Malaysia seperti Ezad Lazim akan berlangsung pada setiap hujung minggu.


Aku secara peribadi sangat menyukai bukan sahaja masakan yang disediakan oleh Zai Sri Gemilang ini malah aku sangat selesa dengan dewannya yang luas. Tandas yang bersih dan surau yang selesa juga turut disediakan bagi memudahkan para pelanggan menunaikan solat.


Dari segi menu pilihan aku yang aku rasa anda juga patut cuba ialah Daging Salai Masak Lemak, kuih muih Melayu dan Cendol. 3 menu ini yang paling menarik dan jika anda ke sini jangan lupa untuk mencuba ketiga-tiga menu yang aku sebutkan ini.


Butiran untuk buffet Ramadan bersama Zai Sri Gemilang adalah seperti berikut ;

Tarikh : 4 April - 30 April 2022
Lokasi : Auditorium MBSA, Shah Alam
Masa : 6.30 petang - 9.00 malam
Harga  ;
  • Dewasa : RM89
  • Kanak-Kanak : RM49 (berumur 6-12 tahun)
  • Warga Emas : RM69 (berumur 60 tahun ke atas)

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut anda boleh hubungi :

Tel : 019-2284349





Post a Comment

3 Comments

  1. Ayuhlah.. ko kena belanja Sis ni ramadan ni, nampak menarik dan sedap semuanya tu.. harga pun not bad.. ayuhlah...

    ReplyDelete
  2. Sally suka lokasi dia! luas, ada lebih banyak penjarakan...selain ada surau yg selesa jugak...makanan pun byk pilihan!

    ReplyDelete