Chopsticks by Muhammad Oon Tawar Set Menu Ramadan Harga Bermula Bawah RM100

Untuk menu Ramadan kali ini, aku nak kongsikan sebuah restoran Cina Muslim yang terletak di Bangsar. Restoran yang aku maksudkan ialah Chopsticks by Muhammad Oon yang terletak di Jalan Kemuja, Bangsar.




Chopsticks by Muhammad Oon Tawar Set Menu Ramadan Harga Bermula Bawah RM100


Bagi penggemar masakan Cina Muslim, jangan lepaskan peluang anda untuk berbuka puasa di Chopsticks by Muhammad Oon yang terletak di Bangsar. Restoran Cina Muslim ini menawarkan lebih daripada 100 hidangan tradisional Cina.




Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba ini, Chopsticks by Muhammad Oon turut menawarkan set hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan. Terdapat 3 jenis set yang disediakan mengikut citarasa dan bajet pelanggan.


3 set yang aku maksudkan ialah ;


  • Set A untuk 2 orang (RM99+)

Bagi mereka yang ingin datang berdua dengan pasangan, bolehlah memilih Set A ;

  • Signature Nyonya Fish Fillet
  • Baby Kailan (Garlic) / Kangkung Belacan / 4 Beans Belacan
  • Cincalok Omelette

  • Set B untuk 4 orang (RM149+)

Jika anda datang sekeluarga 4 orang, bolehlah memilih Set B yang mengandungi ;

  • Signature Nyonya Fish Fillet Kum Heong Prawn / Squid Baby Kailan (Garlic) / Kangkung Belacan / 4 Beans Belacan
  • Cincalok Omelette
  • Fried Chicken Lobak with Tofu


  • Set C untuk 6 orang (RM199+)

Sesuai untuk hidangan 6 orang makan dan Set C ini didatangkan dengan ;

  • Signature Nyonya Steam Fillet
  • Salted Egg Prawn / Squid Marmite Chicken
  • Spinach with Goji Berries
  • Cincalok Omelette
  • Fried Chicken Lobak with Tofu


Aku dah mencuba hampir kesemua menu di dalam set-set di atas dan kesemuanya memang sedap. Menu kegemaran aku sudah pastilah Signature Nyonya Fish Fillet dan Cincalok Omelettte. 


Kalau anda perasan, dalam setiap set pasti akan ada Cincalok Omelette kan?! Ha..pastilah ada kerana menu ini adalah menu istimewa di Chopsticks by Muhammad Oon yang anda pasti tidak akan jumpa di restoran lain.


Sempena bulan Ramadan juga, air istimewa bulan Ramadan adalah Air Soda Gembira yang pasti membuat anda gembira ketika berbuka puasa nanti.



Namun begitu, bagi mereka yang datang untuk mencuba menu ala-carte pula, apa kata anda mencuba  Ayam Goreng Lobak dengan Tauhu atau Otak-otak untuk memulakan citarasa anda sebelum membuat  pilihan hidangan utama seperti Mee Hokkien Signature Chopsticks by Muhammad Oon atau Ayam Mentega Berkrim Pedas.


Selain itu anda juga wajib mencuba Ikan Kukus Nyonya Signature, Sotong Telur Masin, Nestum Oats Prawn , Kum Heong Lala, Ayam Manis & Masam dan Daging Lembu Bawang Halia.


Bagi penggemar sayuran pula jangan lupa untuk mencuba Baby Kailan dengan Bawang Putih dan Ma Po Tofu atau  Bayam dengan Goji Berries.


Untuk menyegarkan tekak selepas seharian menahan lapar dan dahaga, apa kata anda mencuba  Lin Chi Kang yang sudah pastikan akan menyegarkan kembali badan yang lesu selepas berpuasa seharian.


Jujur, makanan di sini boleh dikatakan semuanya sedap dan sangat kena dengan selera aku yang gemarkan masakan Cina Muslim. 



Buat pengetahuan, selain di Bangsar, Chopsticks by Muhammad Oon juga terdapat di 2 lagi tempat iaitu di Sri Hartamas dan juga TTDI


Bagi anda yang tercari-cari tempat makan yang sedap untuk berbuka puasa bersama yang tersayang, Sila hubungi 014-962 6725 atau 016-957 3884 untuk tempahan meja sempena Ramadan.

Instagram : chopsticks.mo
Alamat ;

1. Chopsticks by Muhammad Oon @ Bangsar
40, Jalan Kemuja,
Bangsar,
59000 Kuala Lumpur

2. Chopsticks by Muhammad Oon @ Sri Hartamas
12-1, Jalan 30/70a,
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

3. Chopsticks by Muhammad Oon @ TTDI
No.35, Lorong Rahim Kajai 13,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur





Post a Comment

1 Comments

  1. kita suka betul la dengan Ginger & Spring Onion Beef Kuey Teow dia, portion dah la besar, makan masa panas mmg comforting betul! :)

    ReplyDelete