Hotel Review | Park Inn by Radisson Putrajaya

Kisahnya minggu lepas aku ke Putrajaya. Maklum la dah lama juga aku tak sampai ke sana, jadi minggu lepas aku dan suami bersepakat untuk ke Putrajaya sekaligus menginap di sana.


Untuk penginapan kali ini, kami memilih Park Inn by Radisson yang terletak betul-betul berhampiran UNITEN.



Antara sebab aku memilih untuk menginap di sini ialah kerana aku ada terbaca di Facebook tentang Kari Laksa steamboat buffet yang agak terkenal di sana. Jadi, alang-alang jalan-jalan cari makan teruslah kami menginap di Park In by Radisson Putrajaya ni.



Hotel Review | Park Inn by Radisson Putrajaya


Terletak di lokasi strategik di antara Putrajaya dan Kuala Lumpur, Park Inn by Radisson Putrajaya boleh diakses melalui Utara Selatan Lebuh raya dan kira-kira 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL).


Dikelilingi oleh Universiti Tenaga Universiti Kebangsaan (UNITEN) dan Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), ia juga terletak dalam jarak beberapa minit pemanduan dari perbankan dan pusat latihan korporat. Taman Ekspo Agro Malaysia (MAEPS) hanya terletak sejauh 2.6 kilometer dan Persekutuan pejabat pentadbiran kerajaan terletak kira-kira 15 kilometer memandu dari hotel.


Terdapat 220 buah bilik keseluruhan dengan 5 jenis buah bilik, aku memilih untuk mencuba menginap di bilik jenis standard room yang berkeluasan 21 kaki persegi 

Dilengkapi dengan katil bersaiz King, bilik juga dilengkapi dengan segala kemudahan sepertimana yang terdapat di setiap hotel lazimnya. Malah TV LED flat screen yang berukuran 40 inci turut disediakan bagi keselesaan pelanggan.


Apa yang aku paling suka ialah kerana pihak hotel juga prihatin dengan keperluan pelanggan yang beragama Islam dengan menyediakan arah kiblat serta sejadah.

Berikut adalah jenis bilik yang terdapat di Park Inn by Radisson Putrajaya


Jenis Bilik

Saiz Bilik

(sqm)

Jumlah Bilik

Standard Room

 

21 sqm

99

Superior Room

 

25 sqm

33

Deluxe Room

 

28 sqm

21

Executive Room

 

29 sqm

12

Junior Suite Room

 

30 sqm

55

Total

 

220


  • Kemudahan bebas rokok %
  • Berhawa dingin, Wi-Fi percuma dan TV skrin rata
  • Bilik bersambung disediakan
  • Pengalaman unik dengan dekorasi dalaman kontemporari moden
  • Setiap bilik dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan moden.


Antara kemudahan lain yang urut disediakan di hotel Park Inn by Radsisson Putrajaya adalah surau lelaki dan perempuan, gym, kolam renang dan restoran.


Lapar atau mencari makanan kudapan untuk menonton filem di dalam bilik? Jangan bimbang kerana di bahagian lobby hotel juga terdapat pelbagai minuman dan snack yang boleh dibeli oleh pelanggan. Jujur, aku sangat tertarik dengan bahagian ini kerana ianya disusun rapi dan teliti oleh pihak hotel.




Pelbagai Hidangan di RBG Restoran, Park Inn by Radisson Putrajaya


Seperti yang aku ceritakan di awal tadi, tujuan aku datang ke sini kena ingin mencuba pelbagai hidangan menarik di RBG restoran yang terletak di aras G Park In by Radisson Putrajaya ini terutama hidangan steamboatnya.


Buat pengetahuan, restoran RBG ini adalah restoran dalam kategori A. Memang sangat bersih dan selesa walaupun ruangannya tidak lah sebesar mana.


Jadi, tak melepaskan peluang unuk makan sepuasnya di sini aku telah mencuba sarapan, makan malam dan Hi-Tea di sini.


Untuk sarapan, terdapat pelbagai menu disediakan termasuk nasi lemak, kuih muih, bubur nasi, pencuci mulut dan banyak lagi.

Bagi mereka yang memilih untuk menginap di sini, harga bilik adalah termasuk sarapan untuk 2 orang.



Steamboat di RBG, Park Inn by Radisson Putrajaya


Hidangan steamboat disediakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula pada pukul 6.30 petang sehingga 10.30 malam.


Terdapat 3 pilihan kuah yang anda boleh pilih iaitu clear soup, tom yam dan kari. Apa yang membezakan steamboat di RBG ini ialah kuah karinya kerana dikebanyakan tempat hanya ada dua pilihan kuah iaitu sup dan tom yam sahaja.



Harga untuk steamboat adalah seperti berikut ;

Dewasa : RM44.50++/pax (minima 2 pax)
Kanak-kanak : RM27.90+/pax (usia dari 6-11 tahun)


Bagi peminat makanan ber grill pula, di sini terdapat juga dapur pemanggang yang membolehkan anda memanggang sendiri makanan anda. Harga untuk grill pula adalah bermula dari RM58.80/pax.



Weekends Hi-Tea Buffet di RBG, Park Inn by Radisson Putrajaya


Pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, Park Inn by Radisson Putrajaya turut menghidangkan Weekends Hi-Tea buffet bertempat di RBG restoran. 



Hi-Tea ini bermula dari pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 4.00 petang. Terdapat pelbagai hidangan menarik yang boleh anda cuba di sini. Jika ditanya pendapat peribadi aku, hampir kesemua hidangan di sini semuanya sedap dan bagi peminat kambing jangan lupa mencuba  spicy lamb varuval mereka.



Harga untuk Weekends Hi-Tea adalah seperti berikut ;

Dewasa : RM49.90/pax
Kanak-kanak : RM29.90/pax (5 tahun sehingga 12 tahun)


Bagi anda yang berminat untuk mencuba sendiri pengalaman menginap di Park Inn by Radisson, anda boleh la layari ;


* Klik link ini untuk lebih banyak hotel review https://t.me/hotelreviewbymin


@bebelancikmin Korang pernah tak stay kat Park Inn By Radisson Putrajaya? #parkinnbyradisson #hotel #radisson #staycation #malaysia #putrajaya ♬ DARARI TREASURE - ︎ 🏁

Post a Comment

0 Comments