Setiap tahun, sebut sahaja Bangi Golf Resort (BGR) pasti akan terbayangkan kemeriahan buffet Ramadan dengan pelbagai menu yang enak.
Setelah 2 tahun kita dilanda pandemik, kini Bangi Golf Resort (BGR) kembali memeriahkan buffet Ramadan dengan tema Iftar Together-Gather dengan semangat 'balik kampung'.
Untuk bulan Ramadan tahun ini, para Chef BGR masih mengekalkan hidangan lama yang popular di BGR disamping itu turut akan memperkenalkan menu yang baru juga buat para tetamu. Bagi peminat hidangan lama yang popular di BGR seperti Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Sate, Sous Vide Egg with Mushroom Espuma, Smoked Spaghetti Carbonara dan juga Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce jangan lepaskan peluang ini untuk kembali merasai hidangan kegemaran anda.
Jika ditanya apa yang paling aku rindu nak makan di BGR tentulah Sous Vide Egg with Mushroom Espuma yang memang aku tak kan dapat ditempat lain sesedap itu.
Untuk menu baru pula, tahun ini BGR bakal memperkenalkan Ayam Bakar Percik Selangor, Korean Fried Chicken, Korean Japchae, Japanese Beef Curry, Tom Yum Seafood, Pad Kra Pao (Thai Basil Chicken), Poach Chicken with Thai Suki Sauce, Mee Siam Goreng Meletup, Laksa Singapore, Penne with Creamy Korean Sauce dan Liquid Snikers yang akan merangsangkan deria rasa anda semua.
Nasi kerabu yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia khususnya Kelantan turut dihidangkan pada tahun ini. Nasi kerabu biru yang dihasilkan warnanya menggunakan bunga telang, dihidangkan bersama ulam-ulaman, telur masin dan keropok.
Tidak kalah di bahagian pencuci mulut, dihidangkan juga dengan pelbagai manisan yang mampu membuatkan anda bukan sahaja terpesona dengan keindahan dessert yang berwarna warni tapi juga keenakan rasa yang mempersonakan.
Paling wajib anda cuba adalah serawa durian yang dihidangkan di BGR! Memang sangat sedap.
BGR terus mematuhi dan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam premis perniagaan mereka. Kapasiti tempat duduk di ruang makan telah dikurangkan sebanyak 50% daripada kapasiti asal untuk memudahkan semua orang mempunyai ruang yang selesa untuk mengekalkan jarak sosial di tempat makan dan juga kawasan buffet.
Semua tetamu yang datang ke BGR mestilah lengkap kesemua dos vaksinasi untuk memasuki ke premis perniagaan BGR. Pegawai RELA juga ditugaskan di sini untuk memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan.
Buffet Ramadan BGR akan bermula pada 4hb April 2022 sehingga 1hb Mei 2022 dan harga buffet Ramadan adalah bermula dari RM60.00 untuk seorang dewasa dan RM30.00 untuk seorang kanak-kanak.
Selain itu, anda juga boleh melayari laman web mereka untuk harga secara berkumpulan dan membuat tempahan melalui pautan ini ;
https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2022/
Jangan lupa menyertai telegram group ini untuk lebih banyak hotel review https://t.me/hotelreviewbymin
1 Comments
teringat dulu, my first buffet ramadhan review dekat BGR juga..masa tu duduk KL lagi..hihi..memang meriah makanan diorang..harga pun berpatutan sangat!
ReplyDelete