Seperti yang sedia maklum, bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Meriah di sana sini mempersiapkan ketibaan bulan mulia bagi seluruh umat Islam ini.
Tidak seperti kebanyakan hotel-hotel lain di Malaysia yang mengetengahkan 'buffet Ramadan', Best Western i-City Shah Alam membawakan konsep 'Malaysian Favourite Buffet Dinner' yang akan dihidangkan setiap hari bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.
Terdapat pelbagai hidangan menarik yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia bakal dihidangkan di Best Western i-City Shah Alam seperti Ayam Percik Kelantan, Rendang Daging, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ketam Lemak Cili Api dan banyak lagi.
Tahun ini, Best Western i-City Shah Alam turut memenuhi citarasa pelanggan dengan menyediakan 8 Live Action Stall yang menghidangkan Sup Daging, Mee Tongek, Oden dengan Kuah Tom Yam atau Kimchi, Mee Bandung, Laksa Sarawak, Kambing Asam Pedas dan pelbagai lagi hidangan yang mampu menggugat selera pelanggan.
Yang lebih menarik, pada tahun ini Best Western i-City Shah Alam juga menghidangkan shellout bagi memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan yang gemarkan makanan laut.
Tidak terkecuali dengan pelbagai jenis pencuci mulut dari hidangan tradisional kuih muih Melayu hingga pencuci mulut moden.
Peluang Untuk Memenangi Penginapan 2 Hari 1 Malam
Ini pula berita gembira bagi mereka yang berbelanja minima RM500, anda bakal memenangi penginapan selama 2 hari 1 malam sama ada di Best Western i-City Shah Alam atau di 8 Kia Peng Suites, Kuala Lumpur.
Nama pemenang akan diumumkan setiap hari pada pukul 8.45 malam - 9.15 malam.
Harga Malaysian Favourite Dinner Buffet
Bagi mereka yang tertanya-tanya berapakah harga untuk Malaysian Favourite Dinner Buffet, berikut adalah harganya ;
Dewasa : RM120 nett
Warga Emas/Kanak-Kanak : RM96 nett
Early Bird : RM96 nett/dewasa
Untuk sebarang keterangan lanjut dan tempahan boleh hubungi ;
Tel : +603 55219000
Email : enquiry@bestwestern-icity.my
Sales Team : sales@bestwestern-icity.my
Jangan lupa menyertai telegram group ini untuk lebih banyak hotel & Ramadan review https://t.me/hotelreviewbymin
1 Comments
Pilihan menu yang pelbagai. Mesti sedap ni kan. Ada chance nak menang tak ni?
ReplyDelete