Tengku Permaisuri Norashikin Perkenan Rasmi Program Sapot ASNAF, Sapot Lokal

Bertempat di Food Market Wangsa Melawati pada Isnin 28 Februari 2022 yang lalu, aku berkesempatan untuk sama-sama menyaksikan Perasmian Program Sapot Asnaf Sapot Lokal yang telah diadakan bagi memperkenalkan produk-produk yang telah dihasilkan oleh usahawan asnaf yang telah mendapat bimbingan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd.



Lebih menarik, program tersebut telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin yang berkenan mencemar duli ke Majlis Perasmian Program Sapot Asnaf Sapot Lokal.



Menurut Dato' Bakhtiar bin Hussin selaku Ahli Lembaga Pengarah TERAS program ini adalah untuk membantu memperkenalkan produk-produk yang telah dihasilkan oleh usahawan Asnaf di negeri Selangor kepada masyarakat umum khususnya di negeri Selangor dan Malaysia amnya.


Program ini merupakan satu inisiatif daripada pihak TERAS selaku anak syarikat kepada Majlis Agama Islam Selangor yang diberi tanggungjawab membantu dalam membangunkan perniagaan usahawan asnaf fakir dan miskin di Selangor sehingga berjaya keluar daripada status asnaf tersebut.


Program ini juga mendapat kerjasama daripada pihak Food Market dan ianya membuka peluang kepada usahawan asnaf untuk mengeluarkan hamper korporat yang boleh dibeli oleh orang ramai atau syarikat bagi kegunaan khususnya semasa perayaan dan lain-lain majlis.


Selain itu juga program ini mengetengahkan produk usahawan asnaf di platform Food Market secara dalam talian bagi memberi pilihan kepada orang ramai melihat produk-produk yang disediakan oleh para usahawan asnaf ini.


 Ujar Dato' Bakhtiar bin Hussin selaku Ahli Lembaga Pengarah TERAS

 

 


Turut hadir dalam majlis ini Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Saipolyazan Mat Yusop Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor (LZS) serta Mohd Hasnul Redza bin Abd. Rahim, Pengurus Besar TERAS.


Sedikit Tentang TERAS


TERAS merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang berperanan membantu memperkenalkan produk-produk yang telah dihasilkan oleh usahawan Asnaf di Negeri Selangor kepada masyarakat umum khususnya di Negeri Selangor dan Malaysia Amnya.


TERAS juga diberikan tanggungjawab untuk meluaskan peranan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dari sudut pengagihan keperluan makanan asasi dan pembekalan pakaian sekolah.


Bantuan perniagaan dalam bentuk modal pusingan serta bantuan perlatan juga diberikan kepada usahawan asnaf yang berkelayakan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Sehingga penghujung tahun 2021, TERAS telah berjaya membimbing seramai 1,228 orang usahawan fakir dan miskin sehingga berjaya keluar daripada status asnaf.



Pelbagai Produk Tempatan di Food Market


Sebenarnya aku dah mengenali Food Market agak lama kerana Food Market sememangnya terkenal dikalangan usahawan dalam memasarkan produk tempatan.


Jika anda pergi ke Food Market yang terletak di Wangsa Melawati ini, jangan lupa untuk dapatkan signature produk mereka iaitu Puding Raja. 



Sejak beberapa tahun lepas lagi Puding Raja ini dipasarkan di Food Market cuma untuk kali ini ada peningkatan dalam segi pembungkusan. 



Selain Puding Raja terdapat berpuluh malah tak keterlaluan jika aku katakan beratus produk tempatan lain yang sangat berkualiti dan berbaloi untuk dibeli.



Jika anda ingin dapatkan segala produk tempatan dan membantu dalam program Sapot Asnaf, Sapot Lokal ini jangan lupa datang ke Food Market. Untuk lebih lanjut boleh layari mereka di ;


Facebook : Foodmarket

Instagram : Foodmarket




@bebelancikmin Reply to @seritalamcatgallery #fyp #permaisuri #tengkupermaisuriselangor #queen #humblequeen ♬ RIP by Faouzia - faouzia

Post a Comment

17 Comments

  1. Program yang baik untuk perkenalkan lagi produk tempatan. Lagi pun disokong pula oleh tengku permaisuri juga. Tahniah!

    ReplyDelete
  2. Program sangat bagus ni. Disokong pula Tuanku Permaisuri, disamping membantu para asnaf terus berniaga dengan semangat.

    ReplyDelete
  3. Program yang sangat bagus untuk para asnaf semakin bersemangat dalam berniaga. Dapat pula sokongan Tuanku permaisuri. Program yang sangat baik.

    ReplyDelete
  4. Bertuah dpt bertemu dgn Tuanku permaisuri yg dtg pd program tsb utk membantu asnaf

    ReplyDelete
  5. bestnye dapat bersua muka dengan Tuanku Pemaisuri, prpgram yang sangat bagus patut diadakan secara terusan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tuanku datang merasmikan program asnaf. Semoga yang terbaik selepas ini.

    ReplyDelete
  7. cantik Tunku Pemaisuri...suka tgk karektor dia... dan prgram asnaf mmg terbaik... moga akan ada lebih banyak prog seperti ini

    ReplyDelete
  8. Moga lebih banyak industri tempatan yang akan berkembang dan masyhur. Terima kasih Tengku Permaisuri kerana sudi perkenan mencemar duli mengangkat industri tempatan

    ReplyDelete
  9. Nell tak pernah visit Food Market lagi walaupun berdekatan wor, kena pergi shop kat situ la menarik juga ye.. good platform for usahawan from the asnaf too..

    ReplyDelete
  10. Bagus food market ni memberi banyak peluang peniagaan untuk gologan asnaf untuk memgembang perniagaan mereka.

    ReplyDelete
  11. Bagus ada platform macam ni. Dapat membantu para asnaf menabah pendapatan mereka

    ReplyDelete
  12. Bagus juga event mcm ni, apa tah lagi yg membntunya org kenamaan.

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap puding di raja tu.. bagus ada food market macam ini bantu usahaan pasarkan produk mereka dengan mudah.

    ReplyDelete
  14. Hari tu nampak kat TT Permaisuri ni , lemah lembut n still looks young la dia walaupun ada yg ckp dia dah 50 yrs old.
    Program ni pun bagus, semoga berjaya capai objektif.

    ReplyDelete
  15. Sekarang ni memang dah banyak produk tempatan menguasai pasaran makanan Malaysia... Alhamdulillah... Jom support lokal..

    ReplyDelete
  16. Lawa Tuanku Permaisuri kan, bertuah kak min dapat peluang jumpa baginda. Anyway memang terbaik program dorang buat ni boleh bantu ramai yg susah.

    ReplyDelete
  17. Program yg membantu golongan asnaf sekaligus memperkenalkan produk tempatan.. Mmg terbaik lah!

    ReplyDelete