Sebentar tadi Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah memgumumkan Kelonggaran SOP COVID-19 Mulai 1 Mei 2022. Berikut adalah kelonggaran SOP COVID-19 yang telah diumumkan ;
PELITUP MUKA
■ Wajib di dalam bangunan termasuk pengangkutan awam dan kenderaan e-hailing
• Pilihan apabila berada di luar bangunan dan kawasan terbuka tetapi digalakkan di kawasan yang sesak. Individu berisiko tinggi juga digalakkan memakai pelitup muka.
PENJARAKAN FIZIKAL
• Tidak lagi diperlukan
• Digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka
DAFTAR MASUK (CHECK-IN) DAN STATUS VAKSINASI MYSEJAHTERA
. Daftar masuk (Check-in) dimansuhkan
• Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi kecuali mereka yang berstatus 'Berisiko Tinggi' atau di bawah HSO
POSITIF COVID-19 (UJIAN DAN PELEPASAN)
■ Secara amnya, kes positif COVID-19 dikehendaki untuk kuarantin selama 7 hari. Walau bagaimanapun, di bawah Ujian dan Pelepasan, mereka akan mempunyai pilihan untuk menjalani ujian RTK-Ag yang diselia pengamal perubatan pada hari ke-4. Jika negatif, mereka boleh menamatkan kuarantin.
MENGEMBARA
• Pengembara yang telah lengkap divaksinasi dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dikecualikan daripada ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan
• Pengembara yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi hendaklah menjalani ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan ujian RTK-Ag yang diselia dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan. Mereka juga perlu dikuarantin selama 5 hari
• Insuran COVID-19 tidak lagi diperlukan untuk semua pelancong yang memasuki Malaysia
SENARAI NEGATIF
* Senarai aktiviti yang dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara sebelum ini telah dibenarkan. Semua sektor ekonomi boleh beroperasi mulai 15 Mei 2022
Bersama Hentikan Wabak COVID-19
Dikemaskini | 27 April 2022
#Reopening Safely
1 Comments
Dah ada kelonggaran ni, jangan lupa juga ya. Kesihatan terus dijaga. Stay safe stay health, barulah raya...
ReplyDelete