Lugar De La Boda, Puchong Tawar Pelbagai Menu Menarik Sepanjang Ramadan

Seperti tahun-tahun yang sudah, tidak lengkap rasanya jika aku tidak berbuka puasa di salah satu tempat kegemaran aku iaitu Lugar De La Boda, Puchong.

Tahun ini, Lugar De La Boda, Puchong mengadakan buffet ramadhan dengan bertemakan "Iftar Ramadhan". Buffet Ramadhan Selangor, Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd  ini menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 stall dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut, pasti buat anda kenyang dan puas hati.


Untuk menu utama, Lugar De La Boda @ Puchong menhidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti 'Ayam Masak Merah', 'Ayam Goreng Berempah', 'Daging Gulai Kawah', 'Daging Masak Hitam', Ikan Goreng Cili Padi', 'Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas', 'Kupang Goreng Pedas', 'Sambal Sotong', 'Sambal Kerang' dan banyak lagi.


Seterusnya, terdapat 11 stall makanan dan 'Live Cooking' yang anda Wajib cuba iaitu 'Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce', 'Roti John Adik Manis', 'Char Kuew Tiaw Abang Tanjung','Dim Sum Cheng Ho', 'Tepanyaki Tokyo', 'Noodle Station', 'Air Balang Pasar Malam', 'ABC Mountain', 'Fried Corner', 'Ais Krim Corner' dan 'Soup Of The Day'. 


Tidak lengkap kalau berbuka tanpa pencuci mulut. Di meja bufet, terdapat banyak pencuci mulut seperti 'Bubur Of The Day', 'Buah-Buahan Tempatan', 'Kuih-Muih Melayu', Kek, Dadih dan beberapa hidangan lain. 


Bufet Ramadan 2022 di Lugar De La Boda,Puchong akan bermula sepanjang bulan Ramadan 2022 iaitu dari 7 April 2022 hingga 30 April 2022. Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong adalah seperti berikut :

Dewasa (Seorang) - RM69
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM35
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM35
1 Meja (Maksimum 8 Pax) - RM520

Untuk tempahan, sila hubungi :
016-3111074 - ZURAINI
016-4318434 - LIANA
016-6700473 - SHAIDATUL
016-6700752 - HANIS
016-6700457 - FARAH
016-6700471 - AIDA

Alamat Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong, 
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor.




Post a Comment

1 Comments

  1. Uiii suasana dia ala-ala arabian gitu.. Sis suka gini, mata luas memandang, so nampak menu tu jelas gitu heheehe

    ReplyDelete