Sejak kelonggaran dan kebenaran untuk ke luar negara diumumkan, ramai diantara kita mula mencari passport dan menyedari bahawa passport telah tamat tempoh sah laku. Aku adalah antara mereka yang harus menghidupkan semula passport yang hampir tamat tempoh sah laku.
Khamis lepas, aku berkunjung ke UTC terdekat dengan niat untuk menghidupkan passport namun malangnya setiba di sana aku difahamkan oleh pegawai Imigresen yang bertugas bahawa untuk 'renew' passport aku harus membuat temujanji terlebih dahulu. Sistem terkini tidak membenarkan pelanggan untuk 'walk-in' tetapi harus membuat temujanji terlebih dahulu. Namun sistem ini berkuatkuasa sehingga 17 Mei sahaja, selepas 17 Mei pelanggan kembali dibenarkan untuk 'walk-in' sementara itu aku dinasihatkan untuk renew secara online.
Cara Renew Passport Secara Online Melalui MyIMMs e-Services
Untuk renew passport secara online anda perlulak ke laman web imigresen-online.imi.gov.my/eservices/ kemudian memilih MyOnline Passport
Kemudian anda akan diminta untuk melengkapkan butiran yang diperlukan oleh pihak Imigresen. Namun sebelum itu anda perlulah bersetuju untuk mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak Imigresen seperti ;
Spesifikasi Foto Passport
- Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain TIDAK akan diterima.
- Pakaian berwarna gelap serta menutup bahu dan dada.
- Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
- Tidak memakai cermin mata, kanta lekap berwarna dan aksesori di atas kepala.
- Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar professional, Gambar polaroid tidak dibenarkan
* Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa mengambil/serahan passport.
Terma dan Syarat
- Pemohon mestilah berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-passport (passport bercip).
- Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem
"Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150)."
- Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
- Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu
- Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:
i. Permohonan Biasa 13 - 59 tahun : RM 200
ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100
- Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
- Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
- Pasport pembaharuan masih sah laku atau tamat tempoh di dalam keadaan baik sahaja.
- Buku Pasport masih sah laku atau tamat tempoh mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
- Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
- Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.
- Permohonan yang tidak menepati mana-mana syarat dan tidak memiliki visa/pas yang sah untuk menetap di sesebuah negara, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan. (No Refund Policy)
Keperluan Tambahan:
1. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil
kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir
bersama.
Notice
1. Sekiranya terdapat masalah untuk melaksanakan pembayaran anda
perlu membuat semakan dengan bank kerana proses pembayaran adalah urusan pihak
bank.
2. Sekiranya permohonan di dapati keluar mesej 'Sila Rujuk Pejabat
Imigresen', bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online
disebabkan oleh :-
2.1 Cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu dilakukan
pengambilan semula supaya tidak akan ada masalah nanti semasa penggunaan cap
jari di pintu masuk/keluar.
2.2 Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dimaklumkan
dalam laman web 'MyOnline*Pasport'.
2.3 Maklumat yang dimasukan tidak tepat/bercanggah dalam sistem.
1 Comments
Terima kasih cikmin atas perkongsian ini. Jimat masa. Nak pergi Timbuktu
ReplyDelete