Prestige V Bantu Menghilangkan Ketidakselesaan Ketika Haid

Setiap wanita di dunia ini pasti mengalami haid dan boleh dikatakan hampir kesemua wanita akan menghadapi ketidakselesaan ketika haid antaranya seperti senggugut.




Senggugut merupakan sebahagian normal kitaran haid bagi kebanyakan wanita . Umumnya, kesakitan ini melibatkan kekejangan otot pada perut dan ia boleh merebak ke bahagian belakang badan mahupun paha.

 

Tempoh dan tahap keseriusan senggugut boleh berbeza-beza bagi wanita. Ada yang mengalami rasa sakit yang biasa namun berpanjangan. Tetapi ada juga yang mengalami kekejangan sengit yang singkat, namun amat menyakitkan . Namun, apakah punca sebenar terjadinya senggugut?


Faktor Terjadinya Senggugut


Senggugut berlaku apabila dinding otot rahim mengetat, lalu terjadinya kontraksi ringan yang berterusan pada rahim . Dalam tempoh kitaran haid, dinding rahim akan mula menguncup dengan lebih kuat untuk membantu lapisan luar rahim jatuh dan menjadi sebahagian daripada darah haid anda.




Apabila dinding rahim itu berkontraksi, ia memampatkan saluran darah yang melapisi rahim. Keadaan ini secara tidak langsung akan memutuskan bekalan darah dan bekalan oksigen ke rahim .

 

Tanpa oksigen, tisu pada rahim pula akan melepaskan bahan kimia yang mencetuskan rasa sakit. Itulah kesakitan senggugut yang anda rasa setiap bulan! Bukan itu sahaja, pelepasan bahan kimia itu juga mengandungi bahan lain yang dikenali sebagai prostaglandin.

 

Bahan kimia ini akan mendorong otot rahim untuk berkontraksi dengan lebih banyak dan akan meningkatkan rasa sakit yang anda alami . Walau bagaimanapun, masih tidak diketahui mengapa terdapat wanita yang mengalami senggugut teruk berbanding wanita lain.

 

Akan tetapi, situasi tersebut dipercayai mungkin berlaku kerana peningkatan pengeluaran prostaglandin yang mengakibatkan kontraksi lebih kuat.

 

Faktor risiko untuk mengalami senggugut


Berikut antara faktor kecenderungan untuk anda mengalami kekejangan (senggugut) setiap kali tibanya kitaran haid :

 

  • Kedatangan haid pertama pada usia muda, iaitu sebelum umur 11 tahun
  • Anda berusia bawah 30 tahun
  • Anda mengalami darah haid yang banyak pada setiap bulan
  • Kitaran haid tidak teratur
  • Mempunyai sejarah keluarga yang turut mengalami senggugut
  • Mempunyai tabiat merokok

Selain mengalami kekejangan pada bahagian bawah perut, anda juga mungkin akan mengalami gejala ;


  • Kesakitan pada bahagian bawah belakang badan
  • Rasa sakit dari bahagian kaki atas ke bawah
  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit kepala
  • Mengalami kerengsaan
  • Badan terasa lemah
  • Wujud risiko untuk pengsan (dalam kes senggugut teruk)

* Rujukan : Hello Doktor


Prestige V Bantu Menghilangkan Ketidakselesaan Ketika Haid


Memahami masalah yang dihadapi boleh dikatakan hampir kesemua wanita ini, sebuah produk bernama Prestige V yang dikeluarkan oleh AHDA Wellness telah dilancarkan bagi membantu golongan wanita yang menghadapi masalah senggugut dan ketidakselesaan ketika haid.


Prestige V yang mengandungi bahan-bahan aktif sumber fittoestrogen semulajadi seperti Kacip Fatimah, Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica, Manjakani, Soy Isoflavones dan Licorice ini bermanfaat untuk ;

  • Anti-penuaan
  • Melawan radikal bebas dan tekanan oksidatif
  • Meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengurangkan kedutan
  • Mengetatkan otot faraj
  • Menganjalkan payudara dan punggung
  • Membantu pencegahan penyakit jantung, barah dan penyakit mata yang berkaitan dengan usia.

Pengambilan Prestige V secara konsisten dapat membantu mewujudkan kitaran haid yang teratur, mencegah kekejangan perut dan edema semasa haid serta membantu mengawal emosi ketika tempoh haid


Bukan itu sahaja, Prestige V turut mengandungi campuran tiga ekstrak herba yang dipatenkan iaitu ;

  1. Cynanchum wilfordii
  2. Phlomis umbrosa
  3. Angelica gigas

Yang bermanfaat untuk membantu mencegah insomnia, kulit atau mata kering, kekeriungan faraj, osteoporosis, sakit otot sendi dan gejala menopous lain. 


Prestige V turut diteliti secara klinikal di mana manfaat menopous Estro G-100 disokong oleh pelbagai kajian manusia malah kandungan bahannya berkualiti tinggi dan memenagi beberapa anugerah dan diiktiraf oleh FDA dan agensi kesihatan lain



Antara bahan-bahan aktif lain yang sangat bagus untuk kesihatan kulit dan kesihatan umum adalah ;


Ekstrak Blackcurrant

·        Kaya dengan Vitamin C , antioksidan dan antosianin

·        Menguatkan system imun

·        Memperbaiki dan menyuburkan kulit

 

Ekstrak Bit Merah

·        Menyokong keseimbangan hormone

·        Detoksifikasi

·        Memperbaiki kondisi kulit

 

Ekstrak Likopen

·        Sifat antioksidan yang kuat

·        Sifat anti-penuaan

·        Bertindak sebagai pelindung matahari semulajadi dan perlindungan UV

 

Frukto-oligosakarida

·        Meningkatkan imuniti tubuh

·        Menggalakkan pertumbuhan dan keseimbangan bakteria baik pada saluran pencernaan

 




Cara Pengambilan Prestige V 


Cara pengambilan Prestige V adalah sangat mudah iaitu sama ada makan secara langsung dari sachet atau bancuh dengan 50-80ml air suhu bilik atau air sejuk.




Ambil 1 hingga 2 paket sekali sehari atau sebelum makan.

Pengambilan Prestige V secara konsisten bukan sahaja dapat membantu menghilangkan ketidakselesaan ketika haid malah ia juga ;

  • Dapat mengekalkan keseimbangan hormon wanita sepanjang hayat
  • Penjagaan selepas bersalin & keremajaan faraj di mana ianya dapat mempercepat pemulihan selepas bersalin, membantu mengetatkan otot faraj dan mengurangkan kekeringan faraj selepas bersalin. Selain itu, ia juga meningkatkan kekuatan keseluruhan tisu payudara.
  • Meningkatkan kecergasan dan menggalakkan proses penuaan yang sihat dengan memperbaiki gejala menopaus seperti berpeluh malam, tidur tidak lena, kekeringan faraj, ketidakselesaan sendi, perubahan emosi, kegelisahan dan keletihan. Selain itu, ia juga membantu menyuburkan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit


Bagi mereka yang ingin dapatkan manfaat dari Prestige V boleh la menghubungi talian tersebut ;

+603-87412227
+6011-55533229





Post a Comment

1 Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Cik Min sekeluarga. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete