5 Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Membeli Kereta

Tidak dinafikan bahawa kereta adalah satu keperluan. Tanpa kereta agak sukar untuk kita bergerak ke mana-mana. Aku sendiri pernah mengalami situasi di mana kereta aku dilarikan perompak dan akibat kejadian itu aku mengalami kesukaran untuk bergerak apatah lagi kawasan rumah aku jauh dari stesen-stesen pengangkutan awam. 


Untuk beli kereta baru pula maklumlah, banyak perkara yang harus dipertimbangkan. Mempunyai kereta bermaksud harus terikat dengan komitmen tambahan pula kehidupan kita selepas pandemik Covid-19 agak terjejas, tidak seperti sebelumnya.



Jika anda ingin membeli kereta, terdapat 5 perkara yang anda harus pertimbangkan terlebih dahulu. Fikir sehabis mungkin, setelah yakin barulah anda bersedia untuk terikat dengan komitmen.


5 Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Membeli Kereta


1. Bayaran Ansuran Bulanan


Untuk membeli sebuah kereta, biasanya akan melibatkan pinjaman dari bank. Setiap bulan akan ditetapkan berapa bayaran sebulan untuk menjelaskan hutang kereta. Anda dinasihatkan untuk membuat pengiraan bayaran kereta terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan untuk membeli kereta bagi mengelakkan anda membeli kereta yang diluar kemampuan anda. Jika bayaran ansuran bulanan tertunggak, kereta boleh ditarik balik dan nama boleh disenaraihitamkan.



 

Walaupun kereta dilelong pihak bank, mungkin hasil lelongan tidak mampu menampung baki hutang yang masih ada.

 

Akibatnya, baki hutang masih perlu dijelaskan, nama telah disenaraihitamkan, rekod kredit menjadi tidak elok dan ini akan menyukarkan urusan permohonan pinjaman/pembiayaan yang lain.


2. Bayaran Minyak Petrol


Selain bayaran bulanan yang perlu dilangsaikan, anda juga perlu menyediakan sejumlah wang untuk perbelanjaan petrol kerana kereta bergerak menggunakan petrol! Selain anda perlu membuat pengiraan bayaran kereta , anda juga perlu membuat 'budget' perbelanjaan minyak kereta anda.




3. Tol & Parking 


Jika tinggal di bandaraya yang besar, selain perlu memikirkan soal minyak anda juga perlu memikirkan soal tol. Di bandar, untuk bergerak kemana-mana anda perlu melalui tol dan setiap tol berlainan harganya.




Aku sendiri biasanya akan memperuntukkan sekitar RM500 untuk 'budget' minyak dan tol sebulan . Itu belum lagi termasuk bayaran parking. Bayaran parking kereta antara yang sering terlepas pandang, jadi selepas ini selain membuat pengiraan bayaran kereta  anda perlu juga membuat kira-kira anggaran penggunaan minyak, tol dan parking bulanan anda.


4. Cukai Jalan & Perlindungan Insurans


Dari awal lagi aku sudah tekankan bahawa memiliki kereta bermaksud anda terikat dengan komitmen. Bagi pemilik kereta, setiap tahun anda wajib untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans perlindungan. 




Semakin tinggi nilai kereta, semakin tinggi bayaran insurans perlindungan yang perlu dikeluarkan. 


5. Kos Penyelenggaraan


Kereta mempunyai banyak komponen yang bergerak, jadi perlu diselenggara dengan berkala supaya dapat berfungsi dengan baik. Minima penyelenggaraan , setiap 6 bulan atau 2 kali setahun.

 

Semakin lasak dan kerap kereta diguna, semakin kerap penyelenggaraan yang perlu dibuat. Dan kos pula sudah semestinya akan semakin tinggi. Itu baru diambil kira penyelenggaraan asas seperti menukar minyak hitam, minyak gear, pencucuh api dan penapis minyak.


5 Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Membeli Kereta


Belum dicampur lagi kos-kos menukar barang-barang seperti bateri, tayar dan suspension. Belum juga dicampur lagi kos-kos membaiki kerosakan akibat kemalangan. Mempunyai kereta sememang memerlukan kos yang tinggi.


Sebab itulah sebelum mengambil keputusan untuk memiliki sebuah kereta, sebaiknya anda membuat pengiraan bayaran kereta, bajet kos selenggaraan, bajet kos minyak, tol dan parking serta bajet untuk kos-kos ketika kecemasan. Miliki kereta bermakna miliki komitmen, fikir sebaiknya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada kereta yang anda ingin miliki ini adalah keperluan atau hanya sekadar kehendak?


Semoga artikel ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

2 Comments

  1. Sangat betul cikmin. Kena buat pengiraan yang betul bila nak beli kereta ni, bukan main suka-suka nak beli. Duit banyak sangat, takpe lah kan. heeeee

    ReplyDelete
  2. Betul sekali, semua perkara tu kena amik kira.. bukan semata nak bergaya tapi bila dah ada kereta, tak mampu nak handle budget bulanan, akhirnya menanggung hutang...

    ReplyDelete