5 Resipi Masakan Jepun Mudah Menggunakan Produk Kanika

Sekarang dah masuk musim cuti sekolah dan setiap kali musim cuti sekolah sudah pastilah golongan ibu pening memikirkan apa yang mudah untuk di masak, maklumlah berbanding ketika waktu persekolahan, musim cuti anak-anak akan sentiasa berada di rumah dan kebiasaannya anak-anak akan sering meminta makanan.


Jadi, dikesempatan ini aku ingin berkongsikan 5 resipi masakan Jepun mudah menggunakan produk Kanika.


Bagi mereka yang mungkin belum mengenali produk Kanika, KANIKA ialah pembekal makanan laut, ikan dan makanan sejuk beku Jepun. Dibekalkan oleh HSH Frozen Foods Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 1991, jenama Kanika mula dikeluarkan pada tahun 1996 dan sejak itu terus berkembang maju hingga mampu membekalkan lebih daripada 1,000 jenis makanan laut beku ke hotel, pasar raya, restoran dan runcit premium berantai.


Bersempena sambutan Hari Bapa yang bakal tiba, Kanika akan mengadakan jualan pada harga bundle iaitu RM127, 10% lebih jimat berbanding harga biasa dan jualan promosi ini akan berlangsung pada 6 Jun sehingga 18 Jun 2022. Apa yang terdapat di dalam bundle ini ialah ;


1 x Black Jute Bag

2 x Udon

2 x Breaded Scallop

2 x Sesame Salad Dressing

2 x Chuka Wakame

2 x Chuka Hotate

2 x Chuka Idako


Ha..banyak dan jimat kan? Sebab itulah di artikel kali ini aku ingin kongsikan 5 resipi masakan Jepun mudah menggunakan produk Kanika ni.




5 Resipi Masakan Jepun Mudah Menggunakan Produk Kanika



1. Beef Blackpepper Udon With Shitake

Bahan-bahannya ;

1. Kanika Instant Japanese Fresh Udon
2. Lobak Merah (dihiris panjang dan halus)
3. Bawang Putih (dicincang halus)
4. Daging (aku menggunakan daging batang pinang, hiris memanjang dan nipis)
5. Cendawan Shitake (dihiris)
6. Lada hitam
7. Sos Tiram & Kicap Manis (campurkan sekali)
8. Minyak untuk menumis.
9. Daun bawang (dihiris & akarnya jangan dibuang)


Cara-caranya ;

1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang putih hingga naik bau
3. Masukkan daging
4. Masukkan sekali akar daun bawang supaya daging lebih beraroma
5. Masukkan lobak merah
6. Masukkan cendawan shitake
7. Tumis seketika kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis yang telah dicampur
8. Masukkan sedikit air
9. Masukkan Kanika Instant Japanese Fresh Udon (boleh tambah sedikit lagi air jika tak cukup)
10. Bila udon nampak dah sedikit masak, masukkan lada hitam
11. Akhir sekali masukkan daun bawang dan tutup api
12. Sedia dihidang




2. Onigiri Kanika Chuka Idako

Bahan-bahannya ;

1. Beras Jepun (sukatan untuk masak nasi menggunakan beras Jepun adalah 1 cawan nasi bersamaan 1 1/2 cawan air)
2. Cuka shushi (boleh dapatkan di pasaraya cuka shushi yang halal)
3. Shushi Nori (rumpai laut/seaweed) sebagai hiasan
4. Kanika Chuka Idako (frozen seasoned baby octopus)
6. Sedikit bijan hitam
7. Acuan Onigiri (boleh beli di kedai menjual barangan Jepun seperti Daiso)


Cara-caranya ;

1. Gaul beras dengan 1-2 sudu cuka sushi (sila adjust mengikut citarasa anda)
2. Taburkan sedikit bijan hitam
3. Gaul sebati
4. Masukkan sedikit nasi ke dalam acuan onigiri
5. Masukkan Kanika Chuka Idako (frozen seasoned baby octopus)
6. Lapiskan lagi dengan nasi
7. Tekan acuan
8. Keluarkan perlahan-lahan dari acuan
9. Hiaskan dengan shushi nori




3. Kanika Chuka Kurage Panda Rice Ball


Bahan-bahannya ;

1. Beras Jepun (sukatan untuk masak nasi menggunakan beras Jepun adalah 1 cawan nasi bersamaan 1 1/2 cawan air)
2. Cuka shushi (boleh dapatkan di pasaraya cuka shushi yang halal)
3. Shushi Nori (rumpai laut/seaweed) sebagai hiasan
4. Kanika Chuka Kurage (Prepared Jellyfish)
6. Sedikit bijan hitam (jika suka)
7. Acuan Panda Rice Ball (boleh beli di kedai menjual barangan Jepun seperti Daiso)


Cara-caranya ;

1. Gaul beras dengan 1-2 sudu cuka sushi (sila adjust mengikut citarasa anda)
2. Taburkan sedikit bijan hitam
3. Gaul sebati
4. Masukkan sedikit nasi ke dalam acuan panda rice ball
5. Masukkan Kanika Chuka Kurage (Prepared Jellyfish)
6. Lapiskan lagi dengan nasi
7. Tekan acuan
8. Keluarkan perlahan-lahan dari acuan
9. Hiaskan dengan shushi nori 




4. Kanika Chuka Wakame Rice Ball

Bahan-bahannya ;

1. Beras Jepun (sukatan untuk masak nasi menggunakan beras Jepun adalah 1 cawan nasi bersamaan 1 1/2 cawan air)
2. Cuka shushi (boleh dapatkan di pasaraya cuka shushi yang halal)
3. Seaweed Flake (berperisa)
4. Kanika Chuka Wakame (Seasoned Seaweed Salad)


Cara-caranya ;

1. Gaul beras dengan 1-2 sudu cuka sushi (sila adjust mengikut citarasa anda)
2. Gaul sebati
3. Masukkan sedikit Seaweed Flake (berperisa)
4. Gaul rata
5. Kepal nasi hingga menjadi bebola
6. Hidangkan ke dalam piring bersama Kanika Chuka Wakame (Seasoned Seaweed Salad)




5. Kanika Breaded Scallop with Kanika Sesame Salad Dressing


Resipi yang kelima ini paling mudah untuk disedikan kerana anda cuma perlu menggoreng Kanika Breaded Scallop hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan bersama Kanika Sesame Salad Dressing.



Mudahkan?! Dengan produk-produk dari Kanika ini anda boleh membuat pelbagai resipi yang boleh dihidangkan sepanjang musim cuti sekolah ini. Bukan sahaja anak-anak gembira, malah seisi keluarga dapat menikmati makanan yang enak ini bersama-sama.


Malah idea ini juga boleh dijadikan panduan untuk bekalan anak ke sekolah nanti.



Bagi memudahkan anda, aku turut menyediakan video sebagai panduan masakan. Semoga video ini dapat membantu anda menyediakan hidangan yang enak buat keluarga.






Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan produk-produk dari Kanika, anda boleh dapatkan di Shopee, Lazada dan juga laman web Kanika.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Kanika anda boleh layari ;

Laman Web : Kanika
Facebook : KanikaMalaysia
Instagram : KanikaMalaysia

Alamat : Kanika Malaysia @ Selayang
Block K, Lot 46903,
Jalan Taman Perusahaan Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor

Tel : 1300-88-0707, 010-2117549, 012-9897424


#kanikamalaysia #premiumquality #frozenfood #freedelivery #easyrecipe #easypreparation #japanesefood #chuka #appetizers #snackfood #halal #sesamesaladdressing #breadedscallop #udon #chukakurage #food #yummy #delicious #easycooking #onlyinkanika #idako #kurage #wakame #hotate

Post a Comment

4 Comments

  1. wahhh...menarik...selalu beli Chuka Idako tu buat makan dengan nasi...nnt boleh cuba yg lain pulak..hihi

    ReplyDelete
  2. Waaa mudahnyaa.. tak payah nak ngidam-ngidam makan kedai Korea dah, buat ajeerr sendiri ekkkk..

    ReplyDelete
  3. Kann..mudah giler..biasa beli je rupenya wat sendiri mudah je

    ReplyDelete