Berdasarkan keputusan terbaru kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 1 2022, Suria FM kini berjaya menarik lebih daripada 3.4 juta pendengar seminggu sekaligus mencatatkan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 11% atau 350,000 pendengar.
Segmen Team Pagi
Suria gabungan Ajak, Fizi Ali dan Suraya Borhan pada setiap hari Isnin hingga
Jumaat jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi turut mengekalkan takhta peningkatan
pendengar mingguan tertinggi sekali lagi iaitu sebanyak 18% daripada pengukuran
(Wave) sebelumnya dan juga peningkatan pendengar eksklusif tertinggi sebanyak
22% di antara semua stesen radio berbahasa melayu untuk Wave 1, 2022.
Segmen “Suria
Cinta” yang dihoskan oleh DJ LIN, kekal sebagai segmen radio yang mempunyai
tempoh masa mingguan tertinggi dihabiskan untuk mendengar (TSL) di antara
stesen radio komersial berbahasa Melayu iaitu selama 2 jam 40 minit sepanjang
Ahad hingga Jumaat dari jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi.
Manakala slot ‘Gaya
Suria’ kelolaan Cik Piah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi
hingga 1.00 tengahari dan Suria Petang yang dikendalikan oleh Sharifah Shahirah
dan Tyzo pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 3.00 petang hingga 7.00 malam
kedua-duanya telah mencatatkan trend peningkatan pendengar mingguan yang
konsisten dan tertinggi dari sisi tempoh masa mingguan dihabiskan untuk
mendengar (TSL) Segmen Gaya Suria dan Suria Petang antara 3 stesen berbahasa
melayu komersial yang mencatatkan pendengar mingguan tertinggi berbanding
segmen-segmen di slot masa yang sama.
Menurut Pengurus
Besar Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, “Kejayaan yang diperolehi
ini adalah hasil kerjasama padu yang diberikan oleh semua anak anak buahnya di
Suria Fm. Dibantu dengan formula yang berkesan, fokus yang tinggi serta komitmen
terbaik, alhamdulillah hasilnya sangat menggembirakan. Kami di Suria sentiasa
bersyukur dan akan berusaha untuk terus meneroka idea baharu sejajar dengan
perkembangan teknologi digital masa kini. Kami sentiasa komited untuk
meningkatkan prestasi radio dari segala aspek khususnya digital dan dengan
peningkatan jumlah pendengar sebanyak 11% ini serta sambutan luar biasa bagi
seleksi program raya Suria yang kami pertaruhkan pada tahun ini pastinya akan
menjadi pemangkin semangat untuk kami terus menghasilkan produk Suria yang
berkualiti demi memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar”.
Kempen Raya Suria
Fm pada tahun ini diakhiri dengan Majlis Amal sebagai memenuhi Tanggungjawab
sosial kami terhadap masyarakat yang mana pada 30 Mei lalu (Isnin), team Suria
FM telah menyantuni warga asrama di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit
Persekutuan dengan mengadakan majlis jamuan raya, pengagihan ‘Kotak Infak Suria’, penyerahan
sumbangan duit raya kepada para pelajar ASDAF, sesi beramah mesra bersama para
penyampai Suria dan dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa daripada
penyanyi terkenal, Nabila Razali.
Selain itu,
Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor yang turut hadir
pada majlis tersebut mengucapkan rasa syukur dan berbesar hati dengan jalinan
kerjasama melalui kempen bersama Suria FM dalam mengagihkan ‘Kotak Infak Suria’
kepada golongan saudara baru dan juga anak-anak di Asrama Darul Falah Perkim
(ASDAF).
Ujarnya, “Di saat
kita menikmati kemeriahan Syawal bersama yang tersayang, jangan dilupakan masih
ada golongan kurang berkemampuan yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.
Kebajikan masyarakat Islam terutamanya golongan saudara baru dan asnaf
merupakan keutamaan di PERKIM.”
Sumber data daripada GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 1 2022 (Individu berusia 10 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia) | Facebook Analytics Insight, Januari – April 2021 | Twitter Analytics, Januari – April 2022 | YouTube Analytics, Januari – April 2022 | Google Analytics, Januari – April 2022 | TikTok Analytics, Januari – April 2022 | Suria Web and App Database, Januari – April 2022
0 Comments