Umum mengetahui bahawa Garnier Malaysia sangat komited dalam usaha menyelamatkan bumi agar kekal hijau. Terbaru, Garnier Malaysia telah melancarkan program pendidikan sekolah di seluruh negara di bawah inisiatif 'Green Beauty'.
Pelancaran tersebut diadakan di SMK Darul Ehsan di Selayang Baru dan dihadiri oleh Puan Hajah Marpuaton binti Sastero, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan I.S.Shanmugaraj Subramaniam, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen Garnier Malaysia untuk memupuk generasi Hero Hijau yang seterusnya melalui pendidikan.
Green Beauty adalah inisiatif global Garnier melibatkan pendekatan menyeluruh ke arah kelestarian. Komitmen ini mempunyai sasaran besar menjelang 2025 untuk mengurangkan impak keseluruhan Garnier terhadap alam sekitar secara menyeluruh. Matlamat kelestarian 2025 termasuklah memastikan produk tidak dihasilkan daripada plastik baharu, dan menukar bungkusan bagi memastikan semua bahan boleh diguna semula, dikitar semula dan boleh dikompos. Dengan mengambil langkah-langkah hijau dalam setiap perjalanan operasi jenamanya, Garnier juga komited memastikan tapak industrinya adalah neutral karbon menjelang 2025. Garnier juga berhasrat memperkasa 1,000 komuniti melalui program Penyumberan Perpaduan (Solidarity Sourcing).
Berikut adalah 5 langkah kelestarian keterlibatan Garnier ;
1. Lebih banyak
penyumberan perpaduan |
Garnier
memperkasakan 670 komuniti sebagai sebahagian daripada program penyumberan
bahan mereka.
Menjelang 2025, ia
akan merangkumi 800 komuniti.
|
2. Formula yang
lebih hijau dan lebih bersih |
Pada 2019, formula
baru syampu dan penjagaan rambut Garnier mencapai purata 91%
terbiodegradasikan*. Menjelang 2025, mereka
akan mencipta formula baru yang berprestasi tinggi dan dihormati untuk rambut
dan kulit, yang dikuasakan oleh Green Sciences, seperti bioteknologi. |
3. Lebih banyak
pembungkusan yang dikitar semula & boleh dikitar semula |
Pada 2019, Garnier menjimatkan
3670 tan plastik penggunaan pertama. Penghujung 2020, botol Fructis akan
diperbuat daripada 100% plastik yang dikitar semula di Eropah dan Amerika
Syarikat. Menjelang 2025, semua produk Garnier
akan diperbuat daripada 100% plastik yang dikitar semula dan 100% akan boleh
dikitar semula, boleh diisi semula atau boleh diguna semula. |
4. Lebih banyak
tenaga yang boleh diperbaharui |
Sejak 2005, loji dan
pusat pengedaran Garnier telah mengurangkan penggunaan air sebanyak 45% dan
pelepasan CO2 sebanyak 72%. Menjelang 2025, 100%
tapak perindustrian Garnier akan menjadi neutral karbon. |
5. Lebih banyak
tindakan untuk memerangi pencemaran plastik |
Garnier menyertai Ocean
Conservancy untuk memerangi pencemaran plastik, menggerakkan seramai 373
pekerja bersempena Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa. |
Apa yang lebih menarik lagi, Garnier Malaysia telah bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) untuk menjalankan program pendidikan dengan mensasarkan lebih 1,000 guru dan beribu-ribu pelajar dalam mendidik mereka bagaimana cara-cara menangani pencemaran plastik. Para pelajar juga turut diperkasa untuk mengamalkan pengetahuan kitar semula yang dipelajari melalui tong sampah kitar semula yang disediakan oleh Garnier.
Inisiatif ini dimulakan dengan pameran bergerak jelajah yang interaktif, dipenuhi pelbagai aktiviti dan bengkel pendidikan yang menyeronokkan di SK Subang Bestari 2 dan SMK Seksyen 4, Bandar Kinrara. Acara ini menerima banyak maklum balas positif daripada pelajar dan guru.
Chris Chan selaku pemimpin Garnier Malaysia berkata,
Pencemaran plastik terus menjadi isu di Malaysia. Melalui inisiatif Green Beauty, kami ingin memainkan peranan sebagai sebuah jenama kecantikan yang lestari dalam mewujudkan impak, tidak kiralah kecil atau besar, ke arah kesejahteraan alam sekitar dalam jangka masa panjang. Kami percaya terhadap kuasa pendidikan dan program pendidikan sekolah ini akan memupuk pencinta alam sekitar yang akan menjadi generasi Hero Hijau yang seterusnya demi Malaysia yang lebih bersih dan lebih hijau.
Garnier sangat berbesar hati dapat berganding bahu dengan MNS untuk melaksanakan inisiatif ini memandangkan mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang meluas bagi mengukuhkan lagi pelaksanaan dan kesan inisiatif, sekaligus membolehkan kami sama-sama mencapai keseluruhan matlamat yang ditetapkan,
tambah Chan.
Dalam majlis pelancaran program pendidikan tersebut, SMK Darul Ehsan turut mempamerkan lukisan yang diperbuat dari bahan terbuang seperti penutup botol dan botol air mineral.
SMK Darul Ehsan telah dipilih untuk pelancaran ini memandangkan sekolah tersebut cukup dikenali dengan pelaksanaan inisiatif hijau yang pelbagai di kalangan pelajar dan komuniti. Antara inisiatif hijau yang dilaksanakan di sekolah ini termasuklah membina rumah hijau, sistem tadahan air hujan, menyediakan kelas agrikultur dan hortikultur, dan juga hab pengumpulan untuk minyak masak dan fabrik terpakai. Sekolah tersebut juga dikenali dengan pelaksanaan ‘Eco-Brick’, dimana botol plastik diisi padat dengan sisa buangan plastik untuk digunakan sebagai bahan binaan bagi menghasilkan dinding penebat atau perabot luar.
Aku yang turut hadir menyaksikan majlis pelancaran program pendidikan di bawah inisiatif 'Green Beauty' ini turut merasa kagum dengan hasil tangan mereka yang menggunakan bahan buangan.
Bayangkan, daripada penutup botol dan bahan-bahan terbuang yang lain dijadikan sebuah lakaran indah yang mempersonakan.
I.S.Shanmugaraj Subramaniam, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia berkata,
Program pendidikan sekolah di seluruh negara ini bertepatan dengan matlamat dan tujuan kami ke arah mendidik pelajar bagi mewujudkan minat mereka terhadap kitar semula dan pengurusan sisa buangan plastik. Bengkel interaktif dan menyeronokkan adalah cara untuk memperkenalkan topik sebegini kepada kanak-kanak sekolah dan kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Garnier Malaysia untuk merealisasikan masa hadapan yang lestari dan alam sekitar yang lebih hijau.
Buat pengetahuan semua, selain menjalankan program sekolah di seluruh negara , Garnier Malaysia dan MNS turut dalam perancangan untuk melaksanakan aktiviti pembersihan di lima pantai terpilih di negara ini. Aktiviti pembersihan pantai yang pertama telah diadakan pada 25 Mei lalu di Pantai Remis, Kuala Selangor dengan kehadiran 80 peserta.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Green Beauty oleh Garnier, anda boleh layari
Laman web : www.garnier.com.my/green-beauty
Facebook : GarnierMalaysia
Instagram : GarnierMalaysia
@bebelancikmin Allahu kreatifnya budak2 ni menghasilkan lukisan dari penutup botol air mineral. Tahniah @GarnierMY atas pelancaran program pendidikan 'Green Beauty' sebagai inisiatif menyelamatkan bumi dari pencemaran #gogreen #greenbeautygarnier #garnier #garniermy #selamatkanbumi #fyp #bebelancikmin ♬ Go Green - Kimbo Children's Music
1 Comments
Bagusnya kempen macam ni laa.. mengalakkan kita supaya lebih menjaga alam sekitar.. kreatif ek guna penutup botol tu..
ReplyDelete