Najia's Pakistani Tawa & Grill Hidangkan Pelbagai Menu Asli Dari Pakistan

Jika anda peminat masakan yang kaya dengan aroma rempah, apa kata anda mencuba masakan asli dari Pakistan. Di Malaysia, kita dah terlalu biasa dengan masakan India apatah lagi apabila restoran mamak tumbuh bagai cendawan selepas hujan.




Boleh dikatakan setiap tempat pasti ada kedai mamak. Bila bercerita tentang kedai mamak, sudah pastilah menu-menu yang ada adalah masakan India seperti roti canai, puri, capati, nasi briyani dan pelbagai lagi. Jika anda peminat masakan India, sudah pasti anda akan meminati masakan Pakistan kerana masakannya hampir sama dan rempah ratus yang digunakan juga tak banyak bezanya.


Baru-baru ini aku berkesempatan mencuba pelbagai masakan asli dari Pakistan di Najia's Pakistani Tawa & Grill yang terletak di Solaris Mont Kiara. Sudah beroperasi selama 5 tahun di Malaysia, Najia's Pakistani Tawa & Grill sememangnya mengetengahkan menu-menu asli dari negara yang terkenal dengan keindahan alam itu. 




Dimiliki oleh warga Pakistan iaitu Puan Najia, Najia's Pakistani Tawa & Grill bukan sahaja menghidangkan menu-menu asli dari Pakistan malah restorannya juga dihias dengan citarasa Pakistan dan dinding-dindingnya juga dipenuhi dengan lukisan dan gambar-gambar yang menggambarkan negara Islam itu. Halwa telinga juga didendangkan dengan lagu-lagu dari Pakistan.



Najia's Pakistani Tawa & Grill Hidangkan Pelbagai Menu Asli Dari Pakistan


Seperti yang aku ceritakan di awal tadi, Najia's Pakistani Tawa & Grill sememangnya menghidangkan masakan asli dari Pakistan. Menurut Najia, pemilik Najia's Pakistani Tawa & Grill, beliau sangat menyukai Malaysia memandangkan Malaysia sebuah negara yang indah serta Malaysia adalah sebuah negara Islam sama seperti Pakistan.


Bukan hanya menyukai Malaysia malah beliau juga sangat menyukai makanan Malaysia. Justeru itu, beliau membuka Najia's Pakistani Tawa & Grill kerana ingin sama-sama berkongsi rasa masakan dari Pakistan. Pada fikiran beliau, jika beliau menyukai masakan Malaysia sudah pasti rakyat Malaysia juga akan bakal turut menyukai masakan Pakistan. Pendek kata beliau ingin kita rakyat Malaysia untuk sama-sama berkongsi pengalaman menikmati hidangan dari negara asalnya, Pakistan.


Memandangkan terlalu banyak menu yang ada di Najia's Pakistani Tawa & Grill, tempohari aku hanya sempat mencuba beberapa hidangan sahaja, antaranya ;


  • Balochi Keema Biryani

Balochi Keema Biryani adalah hidangan Nasi Biryani bersama daging cincang. Keema di dalam bahasa Pakistan merujuk kepada daging sama ada ayam, lembu atau kambing yang dicincang. Manakala Balochi adalah merujuk kepada nama masyarakat atau pun komuniti yang ada di Pakistan.


Dihidangkan di dalam periuk tanah, Balochi Keema Biryani ini sangat menepati selera aku kerana rasa rempahnya yang seimbang, tidak terlalu pedas dan secukup rasa. Bahagian bawah diletakkan nasi biryani manakala lapisan atasnya diletakkan timbunan daging cincang dan dihiasi dengan lobak merah.

Jika anda peminat nasi biryani, Balochi Keema Biryani ini sangat sesuai buat anda.

  • Mutton Kadhai

Bagi peminat masakan berasaskan daging kambing, Mutton Kadhai ini pasti memenuhi citarasa anda. Dimasak dengan rempah ratus dengan api yang besar, Mutton Kadhai dihidangkan di dalam kuali sizzling dan enak di makan bersama roti naan.


Kadhai di dalam bahasa urdu merujuk kepada kuali sizzling. Diberi nama Mutton Kadhai kerana hidangan ini akan dihidangkan panas-panas kepada pelanggan dalama keadaan panas menggelegak (sizzling)

  • Chicken Tikka With Puri

Bagi peminat ayam pula, mungkin Chicken Tikka ini dapat memenuhi selera anda apatah lagi jika anda seorang peminat ayam tandoori di kedai mamak kerana Chicken Tikka yang dihidangkan di sini rasanya hampir sama dengan ayam tandoori namun rasanya lebih enak.


Ini antara hidangan yang paling aku suka di sini kerana ayamnya yang diperap sebati dengan rempah ratus kemudian dibakar sempurna menjadikan ayam yang dimasak ini walaupun dibakar namun teksturnya masih terasa 'juicy'. 

Hidangan ini aku makan bersama puri yang enak.

  • Charpai Daal

Hidangan kacang dal yang dimasak seakan kari namun pekat. Sangat sedap di makan bersama roti naan atau puri


  • Cheese Naan

Roti Naan Cheese yang dihidangkan di sini sama seperti roti naan yang kita biasa makan. Memang sedap, lembut dan kaya dengan cheese di dalamnya.


  • Garlic Butter Naan

Sama seperti cheese naan di atas, Garlic Butter Naan di sini juga tiada beza dengan yang kita biasa makan. Garlic Butter Naan ini rangup dipermukaan namun lembut di dalam.


  • Chapli Kabab Burger

Bagi anak-anak yang mungkin kurang menggemari rasa rempah yang kuat dalam masakan, Chapli Kabab Burger pasti akan memenuhi selera. Roti burger yang lembut diapit dengan kepingan ayam yang 'juicy' bersama sayuran dan sos pasti akan membuat anak anda tersenyum.


Untuk minuman pula, aku aku sempat mencuba Mint Lemonade, Mango Milkshake dan Mango Lassee.


Jika anda berminat untuk mencuba keenakan rasa masakan asli Pakistan, boleh la datang ke ;

Alamat : 6, Jalan Solaris 5, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Telefon : 03-62061236

Untuk video makanan yang aku cuba tempohari, boleh lihat di sini ;


@bebelancikmin Korang pernah try tak makanan Pakistan? Aku try makan kat @Najia's Pakistani Tawa & grill sedap giler wei! #pakistan #pakistanifood #pakistanifoodie #najia #foodie #foodies #bebelancikmin #fyp #racunintiktok ♬ Teri Meri - 初梦

Post a Comment

2 Comments

  1. So nice, Love it Chicken Tikka. Belanja me please

    ReplyDelete
  2. Ya rabbi, sedap-sedap semuanya, nampak menyelerakan.. terus teringin okayyyy

    ReplyDelete