Sambut Ulang Tahun Ke-15 | Akademi Diyana Bantu Lahirkan Ramai Usahawan Dikalangan OKU Dan Asnaf

Tidak dinafikan bahawa cantik dan wanita berpisah tiada. Bercerita soal kecantikan, wanita tidak pernah puas untuk kelihatan kekal cantik dan bergaya. Memahami naluri semulajadi wanita itu, Akademi Diyana telah ditubuhkan sejak 15 tahun lepas bukan sahaja untuk membantu wanita untuk cantik malah menjadikan dunia kecantikan ini sebagai satu kerjaya.




Bertempat di Crystal Hall, Bukit Jelutong, Shah Alam, majlis Konvokesyen dan ulang tahun ke-15 Akademi Diyana telah berlangsung dalam acara yang penuh meriah. Telah diasaskan oleh Puan Sofia Abbas seorang professional trainer make up artist, Akademi Diyana iaitu sebuah akademi kecantikan berdaftar dengan akreditasi Pusat Latihan Kemahiran Kecantikan Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia ditubuhkan pada tahun 2000 dan telah banyak melatih dan meningkatkan kemahiran ramai pelajar yang mempunyai banyak potensi dalam industri kecantikan malah ramai yang telah layak mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)


Turut menghadiri Majlis Konvokesyen dan Ulang Tahun ke -15 Akademi Diyana adalah YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti.







Sambut Ulang Tahun Ke-15 | Akademi Diyana Bantu Lahirkan Ramai Usahawan Dikalangan OKU Dan Asnaf



Menerima pelajar seawal 12 tahun, Akademi Diyana bukan hanya membuka peluang kepada masyarakat bumiputera malah Akademi Diyana turut membuka ruang dan peluang kepada semua rakyat Malaysia pelbagai kaum dan juga golongan OKU dan golongan Asnaf.




Apa yang ditawarkan di Akademi Diyana adalah para pelajar akan dididik di dalam Kemahiran Kecantikan, Aestetik dan Dandanan Rambut bertepatan dengan misi mereka yang ingin mewujudkan lebih ramai usahawan terutamanya sebagai jurusolek, estetika, pendandan rambut profesional, pemilik spa dan jurusolek profesional dengan sijil untuk bekerja dalam bidang yang betul.


Menurut Puan Dyana Sofia, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Diyana, Akademi Diyana bertujuan untuk melahirkan generasi wanita yang mampu berdaya saing menerusi perniagaan sendiri terutama sekali dalam bidang kecantikan.




Menurut Puan Dyana Sofia lagi, pelajar-pelajar lepasan Akademi Diyana boleh menjana pendapatan melalui mobile spa, membuka premis sendiri atau pun membuat service rumah ke rumah dan dengan kemahiran yang mereka pelajari dari Akademi Diyana, mereka mampu menjana pendapatan  yang lumayan disamping dapat membantu keluarga dan ekonomi negara.


Puan Dyana Sofia yang  mempunyai Sijil Pakar Solekan Airbrush Profesional dari Temptu New York, Jurulatih Profesional Solekan Airbrush & Artis Solek Kanan Tahap 3, dan Kesan Khas, Sijil Kejurulatihan Industri (SLDN ) & Pemegang Sijil Artis Solekan Kemahiran Malaysia Tahap 2 & Tahap 3, Sijil Kejurulatihan Industri (SLDN).Pemegang sijil. Artis Solekan Kemahiran Malaysia Tahap 2 & Tahap 3 & Jurulatih Bertauliah daripada Human Resources Development Fund (HRD Corp), juga latihan bertanggungjawab, melatih Program HRD Corp berharap agar pelajar-pelajarnya dapat manfaatkan segala ilmu yang dipelajari mereka sekaligus dapat membantu mereka membina kerjaya.




Buat pengetahuan, Akademi Diyana sedang bekerjasama dengan SME CORP, HRD CORP, JPK dan PERKESO bagi membuka peluang kepada usahawan baru, peniaga yang terdiri dari golongan B40/M40, ibu tunggal, asnaf dan juga belia yang tiada pekerjaan atau dibuang kerja semasa pendemik Covid 19 berumur 18 tahun ke atas untuk menjalani latihan kemahiran jangka pendek bagi membantu golongan ini untuk menjana pendapatan sendiri. Akademi Diyana akan melatih mereka dari segi kemahiran, permulaan pernia gaan dan juga cara pemasaran produk/perkhidmatan. Mereka mensasarkan pembelajaran jangka pendek seluruh negeri bagi memberi peluang kepada semua golongan ini tidak kira jauh atau mahupun dekat untuk dapat turut serta menceburi peluang yang dibuka


Seterusnya mereka  akan membuka peluang kepada peniaga dan usahawan baru untuk menyertai bengkel pengurusan kewangan, pengisian sistem fail, akaun serta pengisytiharan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ini kerana ramai usahawan baru dan peniaga tidak terdedah dengan kepentingan pengurusan pendapatan kewangan syarikat mereka.


Bagi golongan belia lepasan sekolah, kolej dan universiti, Akademi Diyana juga ada menyediakan bengkel persiapan kendiri untuk menghadapi temuduga pekerjaan. Ramai anak muda sekarang tidak terbuka dengan nilai etika temuduga kerja, oleh itu Akademi Diyana ingin membantu golongan ini untuk bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sessi temuduga dengan yakin dan beretika. Ramai pelajar lepasan siswazah kurang keyakinan diri dan masih menganggur kerana gagal dalam temuduga kerja. Dalam bengkel ini Akademi Diyana akan mengajar mereka cara berpakaian serta solekan yang betul dan sesuai semasa temuduga, persiapan sebelum temuduga, adab tertib dan bahasa badan, cara bertutur juga latihan menjawab soalan dalam sessi temuduga. 


Sambut Ulang Tahun Ke-15 | Akademi Diyana Bantu Lahirkan Ramai Usahawan Dikalangan OKU Dan Asnaf


Ini adalah salah satu inisiatif pihak Akademi untuk melihat wanita belia bangkit "Bekerjaya Cantik Bergaya".


Bagi sesiapa yang ada sebarang pertanyaan atau berminat ingin menyertai bidang kemahiran kecantikkan, kursus jangka pendek, bengkel-bengkel anjuran Akademi Diyana, bolehlah hubungi mereka di talian ;


Tel : 017-3309063/012-3009037
Alamat : No 18, 2nd & 3rd Floor, Jalan Setia Perdana BF, U13/BF, Setia Alam, 40170 Shah Alam Selangor

Post a Comment

1 Comments

  1. Baguslah ada buat akademi sebegini. Inisiatif yang bagus

    ReplyDelete