Bagi orang Shah Alam khususnya pasti tahu bahawa Mardhiyyah Hotel & Suites ini dahulunya adalah Grand Bluewave yang kemudiannya ditukarkan pemilikan, diubahsuai dan diselanggara sepenuhnya oleh pemilik yang baru dan wujudlah Mardhiyyah Hotel & Suites.
Mardhiyyah Hotel & Suites yang mempunyai sebanyak 341 buah bilik iaitu terdiri daripada ;
✅ 280 unit deluxe
✅ 58 unit deluxe suite
✅ 2 unit penjagaa khas
✅ Presidential Suite
Telah mendapat Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR) kategori Platinum oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui ITC. Malah restoran-restoran di sini turut disahkan halal oleh JAKIM
Pengalaman Menginap di Mardhiyyah Hotel & Suites.
Memandangkan agak lama juga aku tidak membuat hotel review dek kerana kekangan waktu, jadi pada hujung minggu lepas aku dan suami bersepakat untuk menginap di Mardhiyyah Hotel & Suites yang terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam.
Hanya 20 minit dari rumah, kami memilih Mardhiyyah Hotel & Suites kerana hotel ini mempunyai akses yang mudah untuk kemana-mana.
Cukup penginapan 2 hari satu malam buat kami ingin merehatkan diri dan mengalihkan sedikit pandangan dari kesibukan bekerja sepanjang minggu.
Hari pertama, kami check-in ke Mardhiyyah Hotel & Suites pada pukul 3 petang dan kedatangan kami disambut dengan alunan merdu bacaan ayat suci Al-Quran. Inilah yang menjadikan Mardhiyyah Hotel & Suites sangat berlainan dengan hotel-hotel yang lain.
Bacaan ayat suci Al-Quran dipasang 24 jam malah ketika makan juga, selain ayat suci Al-Quran, alunan lagu-lagu nasyid dan zikir turut diperdengarkan untuk halwa telinga pelanggan.
Menjengah masuk ke dalam bilik kami yang terletak di aras 18, hati terpegun melihat keindahan pemandangan dari bilik kami. Berlatarbelakangkan pemandangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, suasana di dalam bilik terasa sejuk dan damai sekali.
Bilik yang aku menginap ini dilengkapi dengan ;
✔️ Talian IDD
✔️ Akses internet berkelajuan tinggi
✔️ Port Data
✔️ TV Satelit
✔️ Sistem Telefon Canggih
✔️ Peti Sejuk
✔️ Kemudahan membuat kopi dan teh
✔️ Peti Keselamatan Peribadi
✔️ Seterika
✔️ Papan Seterika
✔️ Jubah Rope
✔️ Pengering Rambut
✔️ Sejadah
✔️ Bathtub
Pendek kata segalanya lengkap bagi memudahkan pelanggan. Penunjuk arah kiblat dan sejadah turut disediakan bagi memudahkan penghuni-penghuni beragama Islam menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.
Selesai merehatkan diri di bilik, aku dan suami ke Borak Borak Cafe & Lounge di Aras Lobi. Kebetulan ada promosi untuk set minum petang untuk 2 orang yang bermula dari 2.30 petang hingga 6.00 petang setiap hari dengan harga hanya RM80.
Antara hidangan yang boleh dinikmati adalah Mushroom Bruschetta, Panini Club Sandwich, Crab Pear Arugula Salad, Beef Lasagna, Chicken Croquetta, Fish n Yam Chip and Degustation of Dessert.
Sesudah habis Hi-Tea di Borak Borak Cafe & Lounge, kami naik semula ke bilik untuk berehat, menunaikan solat serta menikmati keindahan pemandangan bandaraya Shah Alam di waktu senja.
Selesai menunaikan Solat Maghrib, kami turun pula ke Restoran Royale Songket yang terletak di Aras Lobi untuk menikmati makan malam kami. Oleh kerana kami datang pada hujung minggu, kami berkesempatan untuk menikmati keenakan masakan yang dihidangkan di Restoran Royale Songket ini. Hidangan Bufet Makan Malam Mardhiyyah Hotel & Suites berlangsung pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan cuti am dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Manakala harganya pula ialah RM125.00 bersih untuk dewasa dan RM75.00 bersih untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.
Berbaloi sangat sebenarnya jika anda mengambil hidangan Bufet Makan Malam Mardhiyyah Hotel & Suites ini kerana hidangan bufet di sini terlalu banyak pilihan yang wajib anda cuba antaranya hidangan yang dinamakan Goat Kuzi Cashew Beans, Fish in Tomato Boil, Spicy Sour Oxtail, Chicken Basques, Starfruit Fat Cooked Shrimp, Fried Vegetables Wok in Tao Ban Sauce, Butter Fish Fillet and Oil Rice selain terdapat hidangan Sushi dan Sashimi.
Sarapan Pagi Di Restoran Royale Songket & Nikmati Fasiliti Yang Ada Di Mardhiyyah Hotel & Suites
Keesokan harinya, selesai bersarapan di Restoran Royale Songket kami ke aras 4 Mardhiyyah Hotel & Suites untuk menikmati fasiliti yang ada di hotel bertaraf 5 bintang yang patuh syariah ini. Apa yang tersedia di aras 4 adalah ;
- Swimming Pool
- Gym
- Surau
- Spa
Bagi pelanggan wanita, terdapat slot untuk wanita sahaja di kolam renang mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak hotel. Jika anda ingin menginap di sini, pastikan anda meminta butiran lengkap tentang waktu dan sebagainya di kaunter riceptionist
Seperti yang aku jelaskan di awal tadi, memandangkan kami menginap di hujung minggu maka kami menikmati sepuasnya segala promosi yang disediakan kepada pelanggan di hujung minggu. Setelah menguruskan urusan check-out pada pukul 12 tengahari kami tidak terus pulang malah kami menikmati pula Bufet Minum Petang Hujung Minggu di Restoran Royale Songket yang diadakan pada setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dari jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.
Anda boleh menikmati Ayam Ketutub Pantai Timur, Lemongrass Fried Rice, Macaroni Pomodoro and Cheese, Sashimi and Sushi Salmon, California Temaki Roll, assorted steaned Dim Sum, Mustard Rub Beef Striploin with Mushroom-Pepper Sauce, assorted Omachi, Salted Creme Caramel, Coffee Meuille Feuille dan banyak lagi.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang harga dan promosi anda boleh rujuk jadual yang aku sediakan di bawah ini ;
ROOM TYPES
|
TARIFF RATES
SINGLE/DOUBLE
|
Deluxe Room
(Single)
|
RM500
|
Deluxe Room
(Twin)
|
RM650
|
Deluxe Suite
(Single)
|
RM1,000
|
Deluxe Suite
(Twin)
|
RM1,300
|
AS-SAFINAZ
FLOOR (Level 17,18,19)
|
|
Deluxe (Single)
|
RM700
|
Deluxe (Twin)
|
RM850
|
Suite
(Single)
|
RM1,400
|
Suite (Twin)
|
RM1,700
|
Executive
Suite
|
RM4,000
|
Presidential
Suite
|
RM7,500
|
EXTRA BED
|
|
Deluxe
|
RM100
|
As-Safinaz
Floor
|
RM150
|
WEEKEND TREATS HI-TEA BUFFET
|
|
Price
|
RM115nett
(dewasa), RM65nett (Kanak-Kanak)
|
Day
|
Saturday,
Sunday & Public Holiday
|
Time
|
12.00noon –
4.00pm
|
Venue
|
Royale
Songket Restaurant, Ground Floor
|
WEEKEND TREATS DINNER BUFFET
|
|
Price
|
RM125nett
(dewasa), RM75nett (Kanak-Kanak)
|
Day
|
Friday, Saturday
& Public Holiday
|
Time
|
6.30pm – 10.00pm
|
Venue
|
Royale
Songket Restaurant, Ground Floor
|
BREAKFAST BUFFET
|
|
Price
|
RM75nett
(dewasa), RM55nett (Kanak-Kanak 6-12 tahun)
|
Time
|
12.00noon –
4.00pm
|
Venue
|
Royale
Songket Restaurant, Ground Floor
|
AFTERNOON HI-TEA @ BORAK BORAK CAFÉ
& LOUNGE
|
|
Price
|
RM80nett (2
persons)
|
Time
|
2.30pm – 6.00pm
|
Venue
|
Borak Borak Café
& Lounge, Level Lobby
|
Promotion
Valid
|
1st
July 2022 – 31st August 2022
|
Untuk maklumat lebih lanjut boleh terus hubungi pihak Mardhiyyah Hotel & Suites di ;
Alamat : Lot P5.5, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : (603) 5511 8811
Fax : (603) 5511 8899
2 Comments
Love love love Presidential Suite. Nice sis belanja ni. This hotel memang terbaik. Nak makan pun rasa tenang dan selesa.
ReplyDeleteJujurnya memang baru tau kewujudan Hotel ni, next time bolehlah ke sini haaa.. cantik dan selesa nampak biliknya..
ReplyDelete