Pengasas Produk Kecantikan Terbabit Kes Dera Anak Angkat

Pagi-pagi ni emosi aku dah terganggu bila aku mendapat DM dari seorang influencer terkenal untuk mohon bantuan viralkan video kes dera yang membabitkan seorang pengasas produk kecantikan.


Bagi mereka yang ikuti perkembangan di blog aku pasti anda perasan tentang kisah seorang founder yang menyaman 6 individu. Sebelum ini, aku memang tak ambil pusing sangat dengan kisahnya walaupun aku dapat menghidu sesuatu yang kurang enak.




Namun sebagai seorang blogger, aku hanya jalankan tugas dan tanggungjawab aku sahaja. Tetapi pagi ini hati aku betul-betul menggelegak bila aku buka Instagram dan melihat DM dari seorang Influencer terkenal di Malaysia ini memohon bantuan aku untuk viralkan kes dera.


Melalui kiriman DM tu jelas terlihat di dalam video yang diambil secara rahsia yang pengasas kecantikan terbabit mendera anak kecil yang bernama Alia. Bukan hanya dera malah mengeluarkan kata-kata kesat seperti 'makan macam anjing'. Luluh hati aku melihat video tersebut.


Apa yang lebih pilu, aku pernah bertemu dengan si kecil itu. Jika tak silap aku Alia baru berusia dalam lingkungan 3 tahun. Si pengasas sendiri memberitahu bahawa Alia adalah anak angkatnya. Ya Allah, kenapalah dia mengkhianati kepercayaan si kecil tu untuk melindunginya? Pasti harapan si kecil itu si ibu yang dipanggil 'Mommy' itu mampu menjaga dan melindunginya namun sebaliknya berlaku.


Aku harap perkara ini mendapat keadilan yang sewajarnya. Alia patut dilindungi dan disayangi bukan dibenci!! Semoga si pelaku mendapat balasan setimpal.


@bebelancikmin2 Terpaksa post di backup acct sbb main acct dah kena warning. Sis pg2 dh dpt dm dr @AQIEL utk bantu viralkan kes ni. Ini kes penderaan dan report polis dah pun di buat. But seriously?? shame on you @Bossbabe !! selama ni akk percaya awak bila awak minta bantuan akk bersihkan nama awak! #fyp #justiceforalia #bossbabemkhan #mk #bebelancikmin #childabuse @bebelancikmin ♬ original sound - Bebelan Cik Min 2

Post a Comment

3 Comments

  1. Aduhai..ada lg yg mendera anak ye

    ReplyDelete
  2. Kisah dera lagi. Nak kena ni orang yang mendera. Bagi tonyoh cili kat mata dia. Gerammm

    ReplyDelete
  3. Memamg depress ke haperr ek founder ni, ye laa sebab baru je kes dia tu kan, now mendera pulak.. harap dapat hukman setimpal dengan apa yang dah dia buat..

    ReplyDelete