Review Drama Remarriage & Desires

Tajuk : Remarriage & Desires
Tayangan : Netflix
Episod : 8 episod

Baru berkesempatan nak share review Drama Korea terbaru di Netflix ni. Drama Korea 8 episod yang ditayangkan di Netflix bermula 15 Julai lalu kini antara yang trending.




1st of all, siapa peminat kisah cinta leleh-leleh ini bukan cerita yang sesuai untuk anda kerana drama ni mengisahkan kecekalan seorang  isteri yang bangkit dari penghinaan yang dilemparkan oleh perempuan simpanan suaminya. 


Dari awal cerita dah ditunjukkan bagaimana suami si heroin berlaku curang dan akhirnya membawa kepada kehancuran bukan hanya pada dirinya malah pada keluarganya. Dipendekkan cerita sang suami membunuh diri dan meninggalkan hutang hingga rumah dilelong.


Drama ni juga berkisar tentang bagaimana seorang anak cuba merampas kembali hak dan harta pusaka peninggalan ibunya yang kaya namun dibolot sang ayah yang kejam. Perebutan harta antara ibu seorang ibu tiri yang tamak dengan anak tunggal yang sepatutnya mewarisi segala kekayaan.



Pada aku drama ni sangat menarik  cuma mungkin ada babak yang menyebabkan kita rimas seperti bagaimana kerapnya heroin terserempak dengan musuhnya secara kebetulan walaupun Korea tu besar .


Overall pada aku drama ni best dan layan ditonton. Untuk anda yang ingin mengetahui lanjut tentang drama perjuangan seorang isteri ini kangan lupa untuk menonton Remarriage & Desires di Netflix

Pelakon Utama


Kim Hee-sun sebagai Seo Hye-seung

Lee Hyun-wook sebagai Lee Hyeong-joo

Jung Yoo-jin sebagai Jin Yoo-hee

Cha Ji-yeon sebagai Choi Yoo-seon.

Park Hoon sebagai Choi Yoo-sun


Pelakon Pembantu


Park Sang-hoon sebagai Lee Jun-ho

Kim Sa-kwon 

Lady Jane sebagai juruhebah stesen 

Kim Mi-kyung sebagai ibu Lee Hyeong-joo 

Kim Yoon-seo 

Lee Doo-seok

Jung Woo-hyuk

Yang Mal-bok

Post a Comment

2 Comments

  1. Lama tak tengok drama Korea ni. Peminat bersiri citer dan pelakon ni, mesti follow. Perjuangan isteri kan..

    ReplyDelete
  2. BEST kdrama ni. I marathon sampai habis

    ReplyDelete