Khas buat penduduk Johor Bahru atau sesiapa sahaja yang ingin berkunjung ke Johor Bahru dan ingin mencari Nasi Arab yang sedap, aku cadangkan agar anda semua ke Zaituna Restaurant yang terletak di Taman Tasek, Johor Bahru.
Kenapa aku cadangkan restoran ini untuk anda? Kerana baru-baru ini aku berkesempatan untuk merasa sendiri makanan arab di Zaituna Restaurant ini. Oleh kerana Zaituna Restaurant agak viral kebelakangan ini, jadi aku dan 3 orang lagi rakan blogger mengambil keputusan untuk mencuba Nasi Arab sedap di Johor Bahru ini.
Nasi Arab Sedap Di Zaituna Restaurant مطعم زيتونة Johor Bahru
Buat pengetahuan, Zaituna Restaurant menghidangkan masakan Arab khas dari Lubnan (Lebanon). Antara yang menjadi kegemaran aku adalah Nasi Mandi, Nasi Kabsa dan Nasi Maklouba. Memang sedap betul Nasi Arab yang dihidangkan di sini jadi tidak hairanlah Zaituna Restaurant ini dilabelkan sebagai kedai yang menjual Nasi Arab sedap di Johor Bahru sebab memang sedap betul!
Kerana kami datang berlima, kami memilih untuk order Dulang Offer iaitu di dalam set ini terdapat ;
- 2 ayam
- 2 kambing
- 3 jenis nasi (Mandi, Kabsa, Maklouba)
- Salad
- Juice Jug (minuman dihidangkan dalam jug)
- Hummus
Set ini cukup untuk 4-5 orang dan oleh kerana orang Malaysia biasanya tak makan banyak, aku rasa untuk set ini jika anda datang 6 orang pun sangat mencukupi.
Sedikit info bagi mereka yang tertanya-tanya apakah perbezaan antara Nasi Mandi, Nasi Kabsa dan Nasi Maklouba kerana aku sendiri memang keliru bagaimana cara nak memilih nasi yang sedap dan kena dengan selera aku.
Nasi Mandi
Rempah: Serbuk cili, Buah pelaga, Lemon kuning kering, Daun
ketumbar, Buah pala, Adas, Jintan putih, Lada hitam, Kayu manis, Cengkih, Serai
kayu (bay leaf), Cili merah, Mace (basbasah)
Cara masak: Bahan-bahan rempah ratus secara asalnya direbus
bersama lauk seperti kambing atau ayam dan dimasukkan beras basmathi.
Nasi Kabsah
Rempah: Pelaga, Ketumbar, Adas, Jintan putih, Lada putih,
Kayu manis, Cengkih, Serai kayu (bay leaf), Kunyit, Pelaga hitam, Mustard,
Basbasah & Lemon hitam kering, Rempah pimento, Chili merah
Cara masak: Cara masaknya lebih kurang dengan nasi mandi
cuma rempah-ratusnya saja yang berbeza. Penyediaan kabsah sedikit berbeza
mengikut citarasa kebanyakan negara-negara arab yang lain malah di Kuwait,
Qatar, UAE dan Bahrin kabsah juga dikenali sebagai MACHBUS.
Nasi Maklubah
Rempah: Kayu manis, Ketumbar, Jintan putih, Mace (basbasah),
Buah pelaga hitam, Rempah manis, Kunyit, Serbuk bawang, Bawang putih panggang,
Rempah Pimento, Bunga lawang, Lada hitam & putih
Cara masak: Nasi Arab Maqlubah agak istimewa kerana
mengandungi sayur-sayuran yang digoreng dan lauk-lauk. Dipanggil Nasi Maqlubah
kerana diterbalikkan (upside down). Di lapisan paling bawah dimasukkan lauk
sama ada ayam atau kambing, kemudian sayuran yang digoreng seperti bunga kobis,
karot, kentang dan terung, kemudian dimasukkan beras. Proses ini dilakukan
berselang-seli sehingga ke atas. Apabila nasi masak, periuk akan diterbalikkkan
ke dalam dulang.
Pelbagai Jenis Manisan Termasuk Baklava & Kunafa
Tidak sah jika pergi ke restoran Arab tanpa mencuba manisan yang ada. Di Zaituna Restaurant terdapat pelbagai manisan yang dijual di sini dan juga bagi memudahkan pelanggan, set-set untuk setiap manisan turut disediakan ;
- Baklava Box Large (RM40)
- Baklava Box Medium (RM25)
- Baklava Box Small (RM10)
- Halawa Pistachio Box (RM35)
- Turkish Delight (RM25)
- Creme Caramel (RM6)
- Kunafa (RM9)
- Baklava Cashew
- Baklava Pistachio
- Baklava Finger
- Baklava Creamy
- Sparrow's Nest Pistachio & Cashew
- Ballorich - Cashew & Pistachio
- Baklava - Rose Pistachio & Cashew
Alamat : Zaituna Restaurant مطعم زيتونة
@bebelancikmin Alamat Zaituna Restaurant مطعم زيتونة27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, JohorWaktu Operasi Zaituna Restaurant مطعم زيتونةBuka setiap hari 11:00 pagi - 11:00 malam (kecuali Jumaat 2 petang - 11:00 malam)#RestoranZaituna #ZaitunaRestaurant #NasiArabJohor #NasiArabZaituna #Sharwarma #Kunafa #Baklava #tempatmakanbestjohor #fyp #bebelancikmin #MakanLokal #foodie #myfoodie ♬ مسيطرة - لميس كان
2 Comments
Memang rasa nak ulang makan di sini.. puashati dan sedap nasi arab dan aneka baklava dia kann.. KUnafa pun sedap...
ReplyDeleteTurun JB nanti bolehlah cuba try singgah
ReplyDelete