Permainan Interaktif Membantu Pembelajaran Matematik Anak-Anak

Agak lama aku tak menulis tentang pendidikan awal kanak-kanak dan kali ini suka untuk aku menulis tentang permainan interaktif membantu pembelajaran matematik anak-anak.


Umum mengetahui bahawa mata pelajaran matematik adalah mata pelajaran yang agak sukar kerana ianya bermain dengan nombor. Matematik Awal membekalkan pengalaman awal matematik termasuk pranombor, konsep nombor, operasi nombor, nilai wang, konsep masa dan waktu, serta bentuk dan ruang kepada murid prasekolah. 


Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan (Kementerian pelajaran Malaysia, 2017). Aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi pemahaman matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal (Jean Piaget, 1952). 


Akhir-akhir ini, pemupukan konsep matematik pada awal kanak-kanak dilakukan dengan menulis nombor. Seharusnya, pengiraan awal adalah asas untuk kanak-kanak awal menguasai kebolehan matematik dengan melakukan aktiviti mengira objek di sekeliling mereka yang berhampiran dengan kehidupan seharian. 


Konsep matematik sangat dekat dengan persekitaran setiap kanak-kanak. Membangunkan kemahiran mengira awal kanak-kanak seharusnya dilakukan dengan seronok dan mengembirakan iaitu dengan cara bermain. Melalui bermain dan rangsangan interaksi dengan persekitaran mereka, kanak-kanak mula memahami maksud dan hubungan antara nombor, kenali ukuran nombor, gunakan simbol untuk mengukur objek dan peristiwa dan menggunakan nombor sebagai sistem dengan betul. Oleh kerana aktiviti harian ini, perkembangan kanak-kanak dari segi pelbagai aspek akan lebih cepat.


Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa untuk pemahaman Matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal adalah dengan melakukan banyak aktiviti dan permainan yang menarik. Sebagai contoh, pembelajaran berkaitan nombor biasanya terjadi melalui pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman.


Memandangkan kini kanak-kanak sudah didedahkan dengan komputer pada usia yang awal, tidak seperti zaman kita dahulu, maka penggunaan komputer yang baik, mestilah mempunyai maklumat yang hendak disampaikan dalam program dan perisian yang perlu memenuhi perkara seperti segi grafik, tulisan, berwarna-warni, dan ada kesan-kesan bunyi. 


Ini kerana 83% kanak-kanak belajar menggunakan deria penglihatan dan11%melalui deria pendengaran (Abdul Halim 2007). Kajian Abdul Halim (2007), sebanyak 72.4% kanak-kanak mempunyai komputer dirumah. Dan sebanyak 41.4% kanak-kanak yang mempunyai komputer di rumah diperkenalkan kepada komputer ketika berusia empat tahun lagi oleh ibu bapa mereka. 



Kemahiran matematik boleh ditingkatkan melalui pemilihan perisian yang berkaitan dengan kemahiran yang hendak dicapai seperti kemahiran pengasingan, pengelasan, seriasi dan perkaitan nombor. Banyak kebaikan yang telah dilihat dengan menggunakan teknik permainan ini (termasuk dengan permainan digital dalam pendidikan). 


Faedah menggunakan teknik ini adalah dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat belajar kanak-kanak (Sobel &Maletsky1972). Bagi permainan digital, kajian telah dijalankan dan mendapati bahawa seorang pelajar akanmempelajari sesuatu konsep tanpa mereka sedari dengan menggunakan permainan digital (Ab Rahman Ahmad et al. 2003). 




Oleh kerana itu, aku lebih suka mendedahkan anak-anak dengan permainan interaktif kerana permainan interaktif membantu pembelajaran matematik anak-anak. Kerana matematik itu memerlukan kanak-kanak untuk berfikir, maka permainan yang dapat menarik minat mereka seperti  permainan 'Snakes & Ladders' sangatlah membantu. 


Permainan Interaktif Membantu Pembelajaran Matematik Anak-Anak

Bagaimanakah Permainan 'Snakes and Ladders' ini dapat membantu anak-anak dalam mata pelajaran matematik?  Melalui permainan 'Snakes and Ladders' ini ;

a. Memberi ilmu kepada kanak-kanak melalui proses belajar bermain sambil belajar.

 

b. Merangsang perkembangan daya berfikir, kreativiti, dan bahasa agar dapat memupuk sikap, mental dan akhlak yang baik.

 

c. Mewujudkan persekitaran permainan yang menarik, memberikan rasa selesa dan menyeronokkan.

 

d. Meningkatkan kualiti pembelajaran kanak-kanak dalam perkembangan fizikal-motor, bahasa, intelek, moral, sosial, dan emosi. 


Sebenarnya bukan hanya permainan 'Snakes and Ladders' yang boleh menjadi permainan yang membantu anak-anak dalam mata pelajaran matematik tetapi ada banyak lagi permainan lain yang anda boleh dapati secara online. Jika aku sendiri, aku lebih suka ke laman web https://www.calculators.org/games/board-games.php dan akan mendekatkan anak-anak ke dunia matematik dengan pelbagai mainan di sana.


Permainan Interaktif Membantu Pembelajaran Matematik Anak-Anak


Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat mereka yang ingin mengajar anak-anak mata pelajaran matematik secara lebih seronok dan menarik minat anak-anak.



Post a Comment

4 Comments

  1. Anak sedara kita bagus ni kalau di beri main ni, budak baru nak naik kannn.. lagi satu matematik ni penting kann, kena mahirkan...

    ReplyDelete
  2. Bagus permainan matematik ni kan boleh tarik minat dorang belajar math juga

    ReplyDelete
  3. Bagus juga ada games macam ni. Latih daya fikir. best lah!

    ReplyDelete
  4. Bagus games math camni dapat asah minda anak2 kan

    ReplyDelete