Hidangan Bufet Fusion Japanese Antipasto di Restoran Royale Songket Mardhiyyah Hotel & Suites

Kalau perasan, aku memang suka cerita tentang Mardhiyyah Hotel & Suites baik dari penginapan atau pun makanan. Ini bukan bermaksud aku bias tapi sebab aku memang suka masakan yang disediakan oleh chef di sini.




Semalam aku berkesempatan sekali lagi untuk mencuba makanan di Mardhiyyah Hotel & Suites dan kali ini aku datang ke Mardhiyyah Hotel & Suites kerana bermula 5 September 2022 ini, Mardhiyyah Hotel & Suites menghidangkan Bufet Makan Malam Antarabangsa dengan tema Fusion Japanese Antipasto sebagai hidangan tambahan untuk makan malam bufet pada hari bekerja.




Pendek kata, jika anda peminat makanan Jepun seperti aku, anda wajib datang untuk mencuba segala makanan yang ada di sini. Pelbagai menu masakan Jepun seperti Makizushi, Inarizushi, Miso Glazed Edamame, Apple-Pear Chukka Idako Salad, Japanese Chilled Soft Tofu, Kanikama Chukka Wakame, Tradisional Ramen Sup dan Spicy Ramen Sup, Udon Noodle, Soba Noodle, Ramen Noodle bersama perasa, Nasi Goreng Bawang Putih Jepun, Yakitori, Chawan Mushi, Okonomiyaki dan Teppanyaki.




Bukan tu je, bagi peminat Tempura Mariowase, di sini turut menyediakan pelbagai jenis Tempura seperti Tempura Kani, Karaage Ayam, Tempura Sayur dan Tempura Ikan.





Oh ye! Bufet Makan Malam Antarabangsa ni bertempat di Restoran Royale Songket yang terletak di Aras Lobi. Jika anda berminat untuk mencuba makanan di sini, aku nasihatkan supaya anda membuat tempahan awal dan harga serta details Bufet Makan Malam Antarabangsa adalah seperti berikut ;-


Harga : RM95.00 (Dewasa), RM65 (Warga Emas 60 tahun ke atas) & RM65 (Kanak-Kanak 6 hingga 12 tahun)

Hari : Isnin - Khamis & Ahad (kecuali cuti am)

Masa : 6.30 petang - 10.00 malam

Tempat : Restoran Royale Songket, Aras Lobi

Tempahan : 03-55118811 samb. 2612 (Restoran Royale Songket) atau 019-2616847/012-3518284

Website : www.mardhiyyahhotel.com


@bebelancikmin Best wei Dinner Buffet Fusion Japanese Antipasto kat @mardhiyyahhotel ni. Memang berbaloi dgn harga sebab semua premium, semua sedap dan boleh makan puas2. So far mmg puas ati sangat #mardhiyyahhotelsuites #makanlokal #inistylekita #makansedap #fyp #bebelancikmin ♬ Tiba-Tiba Speed Up - liriklaguツ

Post a Comment

0 Comments