Queen Elizabeth II Mangkat Di Usia 96 Tahun

Hari ni dunia dikejutkan dengan berita kemangkatan Queen Elizabeth II. Istana Buckingham mengumumkan kemangkatannya dalam satu kenyataan ringkas, dan menetapkan 10 hari untuk berkabung serta penghormatan terhadap pemerintahannya yang memecahkan rekod.


"Ratu meninggal dunia secara aman di Balmoral petang ini," kata Istana Buckingham dalam satu kenyataan pada jam 6.30 petang.

Queen Elizabeth II yang berusia 96 tahun dikhabarkan mengalami kemerosotan kesihatan namun masih sempat menyaksikan upacara mengangkat sumpah Presiden Britain pada 2 hari lepas.


Sedikit Mengenai Queen Elizabeth II


Elizabeth Alexandra Mary diputerikan di 17 Bruton Street, Mayfair, London pada 21 April 1926. Paduka ayahanda dan paduka bonda baginda ialah Putera Albert, Duke York dan Elizabeth Bowes-Lyon (kemudian Ratu Elizabeth, dan The Queen Mother selepas Elizabeth II menaiki takhta. Elizabeth ditansir (baptis) di Private Chapel Istana Buckingham oleh Cosmo Lang, Biskop Besar York (dan kemudiannya Biskop Besar Canterbury).



Ratu Elizabeth mempunyai kekanda, Mereka diberi pendidikan di rumah. Elizabeth belajar sejarah dengan C. H. K. Marten, diajar agama oleh Biskop Besar Canterbury, serta boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Perancis. Gelaran yang digunakan oleh baginda sejak keputeraan baginda ialah "Puteri Elizabeth dari York" (Her Royal Highness Princess Elizabeth of York).


Paduka ayahanda baginda, baginda Raja George VI menjadi Raja United Kingdom selepas penurunan takhta paduka ayahanda saudaranya Raja Edward VIII pada 1936. Raja Edward VIII telah turun dari takhta kerajaan Britain akibat cinta. Beliau lebih memilih cinta hingga sanggup melepaskan takhta yang dimilikinya. Ratu Elizabeth kemudian  dikenali sebagai "Puteri Elizabeth" (Her Royal Highness The Princess Elizabeth). Semasa bermulanya Perang Dunia II, Elizabeth berumur 13 tahun dan dipindahkan ke Istana Windsor. Pada 1945, baginda menyertai Angkatan Tentera di bawah Perkhidmatan Wilayah Sokongan Wanita. Elizabeth merupakan satu-satunya kerabat diraja wanita yang menyertai Angkatan Tentera.




Pada bulan Februari 1952, semasa Elizabeth dan suaminya sedang berlawat ke Kenya, paduka ayahanda baginda, Baginda Raja George VI mangkat akibat kanser paru-paru. Baginda berangkat pulang ke Britain dengan segera. Istiadat kemahkotaan baginda diadakan pada 2 Jun 1953 di Westminster Abbey. Dengan kemangkatan mendiang paduka ayahanda baginda, dengan serta merta, baginda telah diangkat menjadi Ratu dengan gelaran Ratu Elizabeth II ( Her Majesty the Queen ) dan suami, Putera Philip, ( His Royal Highness the Duke of Edinburgh



Sebagai Ratu


Selepas menjadi Ratu United Kingdom, Ratu Elizabeth dan suami baginda telah berpindah ke Istana Buckingham. Namun, baginda dikatakan lebih menyukai Istana Windsor sebagai kediaman. Ratu Elizabeth banyak mengadakan lawatan ke seluruh pelosok dunia. Baginda merupakan monarki British pertama melawati Australia, New Zealand dan Fiji. Pada tahun 1957, baginda telah bertitah dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebelum ke Kanada. Pada tahun 1961, Ratu Elizabeth melawat Turki, India, Iran, Pakistan dan Nepal. Pada 1991, baginda juga berucap dalam sesi Kongres Amerika Syarikat dan pada 2007, baginda bertitah dalam Perhimpunan Agung Virginia. Ratu Elizabeth sering mencemar duli di Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) sebagai Ketua Komanwel.






@bebelancikmin Takhta sebenar bukan milik beliau tp milik ayah saudara beliau yg melepaskan takhta demi cinta. #info #history #fyp #bebelancikmin #queenelizabeth #queenelizabethhasdied #queen ♬ Kings & Queens - Ava Max

Post a Comment

0 Comments