Teater adalah penggambaran drama di atas pentas. Ia memerlukan ruang, individu yang memainkan watak, dan orang yang melihat perbuatan (penonton). Teater adalah usaha kolektif ramai orang, dramatis atau penulis drama, seorang pengarah, pelakon, dan juruteknik untuk membuat penonton percaya bahawa apa yang berlaku di atas panggung adalah nyata. Teater adalah seni pertunjukan yang sangat penting, dan dengan berlalunya masa, ia telah mengambil banyak bentuk baru seperti opera sabun televisyen dan juga filem, di mana terdapat latihan dan mengambil sementara, di teater, tidak ada kemudahan sedemikian untuk penghibur.
Setelah agak lama kita sepi dengan dunia teater, kini kerinduan bakal terubat dengan teater semi muzikal kanak-kanak yang berjudul 'Payung' arahan Joe Kas. Bagi yang pertama kali mendengar nama Joe Kas, beliau adalah pengarah bagi pementasan teater Teater Ranjau Sepanjang Jalan Adaptasi Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) sekitar tahun 2020.
Kembali dengan hasil garapan seni yang terkini, teater semi muzikal kanak-kanak bertajuk 'Payung' bakal menemui peminat teater di Langkawi. Terdahulu, teater 'Payung' terlebih dahulu dipentaskan di UUM.
Teater Semi Muzikal Kanak-Kanak Berjudul Payung Bakal Temui Peminat September Ini
Mereka merancang untuk masuk ke HutanTerabak bagi mencari
penawar. Banyak pokok-pokok di Hutan Terabak telah layu dan mati akibat hujan
asid. Hanya tinggal sebatang pohon yang masih hidup segar menghijau. Di situlah
mereka bertemu penawar untuk wabak penyakit yang melanda. Mereka kembali ke
Metro Umbrella dan berjaya mendapatkan penawar penyakit. Bagaimanapun mereka
akan terus menghadapi hujan asid. Doktor Ali dan rakannya mencadangkan agar
mereka sama sama menjaga alam sekitar, kebersihan semoga hujan tidak lagi
berasid dan kehidupan mereka kembali sihat dan ceria.
Nyanyian Lagu Hujan
Hujan akan turun lagi
Berhati-hati kita semua
Awas wabak mengacam kita
Menular seluruh kota
Entahlah sampai bila
Kita perlu jaga berjaga
Hujan tak mengira masa
Mungkin hari ini esok lusa...
Payung ini selamat kita
Dari titis mudarat
Resah ini sampai bila
Perlu usaha untuk selamat
Lagu/lirik: Joe K.A.S
Tarikh |
Tempat |
1-4 September 2022 |
Panggung Seni Kota Mahsuri, Langkawi |
25
Aug – 30 September 2022 |
Art Exhibition, Balai Seni Negara, Langkawi |
1 Comments
Best juga ni sesekali layan teater. Payung!
ReplyDelete