Bercerita tentang Sabah pasti ramai yang terbayangkan keindahan pulau-pulau yang terdapat di Negeri DiBawah Bayu tersebut. Sememangnya Sabah terkenal dengan pulau-pulau yang indah. Namun tahukah anda?! Selain daripada pulau-pulau ada banyak lagi tempat menarik yang boleh anda lawati.
Jadi, untuk artikel kali ini aku ingin kongsikan 10 aktiviti yang wajib anda buat jika ke Sabah.
10 Aktiviti Yang Wajib Anda Buat Jika Ke Sabah
1. Nikmati Keindahan Sunset Di Tembara River Cruise
Tembara River Cruise terletak di Tuaran dan perjalanan daripada Kota Kinabalu menuju ke Tuaran adalah sejauh 32km atau mengambil masa kira-kira 25-30 minit perjalanan.
Menyelusuri sungai Kampung Serusup, pengunjung dapat menikmati keindahan alam disepanjang perjalanan yang mengambil masa sehingga 2-3 jam perjalanan sebelum berhenti di beting muara. Di beting muara inilah kita bakal menikmati keindahan matahari terbenam (sunset).
Pada sebelah malamnya pula pengunjung dapat menikmati keindahan alam ditemani oleh sinaran cahaya kelip-kelip.
Antara aktiviti lain yang anda boleh lakukan di Tembara River Cruise ini adalah ;
Berbasikal di sepanjang teluk
Berkayak merentasi sungai biru yang sangat luas
Sungai meredah ke hutan bakau
Menangkap Ketam secara tradisional
Pandangan Matahari Terbenam - Tempat yang menarik untuk
perkahwinan dan gambar berkumpulan
Nikmati percutian anda di Sabah dengan sepenuhnya menghayati keindahan alam semulajadi dengan sunrise cycling di Kota Belud.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Belud adalah sejauh 68 km atau mengambil masa diantara 47 minit hingga 1 jam masa perjalanan dengan melalui Inanam, Suromboton dan Kg. Kelawat. Jika sampai ke Kota Belud, terus sahaja menuju ke Kanarahan View, Kampung Tempasuk 1.
Di Kanarahan View ini turut menyediakan penginapan dan aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung. Berikut adalah antara aktiviti dan harga sebagai rujukan ;
Entrance
Fee
RM4
(Children 2-12)
RM6
(Adult)
RM10
(Foreigner)
FOC
(Below 2 & Handicap)
Water
Playground (pool)
RM10 each
Paddle
Boat (Program Sekolah)
Paddle
Boat (Small)
Paddle
Boat (Big)
RM5 per person
RM10 (15 minutes)
RM15 (15 minutes)
Inflatable
Boat (Small)
Inflatable
Boat (Big)
RM5 (15 minutes)
RM10 (15 minutes)
Water
Roller
RM20 (15 minutes)
Remote
Control Boat
RM10 (15 minutes)
RM5 (Track rental)
Remote
Control Car
RM10 (15 minutes)
RM5 (Track rental)
Bicycle
(Inside KV)
RM3 (15 minutes)
RM5 (30 minutes)
Bicycle
(Outside KV)
RM10 (30 minutes)
RM15 (1 hour)
RM20 (2 hours)
Flying
Kites
RM3 (15 minutes)
RM5 (30 minutes)
Overboard
RM10 (15 minutes)
Traditional
Costume
Start from RM5
Tempohari aku sempat berbasikal hampir 10km semata-mata untuk menikmati keindahan matahari terbit di Kampung Sangkir, Kota Belud ini. Subhanallah memang cantik sangat pemandangan ibarat lukisan ditambah lagi dengan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu.
Alamat : Kampung Tempasuk 1, Jalan Sangkir II, 89150 Kota Belud,
Sabah
Waktu Operasi : 6 pagi - 10 malam (dibuka setiap hari)
Sesekali nikmati pelayaran mewah bersama tersayang apa salahnya kan? Jika ke Sabah jangan lupa untuk melakukan aktiviti melihat matahari terbenam (sunset). Untuk menambahkan lagi suasana romantik, apa kata nikmati sunset cruise dan makan malam sekali bersama North Borneo Sunset Dinner Cruise?!
Tempohari aku sempat menikmati keindahan sunset dengan menaiki North Borneo Sunset Dinner Cruise. Berpangkalan di The Marina Clubhouse Sutera Harbour, North Borneo Sunset Dinner Cruise hanya berharga kurang daripada RM200 seorang. Harga ini termasuk pelayaran selama 2 jam untuk menikmati sunset dan makan malam.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh dapatkan di ;
Main Office:
L1.34, 1st Floor, Kompleks Asia City, Jalan Asia City,
88000, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Site & Booking Centres:
The Marina Clubhouse
Island & Cruises Office
Jalan Utama Sutera Harbour, Sutera Harbour Boulevard, 88100
Kota Kinabalu, Sabah.
Marais Centre terletak di daerah Tenom dan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tenom adalah sejauh 145 km yang mengambil masa hampir 5 jam perjalanan kerana faktor jalan raya di sana.
Di Tenom, masyarakat Murut berada di sebuah perkampungan yang dinamakan Marais. Pusat Marais atau Marais Centre adalah sebahagian daripada inisiatif
pelancongan berasaskan komuniti untuk menggalakkan kelestarian dan meningkatkan
kehidupan masyarakat di kawasan itu.
Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan, Beaufort dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung atau Tirong, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, Murut Serundung, Murut Agabag atau Ahavah,Tanggara atau Tanggala, Kolor atau Kolod atau Akolod, Murut Nabai, Murut Gana atau Hana dan Murut Lundayeh/ Lun Bawang. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain seperti Lun Bawang/Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.
Alamat : Peti Surat 206 Kampung Marais, 89908 Tenom, Sabah
Phone: 016-834 9781
5. Melawat Ke Yit Foh Tenom Coffee Park
Yit Foh Coffee Factory Sdn.Bhd (juga dikenali sebagai Yit Foh Tenom Coffee) merupakan pengeluar kopi di Sabah sejak tahun 1960. Diasaskan oleh Encik Yong Loong Vun di Kg. Chinta Mata di daerah Tenom, ia adalah syarikat kopi tertua di Sabah dan telah menerima pensijilan Halal.
Di sini anda bukan sahaja boleh membeli-belah segala jenis minuman kopi kegemaran anda sambil melihat bagaimana proses pembuatan kopi malah di sini turut tersedia penginapan bagi mereka yang ingin bercuti ke sini.
Taman Kopi Yit Foh menyediakan 4 jenis bilik untuk anda.
Chalet (King or Twin), Rumah Panjang (1 Katil King), Rumah Panjang (Double
Decker), Pondok Keluarga (1 Katil king & 2 Katil Bujang) dan setiap bilik dinamakan dengan nama-nama kopi. Harga penginapan pula bermula dari RM280/malam
6. Nikmati Pengalaman Berbasikal 'Di Langit' Dengan Mont K Sky Bike
Mont K Skybike, Ranau adalah tempat yang sempurna jika anda
seorang penggemar aktiviti yang melonjakkan adrenalin anda. Terletak di Ranau,
2 jam pemanduan dari Kota Kinabalu, Mont K Skybike adalah pusat basikal langit
pertama di Sabah di mana pengunjung akan mendapat peluang untuk menunggang
basikal di udara pada ketinggian 30 meter!
Terletak bersebelahan dengan Ranau Rabbit Farm, yang juga
adalah satu lagi tarikan baru di bandar Ranau. Menempatkan beberapa ekor arnab
yang gebu, anda juga boleh luangkan masa di sini dengan anak-anak anda.
Jarak perjalanan ialah 100m setiap hala, memberikan anda
banyak masa untuk menikmati persekitaran alam semula jadi yang indah. Dengan
dua basikal yang tersedia, anda boleh sama ada menunggang solo atau berkongsi
pengalaman mendebarkan dengan rakan perjalanan anda atau orang tersayang.
RABBIT
FARM
Malaysia
Foreigner
Dewasa
RM5.00
RM10.00
Kanak-kanak
RM3.00
RM5.00
SKY BIKE RM90/Pax
Alamat :Rabbit Farm, Jalan Ranau, 89300 Ranau, Sabah
Jika anda datang bersama keluarga, sementara anda melakukan aktiviti sky bike apa kata biarkan anak-anak anda bermain di Rabbit Farm yang terletak hanya bersebelahan dengan Mont K Sky Bike.
Anak-anak pasti terhibur dengan keletah arnab-arnab yang sangat comel di sini.
Alamat :Rabbit Farm, Jalan Ranau, 89300 Ranau, Sabah
Kalau anda peminat sukan ekstreme atau anda ingin mencuba kelainan, apa kata anda mencuba Paragliding di Ranau Paragliding Park.
Ranau paragliding jaraknya 2 jam 30 minit dari Kota Kinabalu (120 km). Tempat anda berlepas ialah di kawasan tertinggi kat Kg Lohan.
Lebih menarik lagi, dijaminkan kepuasan kerana anda bakal menikmati keindahan Gunung Kinabalu ketika penerbangan.
Tak pandai nak paragliding? Jangan bimbang kerana pilot akan sentiasa menemani, pilot akan berada dibelakang dan kita akan berada dihadapan. Anda akan berada di awangan selama 10 minit menikmati pemandangan dari atas persis seekor burung yang beterbangan di angkasa.
Ranau pagaliding ini beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang dan harga adalah RM180 termasuk GoPro. Ini bermakna anda akan dapat menyimpan video-video sepanjang penerbangan anda dengan paragliding untuk kenang-kenangan.
Alamat : Jln Kompleks Sukan Ranau, 89308, Ranau, Sabah
Telephone : 013-8650545
9. Sabah Tea Garden Resort
Sabah Tea adalah pengeluar teh terbesar di Borneo sejak 1973. Terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu
kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi ladang teh
ini berada di laluan lebuh raya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas
persimpangan ke Poring Hot Spring. Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272
kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Kawasan
ladang teh ini dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud sejak 130 juta
tahun dahulu. Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung Kinabalu
dan merupakan ladang teh organik tunggal di Malaysia serta menjadi pilihan di
dunia.
Tidak hanya membuka peluang kepada pelancong untuk melihat dengan dekat ladang teh, Sabah Tea turut menyediakan resort bagi pelancong yang ingin merasai suasana tinggal di kawasan ladang teh.
Untuk penginapan, terdapat 3 jenis penginapan yang disediakan di sini iaitu ;
Sabah Tea Longhouses
Sabah Tea Cottages
Camp Grounds
Selain itu pengunjung boleh turut sama merasai sendiri hidangan berasaskan teh di Sabah Tea Garden Resort ini.
10. Nikmati Makanan Laut Segar Di Gayang Seafood Restaurant
Tak sah jika ke Sabah tanpa mencuba makanan laut yang segar. Terletak di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Gayang Seafood Restaurant sememangnya terkenal dengan hidangan makanan laut yang segar dan lazat.
Aku berkesempatan mencuba beberapa menu di sini dan ternyata semuanya lazat dan menepati citarasa aku sebagai seorang penggemar makanan laut.
Bukan hanya menghidangkan makanan laut yang benar-benar segar malah dijual pada harga yang sangat berpatutan
Alamat : Gayang Seafood Restaurant
Jalan Sulaman, 89200, Kota Kinabalu, Sabah
Telefon : 016-8105385
Ini adalah antara 10 aktiviti yang wajib anda buat jika ke Sabah. Untuk maklumat lebih lanjut tempat-tempat menarik di Sabah anda boleh dapatkan di ;
Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.
5 Comments
Waah, teruja sungguh baca pengalaman Kak Min. Banyak juga tempat yang best kat Ranau tu. Will consider next trip. Nice lah!
ReplyDeleteMemang best giler! Sure akan datang lagi ke Sabah
DeleteBestnyaa.. pernah gi Sabah tapi Sandakan aja, nanti bolehlah travel jelajah Sanah macam ni pulakkkk...
ReplyDeletewaaa.. sy org sabah pun tak pernah lg pergi semua tempat tu hahaha.. sbb takda bajet nak jalan2 .. Nice sharing kak..
ReplyDeleteBestnya...pemandangan lawa-lawa semua.
ReplyDelete