DYTM TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ, RAJA MUDA SELANGOR BERKENAN UNTUK MEMBERIKAN GERAN PERNIAGAAN KEPADA 30 USAHAWAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DALAM PROGRAM LIGA USAHAWAN OKU MALAYSIA (SAY LEAD PRO) ANJURAN SELANGOR YOUTH COMMUNITY

Menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) bukanlah alasan untuk tidak berjaya dan tidak boleh hidup berdikari. Buktinya, pada hari ini seramai 30 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipilih oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor untuk menerima geran perniagaan dalam program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO) anjuran Selangor Youth Community yang disokong oleh Yayasan Hasanah. 



Liga ini dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Selangor. Program Liga Usahawan OKU Malaysia - SAY LEAD PRO dijalankan dibawah inisiatif Entrepreneurship Selangor dengan membawa visi dan misi Baginda untuk mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia. Liga ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Hasanah melalui “Hasanah Special Grant”. 

Kriteria pemilihan peserta adalah:

  • Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 

  • Berumur dari 18 tahun hingga 45 tahun.

  • Berupaya untuk hadir ke kelas secara fizikal dan secara dalam talian 

  • Berminat untuk mempelajari aktiviti perniagaan.





Program SAY LEAD telah berjalan selama 18 bulan sejak Januari 2022. 60 peserta dipilih untuk menjalani kursus perniagaan selama 18 bulan yang merangkumi empat fasa:

  • Fasa pertama: Unearth The Talent (4 Bulan)

  • Fasa Kedua: Commercialisation (4 Bulan)

  • Fasa Ketiga: Sustainability (4 Bulan)

  • Fasa Terakhir: Giving Back to Societies (4 Bulan) 


Setiap minggu selama kursus bimbingan perniagaan dijalankan, peserta diberi tugasan dalam untuk dilaksanakan dalam perniagaan mereka sama ada secara fizikal ataupun atas talian. Pada fasa pertama, peserta perlu hadir ke kelas secara fizikal untuk mempelajari amali bagaimana untuk menghasilkan produk/perkhidmatan seterusnya mendapatkan pembekal dan mengekalkan kualiti produk. 


Memasuki fasa kedua Commercialisation, daripada 60 peserta hanya 30 peserta sahaja yang akan dipilih untuk memasuki fasa kedua. Pada fasa ini, peserta akan diberikan ilmu bagaimana hendak untuk mengkomersialkan produk yang dihasilkan sama ada secara fizikal ataupun atas talian. Pada fasa kedua ini, Selangor Youth Community (SAY) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan bootcamp selama tiga hari dua malam di International Youth Centre (IYC), Cheras. Hasil daripada bootcamp tersebut, setiap peserta dibimbing dan ditetapkan mentor berdasarkan produk yang dihasilkan kepada tiga kumpulan iaitu F&B, Jahitan dan perniagaan atas talian. 


Hasil bimbingan tersebut, setiap peserta berjaya memiliki produk sendiri berdasarkan bimbingan daripada mentor. Dalam pada itu, fasa ini juga turut dipantau rapat oleh pihak Selangor Youth Community (SAY) dan mentor dengan mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali pada bulan September untuk merekodkan jualan, kaedah pemasaran dan lain-lain lagi. 


Pada hari ini, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan untuk menyumbangkan geran perniagaan kepada 30 usahawan OKU untuk memulakan perniagaan mereka diiringi oleh: 

  • Dato’ Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah dan Penaja Utama Program Liga Usahawan OKU Malaysia- SAY LEAD PRO 

  • Yang Berusaha Zuhaimi Bin Omar, Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 

  • Mohd Faiz Bin Shuhaimi, Presiden Majlis Belia OKU Malaysia 

  • Puan Nurul Azwa Binti Mohd Rodzi, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Community. 



Buat pengetahuan, usahawan-usahawan OKU ini telah diberi geran yang bukan di dalam bentuk wang tunai tetapi sebaliknya geran diberi dalam bentuk barangan yang bernilai sehingga RM3,000 mengikut keperluan usahawan. Misalnya jika usahawan itu seorang pengusaha sambal dan beliau memerlukan sebuah mesin pengacau sambal atau mesin packaging maka pihak SAY akan memperuntukkan mesin keperluan itu kepada usahawan tersebut. Ini adalah kerana usahawan-usahawan ini datang dari latar belakang yang berbeza, ada antaranya yang menjual baju, makanan dan tak kurang juga yang menjadi agen dropship.

 

Sedikit Mengenai SAY LEAD (Leadership, Entrepreneurship, Acceleration and Development)


SAY LEAD adalah sebuah liga usahawan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang pertama di Malaysia untuk membantu usahawan OKU memperolehi pendapatan yang stabil melalui perniagaan dan kursus bimbingan perniagaan yang berstruktur. Tiga pemenang utama akan layak ke peringkat seterusnya iaitu program SAY LEAD +, program bimbingan selama satu tahun untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport.




BERKENAAN SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY)  


Selangor Youth Community (SAY) diasaskan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada tahun 2017. SAY merupakan organisasi bukan kerajaan, bukan politik dan juga bukan berasaskan keuntungan yang berpegang teguh kepada matlamat untuk mewujudkan komuniti belia oleh belia yang dinamik, progresif dan cergas. Atas kajian dan bengkel yang dijalankan oleh Boston Consulting Group untuk mengenal pasti belia yang ada di Selangor, SAY telah bergerak berpandukan empat fokus utama iaitu Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Seni dan Kreatif dan juga Khidmat Masyarakat, ia adalah untuk menyentuh secara menyeluruh minat dan fokus utama belia-belia di dalam negeri Selangor.


DYTM TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ, RAJA MUDA SELANGOR BERKENAN UNTUK MEMBERIKAN GERAN PERNIAGAAN KEPADA 30 USAHAWAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DALAM PROGRAM LIGA USAHAWAN OKU MALAYSIA (SAY LEAD PRO) ANJURAN SELANGOR YOUTH COMMUNITY
Gambar Ihsan : Selangor Royal Office

Setakat tahun 2021, SAY telah memberi kesan positif kepada seramai 296,000 belia, bukan sahaja tertumpu di dalam negeri Selangor tetapi juga di Malaysia secara menyeluruh melalui 200 inisiatif dan program bermula dari tahun pertama SAY ditubuhkan. SAY juga menjalankan program dan inisiatif yang holistik melalui rakan kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan, korporat dan komuniti untuk mengenal pasti jurang dalam ekosistem agar tiada komuniti yang tercicir. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulilah, semoga sumbangan yang diberikan memberi manfaat kepada warga OKU untuk menampung kehidupan mereka kelak..

    ReplyDelete