Bantu golongan memerlukan menggunakan duit gift di TikTok? Jarang-jarang kita mendengar berita seperti ini tapi itulah yang telah dilakukan oleh pasangan pempengaruh dan usahawan, Aleeya Zailan dan Azri Azi atau lebih dikenali sebagai Big Boss.
Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan bagi setiap hamba-Nya melakukan kebaikan sesama manusia. Hal ini termasuklah amalan bersedekah kepada golongan yang memerlukan, sekali gus menjamin pahala berganda. Apatah lagi jika sesuatu yang ingin disedekahkan itu disediakan sendiri oleh si penderma.
Begitulah yang dilakukan pempengaruh dan usahawan, Aleeya
Zailan dan suaminya, Azri Aziz atau Big Boss yang seikhlas hati memasak sendiri
hidangan untuk diagihkan kepada 340 jemaah masjid sempena sambutan Maulidur
Rasul di Masjid As-Syakirin Gombak, Selangor baru-baru ini.
Menerusi video dikongsikannya di media sosial, kelihatan
Aleeya dan Azri serta beberapa pembantu bertungkus-lumus menyediakan masakan.
"Sebanyak 340 kilogram sotong sedia untuk dimasak sebelum
dibawa ke masjid bagi menjamu jemaah yang hadir.
"Bahkan, kami turut menyajikan beberapa lauk lain
seperti sambal sardin, gulai daging dan sayur goreng," celotehnya sambil
sibuk menumis bahan.
Mencecah ratusan ribu tontonan, rata-rata warganet menyifatkan
sikap ditunjukkan Aleeya dan keluarganya itu sesuatu yang jarang berlaku dalam
kalangan individu berstatus jutawan.
Masakan tidak, mereka berpendapat bahawa Aleeya semestinya
mampu mengupah katerer bagi memesan sebarang menu diingini, namun pasangan
berkenaan berbesar hati untuk melakukannya sendiri dari awal hingga akhir.
Bukan itu sahaja, mereka turut memberi sumbangan dalam
bentuk barangan asas dan keperluan harian kepada para asnaf dalam kariah masjid
tersebut.
Lebih menarik menurut Aleeya, segala bahan masakan dibeli
menggunakan duit gift diberikan pengikutnya ketika bersiaran langsung di TikTok
dan Facebook.
Diharapkan agar sifat mulia yang dipamerkan Aleeya dan pasangannya ini mampu menjadi inspirasi buat semua.
2 Comments
Suka tengok diorang buat live masak-masak. Sekali diorang masak memang banyak.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Moga ALLAH terima amalan dan kebaikan yang diusahakan untuk manfaat ummat
ReplyDelete