Sedar tak sedar sudah 51 tahun jenama MAGGI® berada di pasaran. Siapa je yang tak kenal Maggi? Bila bercerita tentang mi segera pasti yang keluar di mulut pastilah Maggi walaupun mi segera yang dimakan itu bukan dari jenama Maggi. Nampak tak betapa kuatnya pengaruh Maggi dalam kehidupan kita seharian..
Paling yang menjadi kegemaran pastilah Maggi kari! Apatah lagi jika dimakan ketika hari hujan, hirup kuahnya panas-panas pasti terasa nikmatnya.
Semalam aku berkesempatan untuk sama-sama meraikan 51 tahun detik bersejarah Mi MAGGI®bersama rakyat Malaysia menerusi kempen MAGGI® SAH Malaysia! yang bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
Mi MAGGI® diperkenalkan sejak tahun 1971. Sejak itu Mi MAGGI® menjadi kegemaran rakyat Malaysia, dari semangkuk sup mi MAGGI® yang menyelerakan di rumah hinggalah sepinggan Mi Goreng MAGGI® yang lazat di restoran.
Bercakap di majlis
bersama media semalam, Juan
Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad berkata bahawa
kempen MAGGI®
SAH Malaysia! yang bertemakan Kembara DuniaKu
Bersama MAGGI® adalah untuk meraikan keenakan dan warisan
masakan MAGGI® yang dicipta di rumah serta di kedai-kedai makan. Kempen
ini memberi pengiktirafan kepada kreativiti masakan di warung, gerai makan dan
trak makanan di seluruh negara yang menjadi sebahagian daripada kehidupan
rakyat Malaysia.
MAGGI® SAH Malaysia! yang kini memasuki tahun ketiga bertujuan untuk menyerlahkan keunikan budaya makanan Malaysia - meluangkan masa bersama-sama tanpa mengira latar belakang di kedai-kedai makan sambil menikmati hidangan MAGGI® kegemaran mereka. Ramai pengusaha makanan mengalami kesan kejatuhan akibat penularan pandemik COVID-19 tetapi kini semakin ramai rakyat Malaysia mula makan di luar dan bersosial selepas keadaan kembali normal. Kempen ini adalah untuk meraikan keunikan hasil ciptaan Mi MAGGI® mereka yang viral!
kata Juan.
Melalui
travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI®, yang
dihoskan oleh Duta MAGGI® Sheila Rusly, Duta MAGGI® CukupRasa,
Datin Paduka Eina Azman dan Duta
MAGGI® Pedas Giler MK K-Clique, MAGGI® telah
menjejaki 12 buah warung dan kedai makan di seluruh negara untuk memperkenalkan
resipi MAGGI® viral mereka. Para pengusaha makanan ini telah
diberikan plak MAGGI® SAH
Malaysia! setiap seorang sebagai pengiktirafan untuk hidangan MAGGI®
istimewa mereka yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Resipi-resipi viral
ini kemudiannya memberi ilham kepada para pengusaha makanan yang lain untuk
menghantar resipi kreatif MAGGI® masing-masing untuk cabaran Resipi KreaktifKu secara dalam talian.
8 orang finalis yang bertanding hari ini akan merebut hadiah wang tunai
berjumlah RM10,000.
Sekitar Kempen MAGGI® SAH Malaysia!
Antara lain pula,
plak penghargaan turut disampaikan kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim
Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) sebagai
pengiktirafan sumbangan dan usaha kedua-dua persatuan ini dalam mengawal selia
dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia. Penghargaan
ini juga turut diberikan untuk mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh ahli
mereka yang terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 vendor masing-masing di
PRESMA dan PRIMAS terhadap MAGGI®.
Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan
MAGGI®,
Nestle (Malaysia) Berhad mengakui bahawa pengusaha makanan di Malaysia
telah setia bersama MAGGI® sejak sekian lama, begitu juga dengan
para pengguna kami, merangkumi segenap lapisan masyarakat yang terus menikmati
detik-detik memori manis MAGGI® mereka sambil mewujudkan hubungan
mesra bersama planggan kami. MAGGI®
SAH Malaysia! adalah satu perayaan untuk menghargai hubungan MAGGI®
bersama rakyat Malaysia yang sudah
lama terjalin.
Selaras dengan semangat “Anda dan MAGGI®, Sajikan Kelainan”, kami berhasrat untuk memberi inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia membuat perubahan melalui masakan - sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk orang tersayang di rumah atau untuk mengekalkan perniagaan makanan mereka melalui penciptaan dan detik-detik penemuan hidangan MAGGI® yang dapat menarik perhatian pelanggan,
tambah Geetha.
Untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang kempen MAGGI®
SAH Malaysia!, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/
0 Comments