Sejak seminggu lepas aku menderita dengan GERD. Kisahnya bermula bila aku makan berulamkan cili, malamnya terus rasa tak sihat, perut rasa panas, muntah-muntah dan cirit birit. Oleh kerana aku memang penghidap gastrik sejak berusia 19 tahun jadi aku anggap ini pasti gastrik biasa dek kerana aku langgar pantang.
Sudahnya aku tak boleh tidur erana setiap jam pasti terjaga dan muntah-muntah. Pukul 4 pagi aku kejutkan suami untuk bawa aku ke klinik dan di klinik doktor sahkan aku terkena GERD dan aku dimasukkan air.
Bagi mereka yang belum tahu apakah penyakit GERD ini, aku akan kongsikan sedikit penerangan tentang GERD.
Asid refluks & simptom GERD
Penyakit gastroesophageal refluks (GERD) atau lebih mudah
dikenali sebagai asid refluks, berlaku apabila asid dalam perut mengalir
kembali ke saluran esofagus – tiub yang menghubungkan mulut dan perut.
Masalah asid refluks ini boleh mengakibatkan kerengsaan pada
lapisan esofagus anda.
Tanda dan simptom GERD yang biasa dialami termasuklah:
- Sakit dada
- Loya atau muntah
- Nafas berbau
- Waterbrash – air liur berlebihan secara tiba-tiba
- Masalah pernafasan
- Kesukaran atau kesakitan ketika menelan
- Pereputan gigi (gigi rosak)
- Memuntahkan (regurgitation) makanan atau cecair masam
- Disfagia – Terasa seperti makanan terlekat di tengah dada atau tekak
- Rasa terbakar di dada yang berlaku selepas makan
Sekiranya anda mengalami serangan asid refluks pada waktu
malam, gejala yang mungkin dialami:
- Batuk yang berpanjangan
- Laringitis: Keradangan bahagian kerongkong di mana terletaknya pita suara
- Asma baru atau semakin teruk
- Tidur terganggu
Jadi adakah terdapat kemungkinan untuk GERD boleh dirawat?
GERD boleh sembuh atau tidak jika dirawat?
Untuk menjawab persoalan itu, sememangnya GERD boleh sembuh.
Terdapat 4 pendekatan untuk merawat dan melegakan simptom
GERD. Ia termasuklah pengambilan ubat-ubatan tertentu dan juga prosedur
pembedahan.
Dalam kebanyakan kes, individu yang mengalami asid refluks
akan bertindak balas dengan baik terhadap kombinasi perubahan gaya hidup dan
rejimen ubat.
Namun, ada juga kes di mana penghidap GERD tidak mendapat
kelegaan daripada rawatan tersebut dan perlu menjalani pembedahan.
Pembedahan biasanya menjadi pilihan alternatif bagi individu
yang tidak mahu bergantung kepada pengambilan ubat seumur hidup.
GERD boleh sembuh melalui kaedah:
- Perubahan gaya hidup dan diet
- Ubat
- Terapi endoskopi
- Pembedahan
Perubahan gaya hidup dan diet pemakanan
Perubahan diet dan amalan gaya hidup adalah langkah pertama
untuk merawat simptom GERD.
Ini kerana terdapat makanan tertentu yang menjadikan gejala
asid refluks lebih teruk.
Antara perubahan yang boleh dilakukan adalah:
- Menurunkan berat badan jika mengalami masalah obes atau berat berlebihan — daripada semua perubahan gaya hidup yang boleh dilakukan, ini adalah yang paling berkesan.
- Elakkan makanan yang meningkatkan kadar asid di dalam perut, termasuk minuman berkafein.
- Elakkan makanan yang mengurangkan tekanan pada esofagus bawah seperti makanan berlemak, alkohol dan pudina.
- Elakkan makanan yang mempengaruhi peristalsis (pergerakan otot di saluran pencernaan), seperti kopi, alkohol dan cecair berasid – minuman buah citrus.
- Elakkan makanan yang melambatkan pengosongan gastrik, termasuk makanan berlemak.
- Hindari pengambilan hidangan makanan dalam saiz yang besar.
- Berhenti merokok.
- Jangan berbaring sejurus selepas makan.
- Tinggikan bahagian kepala ketika berbaring.
0 Comments