Sabun Popinjay Kini Dikenali Sebagai Parrot Botanical

Masih ingat tak masa kecil-kecil dulu ada satu jenama sabun Popinjay? Ala..sabun warna hijau yang gambar burung kakak tua tu!. Ha..sabun tu lagend betul la, aku rasa kalau sekitar tahun 80-an-90-an tu setiap rumah mesti pakai sabun hijau ni.


Tapi sekarang sabun Popinjay tu dah dijenamakan semula dengan nama Parrot Botanical. Huishh..lama betul sabun ni bertahan di pasaran. Dah 70 tahun ye! Maksudnya kalau manusia memang dah jadi nenek-nenek la. Oh Ye! Parrot Botanical ini memang menjadi kebangaan negara Thailand malah jenama ini pernah memenangi Premium Product of Thailand Award in Beauty and Personal Care Category





Sabun Popinjay Kini Dikenali Sebagai Parrot Botanical


Kalau dulu hanya ada sabun mandi buku yang hijau tu je kan? Ha..sekarang ni kalau sabun mandi yang buku tu dah ada 5 jenis ;

NAMA SABUN

WARNA

KETERANGAN

 

Thai Botanical & Herbs

Hijau

·         No.1 Best selling

·         Mengandungi minyak bunga cengih dan minyak Citronella yang baik untuk kesihatan kulit


White Sakura

Pink/merah jambu

·         Membuat kulit lebih cerah dengan warna kemerah-merah (natural pinkish skin)


Sweet Pink Rose

Merah Jambu (lebih pekat)

·         Menjadikan kulit lebih sihat dengan wangian bunga rose dan aloe vera


White Thanaka

Peach

·         Menjadikan kulit lebih cerah dengan wangian yang berpanjangan


Thai White Jasmine

Kuning

·         Manjakan kulit dengan sabun yang diperbuat dari ektrak asam jawa dengan wangian melati Thailand




Bukan sahaja mengeluarkan produk sabun mandian biasa, malah kini Parrot Botanical turut mengeluarkan sabun mandian dalam bentuk shower cream


NAMA SABUN

WARNA

KETERANGAN

 

Thai Botanical & Herbs

Hijau

·         Dengan wangi khas yang mempesona

·         Menjadikan kulit lebih segar dan wangian harum berpanjangan sehingga 8 jam

 

White Sakura

Pink/merah jambu

·         Menjadikan kulit lebih cerah kemerah-merahan  dan wangian berpanjangan sehingga 8 jam

 

White Thanaka

Peach

·         Menjadikan kulit lebih cerah dan wangian berpanjangan sehingga 8 jam

 



Secara jujurnya, sejak kecil lagi aku memang menggunakan sabun Thai Botanical & Herbs dari Parrot Botanical (dulu lebih dikenali sebagai sabun Popinjay), jadi sabun ini betul-betul menggamit kenangan zaman kanak-kanak aku dan sudah pastilah sabun ini menjadi kegemaran hingga kini.




Kadang-kadang bila tak guna jenis sabun yang berbuku, aku akan guna shower cream dari Parrot Botanical ni sebab shower cream dia  bukan sahaja kaya dengan krim tetapi juga kaya dengan buih. Paling best sebab lepas mandi kulit terasa lebih lembut dan licin serta wangiannya melekat di badan dalam jangka masa yang lama.


Berminat nak cuba? Boleh klik lini ini https://shp.ee/2ydgcjj



Facebook : https://www.facebook.com/ParrotNatural/

Post a Comment

4 Comments

  1. Sabun lejen yang wangi. Boleh lah cari Parrot lepas ni

    ReplyDelete
  2. Fuhhh.. Ini mmg legend habis niii... Lama betul x nmpk dlm pasaran!! 😮😮

    ReplyDelete
  3. Fuhhh.. Ini mmg legend habis niii... Lama betul x nmpk dlm pasaran!! 😮😮

    ReplyDelete
  4. ni mmg sabun legend... suka sangat sabun ni masa kecik2 dulu. Baru tau dah re-brand jadi Parrot Botanical.

    ReplyDelete