Memiliki rumah yang sempurna adalah impian setiap mereka yang berkeluarga. Bukan hanya memiliki kediaman yang sempurna namun juga harus dibangunkan di sebuah penempatan yang mampu menyediakan fasiliti yang terbaik.
Kenapa pentingnya kita memiliki rumah? Ini adalah kerana ;
1. Rumah adalah aset
Bila anda memiliki rumah, secara langsungnya anda memiliki
aset. Rumah adalah satu bentuk aset yang mana boleh dimiliki dengan 0% deposit.
Anda hanya menggunakan “other people’s money” (OPM) untuk memiliki aset ini.
Pemilikan aset rumah hanya memerlukan 10% daripada harga rumah atau menggunakan
0% deposit.
Rumah ini akan menjadi satu aset apabila ianya memberi
aliran tunai yang baik kepada anda. Bagi yang tersalah membeli hartanah, anda
akan mengalami aliran tunai yang tidak baik dan ianya akan menjadi satu
liability kepada anda.
2. Menjadi aset yang
boleh diwarisi
Rumah boleh menjadi satu aset yang boleh diwarisi atau
legasi. Sekiranya anda sudah meninggal, pinjaman perumahan yang anda miliki itu
mempunyai takaful yang cover hutang rumah itu, secara langsungnya rumah ini
sudah boleh diwarisi oleh ahli keluarga secara percuma. Ingat jangan tinggalkan
hutang kita untuk orang lain bayarkan.
3. Pelaburan jangka
panjang
Rumah akan memberikan capital appreciation tinggi dimasa
akan datang. Rumah bukan seperti instrument ataupun pembelian emas atau stok
yang mana pelaburan ini berjangka pendek dan harga akan menurun dan menaik
dalam masa yang singkat. Harga rumah kebiasaan akan menaik 2 kali ganda dalam
tempoh masa 10 tahun, iaitu 6% kenaikkan setahun. Jika anda memiliki rumah
berharga RM300 ribu, selepas 10 tahun ke hadapan, harga rumah itu akan
meningkat kepada RM600 ribu.
4. Rumah adalah
kalis inflasi
Inflasi Vs pendapatan anda dan kos sara hidup tidak bergerak
seiring. Maksudnya jika inflasi 4%, kos sara hidup anda tidak naik. Ini
bermaksud kenaikan gaji tidak menyamai kenaikan hartanah. Contoh 10 tahun lepas
gaji anda RM2,000 dan pada kini gaji anda RM2,800. Manakala harga hartanah akan
berlipat ganda. Ini adalah sebab penting kenapa anda harus memiliki hartanah
sekarang bukan nanti.
5. Pendapatan pasif
Pendapatan pasif ini adalah pendapatan yang yang kita
peroleh tanpa kita bekerja sendiri. Wang atau harta kita yang bekerja untuk
kita. Jika anda memiliki rumah sekarang, anda boleh mendapatkan pendapatan
pasif dengan memberi sewa rumah itu kepada orang lain. Dengan syarat kadar
sewaan haruslah lebih tinggi daripada pembayaran ansuran bulanan rumah.
6. Meningkatkan graf
memilikan hartanah bumiputra
Sekiranya anda membeli rumah sekarang, anda akan menaikkan
graf ini.
7. Perlindungan
kepada keluarga
Rumah ini merupakan satu perlindungan sekaligus memberi
kebahagiaan kepada diri kita dan keluarga. Anda tidak perlu risau kena halau
jika rumah itu milik anda. Tetapi jika anda menyewa, kebarangkalian untuk
dihalau itu ada mungkin disebabkan tuan rumah ingin menjual rumah tersebut.
8. Peningkatan harga
rumah
Semakin lama anda menangguhkan niat membeli rumah, semakin
rugi diri anda. Kenaikan harga rumah berlaku pada setiap tahun. Jika anda
lambat membeli rumah 3 tahun akan datang, harganya tidak akan sama seperti
harga rumah pada zaman sekarang. Mungkin anda masih boleh memiliki rumah atas
tanah beharga RM350 ribu sekarang tetapi 3 tahun akan datang harga rumah
mungkin akan menjadi RM500 ribu ke atas. Dan kemungkinan masa itu hanya ada
rumah bertingkat sahaja. Harga rumah ini dipengaruhi oleh beberapa faktor
seperti kemudahan penangkutan awam,
lokasi badar dan pinggir bandar serta keselamatan.
Tiara Sendayan Projek Penjualan Rumah Terbaik di Negeri Sembilan.
Bercerita tentang kepentingan memiliki rumah, di Negeri Sembilan terdapat satu projek perumah terbaik yang dinamakan Tiara Sendayan. Kenapa aku katakan Tiara Sendayan ini sebagai projek perumahan terbaik? Ini adalah kerana ;
1. Tiara Sendayan dibangunkan oleh Matrix Concepts Holding yang memenangi pelbagai anugerah.
Antara ciri terpenting untuk membeli sebuah rumah kediaman, pastikan pemaju projek adalah sebuah syarikat yang boleh dipercayai. Tiara Sendayan adalah sebuah projek perumahan oleh Matrix Concepts yang telah memenangi pelbagai anugerah berprestij termasuk The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA), The Edge Billion Ringgit Club 2022 dan The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market Capitalisation of RM 1 Billion and above).
Buat pengetahuan, Matrix Concepts Holdings telah berjaya menyiapkan 13 projek dan kesemuanya habis terjual dalam masa 3 tahun. Malah Tiara Sendayan sendiri terdiri daripada 14 presint rumah berangkai terdiri daripada 4,101 unit dan berjaya menjual sebanyak 2,188 unit.
2. Tiara Sendayan merupakan perbandaran moden dengan laluan strategik.
Dibangunkan di penempatan strategik yang mempunyai akses mudah dilaluan Lebuh Raya Utara-Selatan, Tiara Sendayan dilihat mampu membangun dengan lebih pesat lagi apatah lagi Menggandingkan lokasi strategiknya yang dikelilingi pembangunan utama oleh Sime Darby Property, Seri Pajam Development dan TH Properties.
Bukan itu sahaja, Tiara Sendayan juga mempunyai akses yang mudah untuk ke sekolah, hospital malah ke shopping kompleks ;
8 Comments
Baguslah semua info ni. Patut lah ramai yang beli rumah kat Tiara Sendayan. Terbaikkk
ReplyDeleteTiara sendayan ni tempat die memangbwst dekat ngan lapangan terbang, boleh la nnt ari2 terbang.
ReplyDeleteSuka la suasana kat Tiara Sendayan nieh.. mmg sesuai utk family yg ramai. Rumah luas, kemudahan serba lengkap dan suasana persekitaran yg hijau amat memberikan ketenangan. Berbaloi beli!
ReplyDeleteCantik perumahan sini.. tenang dan banyak kemudahan.. lokasi pun strategik
ReplyDeleteMenarik sbb lokasi dia di Seremban dan byk fasiliti dekat sekitar. Mmg berbaloi kalau beli buat aset atau utk jadikan kediaman keluarga kan!
ReplyDeleteRumah yang menjadi idaman semua orang ada segala kemudahan yang dikehendaki selesa dan cantik...
ReplyDeletekawasan ni memang sangat menarik dan binaan bangunan pun semua kukuh dan berkualiti.
ReplyDeleteTrusted la kan kak Min developer ni.. from the award-winning bah ni... boleh la consider go for one for long term investment... boleh diwarisi and i know this definitely the best for my family too!.
ReplyDelete