Kita seringkali mendidik anak kita tentang kepentingan menyimpan duit atau membuat tabung agar mereka memahami tentang simpanan wang.
Namun pernahkah kita mengajar anak-anak kita bagaimana untuk membelanjakan wang dengan berhemah, membeli barang keperluan atau membezakan kehendak dengan keperluan?
Anak-anak semakin membesar biasanya akan mula menghargai duit atau kewangan secara umumnya. Mereka akan mula rasa bukan senang untuk mendapatkan duit dan jangan senang-senang untuk membelanjakannya. Mungkin pada peringkat itulah anda perlu mengambil peluang untuk mengajar mereka tentang kepentingan kewangan dan duit. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mereka, mungkin 6 cara di bawah dapat membantu anda!
1. Dedahkan anak-anak kepada realiti hidup
Satu ilmu untuk mengatur kewangan adalah sesuatu yang sangat bernilai kerana ramai yang tidak pandai mengagihkan wang mereka. Perlu ajar mereka daripada kecil bahawa duit tidak tumbuh dari pokok, ia perlukan usaha untuk mendapatkannya. Jika tidak menggunakannya dengan betul, ia akan habis. Lebih-lebih lagi dengan bebanan gst dan penurunan kadar mata wang ringgit malaysia, ramai ibu bapa yang merungut kerana terpaksa menanggung bebanan yang lebih semasa sesi persekolahan bermula.
2. Beritahu perkara yang sebenar
Anak-anak selalu memerhati ibu bapa mereka. Jika anda bertindak gelisah, anak-anak akan perasan. Daripada membiarkan mereka tertanya-tanya kenapa ibu bapa mereka bekerja lebih masa dan sering bertanyakan soal duit, adalah terbaik sekiranya anda menerangkan kepada mereka situasi kewangan keluarga. Biasanya anak-anak akan mula mengerti bahawa kewangan tersebut perlu dipandang serius. Sekurang-kurangnya mereka tahu kenapa duit perbelanjaan mereka dipotong.
3. Terangkan harga sesuatu barang
Sesetengah ibu bapa tidak mengambil tahu tentang perbelanjaan anak-anak mereka. Maka, perlu mengubahnya. Anda sepatutnya memainkan peranan untuk menerangkan yang mana mahal dan yang mana lebih murah. Sebagai contoh, air panas lebih mahal dari air sejuk - hal ini kerana ia perlukan tenaga elektrik untuk panaskan air tersebut. Jika anak-anak tidak mengerti bagaimana untuk berjimatkan elektrik (berbalik kepada contoh tadi), ia secara tidak langsung akan menambah bil elektrik rumah anda.
4. Ajar anak-anak menabung
Ibu bapa kadang-kadang suka memberikan duit kepada anak-anak mereka, biasalah tu. Cuma pastikan mereka sudah ada satu fahaman tentang konsep menabung dan berjimat cermat. Sekali sekala, tanya mereka apa yang mereka sudah beli dan berapa lagi tinggal bagi duit mereka. Berikan mereka satu tabung, dan menyarankan mereka untuk menabung dengan baki perbelanjaan harian mereka. Untuk menambah semangat mereka, anda boleh memberikan tawaran hadiah jika tabung mereka sudah mencecah satu nilai.
5. Berikan contoh yang baik kepada anak-anak
Kita kadang-kala terlupa bahawa anak-anak sering memerhatikan gerak-geri kita. Oleh itu, apabila ibu bapa sering menggunakan duit tanpa berjimat, anak- anak akan merasakan bahawa itu adalah perkara yang biasa. Oleh itu, anda juga perlu memainkan peranan untuk berubah jika mahukan anak-anak anda berubah / sekurang-kurang pandai mengurus kewangan.
Seiring dengan arus kemodenan, pembelajaran melalui permainan secara atas talian sememangnya menjadi satu keperluan pada masa kini.
Justeru itu, dedahkan anak anda dengan permainan 'online money games' yang diberikan secara percuma. Melalui pendedahan ini anak-anak bukan sahaja dapat bermain namun dapat memahami dengan lebih mendalam tentang kewangan.
Pulangan Tunai ialah permainan di mana pemain memberi
pelanggan perubahan yang betul menggunakan bil dan syiling.
- Pilih untuk menonton tutorial atau terus bermain.
- Pilih tetapan yang anda ingin mainkan termasuk tahap
kesukaran (mudah, sederhana atau sukar), pembayang dan jika anda ingin
menunjukkan jumlah perubahan.
- Pilih bil dan syiling yang diperlukan untuk menjumlahkan
dengan betul jumlah perubahan pelanggan.
- Ketik pada butang Beri Perubahan.
- Jawab seberapa banyak soalan dengan betul yang anda boleh
sehingga anda kehabisan masa.
- Anda boleh menjawab soalan dengan pelbagai kombinasi wang
yang berbeza asalkan jumlah jumlah akhir sepadan dengan perubahan yang perlu
dibayar.
Juruwang Runcit ialah permainan di mana kanak-kanak yang
lebih muda boleh berlatih tambah dan tolak bersama-sama kebiasaan kewangan
dengan mengendalikan daftar tunai maya.
- Setiap pelanggan mewakili tahap permainan yang lain. Apabila
anda bermain lebih lama, bilangan item yang anda telefon meningkat manakala had
masa untuk setiap pelanggan berkurangan.
- Masukkan kos setiap item semasa ia turun dari tali pinggang
penghantar, kemudian ketik butang tambah.
- Untuk memasukkan pembayaran, anda mesti mengklik atau
menekan butang pada juruwang dan bukannya menggunakan papan kekunci. Jika anda
membuat ralat terdapat butang jelas yang boleh anda gunakan untuk memadamkan
input terdahulu.
- Apabila memasukkan jumlah, anda tidak perlu memasukkan
apa-apa selepas perpuluhan jika harga produk adalah angka dolar keseluruhan
& anda tidak perlu memasukkan sen untuk produk yang berharga dalam dolar
dan sen.
- Selepas memasukkan semua item klik pada butang jumlah.
- Jika pelanggan membayar melalui sijil hadiah, anda kemudian
masukkan jumlah sijil hadiah dan tanda tolak. Anda tidak membuat perubahan
untuk pelanggan yang bermain dengan sijil hadiah. Hanya masukkan amaun, tanda
negatif, dan kemudian klik butang SELESAI di sebelah kanan.
- Jika pelanggan membayar dengan wang anda masukkan jumlah
yang mereka bayar dan kemudian klik pada butang bayar. Anda kemudian klik pada
bil dan syiling yang dikaitkan dengan jumlah yang terhutang dan kemudian klik
butang selesai apabila anda selesai.
Tak susahkan untuk mengajar anak tentang duit? Semoga artikel ini dapat membantu anda yang ingin memberi pendedahan tentang duit kepada anak-anak.
0 Comments