Guardian Malaysia mengumumkan program khidmat masyarakat seluruh negara baharu, “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” yang bertujuan membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal bersih dan seterusnya, kekal sihat.
Sebagai
sebahagian daripada initiatif #guardiancares, program itu yang akan
bermula pada 15 Disember 2022, akan menyediakan produk penjagaan diri,
terutamanya mandian badan untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan
rendah,
Anna
Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian berkata:
“Di
Guardian, kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk menjadi bersih dan
sihat. Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu
kemewahan atau keistimewaan, terutamanya bagi kanak-kanak. Kanak-kanak daripada
keluarga berpendapatan rendah terdedah kepada serangan penyakit kerana keluarga
mereka tidak mempunyai sumber, lebih-lebih lagi selepas Covid-19, untuk membeli
produk kebersihan kerana keutamaan diberikan kepada membeli makanan untuk
anak-anak mereka. Kos sara hidup yang semakin meningkat menyukarkan lagi
keadaan mereka apabila kita mengambil kira perbelanjaan utama yang lain seperti
pengangkutan, pendidikan, sewa, dan pinjaman.
“Namun
begitu, kebersihan dan kesihatan kanak-kanak ini tetap perlu dititikberatkan
apabila, sebagai contoh, kita melihat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
meningkat 20 kali ganda tahun ini berbanding tahun lalu dan golongan
kanak-kanak paling teruk terjejas. Dengan pengalaman kita berdepan dengan
Covid-19 baru-baru ini, menjaga kebersihan khususnya kebersihan tangan yang
baik kekal sebagai satu langkah yang sangat penting dalam mencegah penyebaran
penyakit berjangkit seperti Covid-19.”
“Di samping itu, kami juga percaya bahawa apabila seorang kanak-kanak itu bersih dan harum, ia dapat merangsang keyakinan diri dan meningkatkan kesejahteraan mental.” tambah Ng.
Sebagai tanda pelancaran kempen itu di Malaysia hari ini, 200 kanak-kanak dari kelas Tahun Satu, Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, telah menerima 2 botol mandian badan 1 liter dan 100ml berserta patung beruang Guardiancares setiap seorang. Selain itu, 800 murid Tahun Dua hingga Enam menerima satu botol mandian badan 1 liter. Mereka turut menerima beg eko #guardiancares berserta poster kebersihan yang menunjukkan cara yang betul untuk membasuh tangan dan badan semasa mandi.
Patung
beruang Guardiancares akan dijual pada harga RM30 sahaja, di semua stor
Guardian di seluruh Malaysia dan di stor dalam talian serta aplikasi mudah alih
Guardian. Semua hasil jualan patung beruang Guardiancares akan disalurkan ke
dana #guardiancares bagi menyokong keperluan penjagaan diri kanak-kanak kurang
bernasib baik di Malaysia.
Pada
pelancaran itu, ahli pasukan Guardian juga telah turun padang untuk membantu
menyiapkan satu mural yang diilhamkan oleh Haris Rashid di sekolah tersebut
yang menggambarkan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan.
Ng
menambah: “Menerusi program ini, kami menyasarkan untuk menyediakan 20 juta
mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik bukan sahaja di Malaysia tetapi
di negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan
Vietnam.
“Inisiatif
ini merupakan program khidmat masyarakat Guardian di seluruh rantau yang
meliputi lima negara dimana setiap negara bekerjasama dengan Organisasi Bukan
Kerajaan (NGO) tempatan agar sumbangan kami akan sampai kepada kanak-kanak yang
dimaksudkan. Di Malaysia, Guardian akan bekerjasama dengan Yayasan Perintis
Malaysia yang akan membantu mengedarkan produk mandian dan mengenalpasti
penerima kanak-kanak bagi pihak Guardian. Kami akan memfokuskan kepada
kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah dari keluarga B40 yang tinggal di
rumah pangsa dan rumah kos rendah berhampiran sekolah.
“Selain
itu, untuk setiap satu liter produk mandian Guardian yang dijual di Malaysia, 15
sen akan didermakan kepada golongan kanak-kanak kurang bernasib baik ini.
Jadi kami berharao agar pelanggan dapat menyokong usaha khidmat masyarakat kami
dengan membeli produk mandian badan Guardian,” ujar Ng.
Inisiatif
#guardiancares adalah satu inisiatif yang
mampan yang memberi tumpuan terhadap kesihatan pelanggan dan komuniti dimana
Guardian beroperasi.
“Kami
ingin memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan untuk membuat pilihan yang
sihat dan mampan dalam memilih jenama kesihatan dan kecantikan yang mereka
yakini di Guardian. Pendek kata, kami mahu pelanggan untuk ‘prihatin’ dengan
apa yang mereka beli. Kami percaya kecantikan bermula dari dalam. Dengan
memilih untuk prihatin, bersama kita mampu membuat perubahan,” jelas Ng.
0 Comments