Cara Nak Pilih Pakej Genting Dream

Aku pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk memilih pakej untuk menaiki Genting Dream  yang dimiliki oleh Resorts World Cruises ini. Kebelakangan ini percutian menaiki cruise agak hangat diperkatakan dan rata-rata masih tertanya-tanya bagaimana caranya untuk memilih pakej menaiki cruise viral ini.


Memandangkan sudah 2 minggu berturut-turut aku menaiki Genting Dream , jadi di artikel kali ini aku akan ajar sedikit tips bagaimana cara nak pilih pakej Genting Dream  ini. 


Cara Nak Pilih Pakej Di Genting Dream 


Sebelum aku berkongsi cara untuk memilih pakej Genting Dream  ini, terlebih dahulu aku ingin berkongsikan tentang keadaan cruise terlebih dahulu. Iyalah, untuk memilih pakej-pakej percutian melalui kapal pelayaran tentulah kita ingin mengetahui terlebih dahulu tentang keadaan kapal yang ingin membawa kita berlayar ini kan?


Nak tahu seluas dan sebesar mana Genting Dream  ini? Boleh rujuk pada jadual di bawah ;

Berat Kasar

150,695 tan

Lebar

40m

Panjang

335m

Dek

18

Kapasiti Penumpang

3,352 (lower berth)

Bilik Kabin

1,674

Pembuatan

Meyer Werft, Jerman

100% sistem pengudaraan udara segar


Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah yang ada di dalam Genting Dream ni dan apakah aktiviti yang boleh dibuat di atas kapal pelayaran ini apatah lagi bagi mereka yang mengambil pakej selama 4 hari 3 malam bersama Genting Dream . 


Buat pengetahuan semua, ada pelbagai tempat dan aktiviti yang terdapat di dalam kapal pelayaran Genting Dream ini dan sudah pastilah anda tidak akan kebosanan walaupun belayar selama berhari-hari. 


Antara yang ada di dalam Genting Dream ialah ;


✅ The Lido - Restoran bergaya bufet yang menghidangkan makanan halal dan vegetarian.



✅ Waterslide Park - terdapat 6 jenis gelongsor air yang anda boleh cuba di sini.

✅ Padang Tali & Garisan Zip - Rasai keseronokkan meluncur di atas lautan dengan talian luncur sepanjang 35 meter.


Cara Nak Pilih Pakej Genting Dream Cruise


✅ Panggung Zodiac - Nikmati persembahan  secara langsung yang dipersembahkan oleh barisan artis Genting Dream Cruise.



Oh ye! Sebab trip aku pada 16hb - 19hb Januari 2023 yang lepas dan time tu Ziana Zain ada membuat persembahan di Zodiac Theater ni, jadi aku adalah antara yang bertuah dapat melihat persembahan Ziana Zain secara langsung di atas kapal layar Genting Dream ni.


✅ Spa Crystal Life - bagi mereka yang ingin lebih rileks, boleh rehatkan minda di spa ini.

✅ The Boutiques - terletak di dek 7, The Boutiques adalah syurga membeli-belah barangan berjenama kegemaran anda.

✅ Kelab Little Dreamers - syurga buat kanak-kanak yang berusia dari 2 hingga 12 tahun



Halalkah Makanan Di Atas Genting Dream?


Aku pasti ramai yang tertanya-tanya halalkah makanan yang disediakan di atas kapal pelayaran Genting Dream ini. Buat pengetahuan semua, Resorts World Cruises sangat menitikberatkan penyediaan makanan halal buat para pelanggannya.


Bukan hanya menyediakan dapur yang sangat bersih, malah telah mendapat sijil Halal dari kerajaan Singapura. Kenapa Singapura?! Kerana Genting Dream yang dimiliki oleh Resorts World Cruises ini adalah kapal pelayaran dari Singapura.



Terdapat lebih 200 orang tukang masak yang disediakan bagi memastikan pelayar-pelayar yang belayar dengan Genting Dream ini dapat menikmati makanan yang bukan sahaja enak tetapi bersih dan halalan toyyiban.


Kerana menitikberatkan soal halal, lift yang terdapat di dalam dapur di Genting Dream ini juga diasingkan dari lift yang membawa makanan tidak halal. Ini bermakna, untuk makanan halal mempunyai lift khas yang tidak akan bercampur dengan makanan yang tidak halal yang dibawa di dalam kapal pelayaran Genting Dream ini.



Sebenarnya aku pernah kongsikan tentang dapur halal di atas kapal pelayaran Genting Dream ni di laman sosial media aku.



Bagaimanakah Cara Nak Pilih Pakej Genting Dream?


Bila anda dah tahu serba sedikit tentang Genting Dream, inilah masanya untuk aku kongsikan tips bagaimana cara untuk memilih pakej Genting Dream.


Langkah 1 : Anda perlu pergi ke laman web https://www.rwcruises.com/ 

Langkah 2 : klik butang 'Deals' dan pilih pakej yang anda inginkan


Cara Nak Pilih Pakej Genting Dream Cruise

Untuk lebih detail, berikut aku sediakan jadual pakej dan laluan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda ;

Pakej

Laluan

 

4 Hari 3 Malam

(Isnin)

 

Port Klang > Pulau Pinang > Singapura > Port Klang

 

2 Hari 1 Malam

(Khamis & Sabtu)

 

Port Klang > Singapura > Port Klang

6 Hari 5 Malam

(Bermula 13 Mac 2023)

 

Port Klang > Pulau Pinang > Phuket > Singapura > Port Klang

4 Hari 3 Malam

(Bermula 6 Mei 2023)

 

Port Klang > Singapura > Phuket > Port Klang


Langkah 3 : Pilih pakej anda (datang berapa orang)

Cara Nak Pilih Pakej Genting Dream Cruise


Langkah 4 : Pilih bilik

Cara Nak Pilih Pakej Genting Dream Cruise

Sepertimana di hotel-hotel yang biasa anda menginap, di Genting Dream ini juga terdapat 8 jenis bilik mengikut kemampuan anda (harga adalah berbeza mengikut pakej pilihan anda) ;


Palace Villa

·        Berkeluasan 224 sq.m

·        Boleh memuatkan sehingga 6 orang

·        1 King size Bed + 1 Queen size Bed + 1 Double Sofa Bed

·        Terletak di Dek 17

 

Palace Penthouse

·        Berkeluasan 56 – 115.4 sq.m

·        Boleh memuatkan 4-6 orang

·        1 King size Bed + 1 Double Sofa Bed / 1 Queen size Bed + 2 Double Sofa Beds / 1 Queen size Bed + 1 Double Sofa Bed

·        Terletak di Dek 13/16

 

Palace Deluxe Premium

·        Berkeluasan daripada 41 – 61 sq.m

·        Boleh memuatkan sehingga 4 orang

·        1 King size Bed + 1 Double Sofa Bed

·        Terletak di Dek 9/10/11/12/13/15

 

Palace Deluxe Suite

·        Berkeluasan daripada 41 sq.m

·        Boleh memuatkan sehingga 4 orang

·        1 Queen size Bed + 1 Double Sofa Bed

·        Terletak di Dek 15

 

Palace Suite

·        Berkeluasan daripada 37 sq.m

·        Boleh memuatkan sehingga 4 orang

·        1 Queen size Bed + 1 Double Sofa Bed

 

Balcony / Balcony Deluxe Stateroom

Balcony

·        Berkeluasan daripada 20 sq.m

·        Boleh memuatkan sehingga 4 orang

·        1 Queen size Bed + 1 Single Sofa Bed / 1 Single Sofa Bed + 1 Ceiling Pullman Bed

·        Terletak di Dek 8/9/10/11/12/13/15

 

Balcony Deluxe Stateroom

·        Berkeluasan daripada 22 – 28 sq.m

·        Boleh memuatkan maksimum 3-4 orang

·        1 Queen size Bed + 1 Single Sofa Bed / 1 Single Sofa Bed + 1 Ceiling Pullman Bed

·        Terletak di Dek 8/9/10/11/12/13/15

 

Oceanview Stateroom

·        Berkeluasan daripada 16-35 sq.m

·        Boleh memuatkan maksimum 2-4 orang

·        2 Single Beds/2 Single Beds + 1 Single Sofa Bed / 2 Single Beds + 1 Single Sofa Bed + 1 Ceiling Pullman Bed

·        Terletak di Dek 5/9/10/11/12/13

 

Interior Stateroom

·        Berkeluasan daripada 13-14 sq.m

·        Boleh memuatkan maksimum 2-4 orang

·        2 Single Beds / 2 Single Beds + 1 Ceiling Pullman Bed / 1 Single Bed + 1 Pullman Bed + 1 Double Sofa Bed

 




Ini bilik yang aku pilih iaitu Balcony Deluxe Stateroom. Bilik ni ada balkoni yang membolehkan anda menikmati pelayaran dengan pemandangan  & hembusan angin laut dari bilik anda.



Langkah 5 : klik butang 'BOOK NOW'

Harus diingatkan bahawa segala transaksi adalah di dalam SGD. Ini bermakna anda memerlukan wang SGD untuk dibawa bersama anda. Pembayaran juga boleh dilakukan menggunakan kad debit dan kredit, tiada masalah cuma ianya adalah dalam SGD.


Sebenarnya ada banyak lagi tips yang aku ingin kongsikan ketika berada di dalam Genting Dream  ini tetapi memandangkan artikel ini pun dah agak panjang jadi aku akan kongsikan tips ketika berada di dalam Genting Dream  ini pada artikel seterusnya.


Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai tempahan, anda boleh hubungi ;


 


Post a Comment

2 Comments

  1. Seronok dan berbaloi lah bila naik cruise ni. Enjoy makan dan macam-macam aktiviti tuuu

    ReplyDelete
  2. syoknya! alhamdulillah, lega bila kitchen dia ada halal certificate..tak rasa ragu2 dah nak makan atas cruise ni..

    ReplyDelete