Pada artikel yang lepas aku dah kongsikan CARA NAK PILIH PAKEJ GENTING DREAM. Aku pasti, ramai yang dah baca dan mula tahu bagaimana cara nak memilih pakej Genting Dream mengikut pilihan anda. Jadi, pada artikel kali ini aku ingin berkongsi pula tips menaiki kapal pelayaran Genting Dream yang viral ini.
Tips Menaiki Kapal Pelayaran Genting Dream.
Ada beberapa tips untuk menaiki kapal pelayaran Genting Dream yang aku ingin kongsikan agar perlayaran anda nanti akan lebih lancar.
1. Pastikan anda membawa passport.
Pastikan anda membawa passport untuk pelayaran anda bersama Genting Dream. Harus diingatkan bahawa kapal Genting Dream ini adalah kapal dari negara Singapura dan memiliki passport adalah satu kewajipan.
Tambahan pula untuk pelayaran ini kita akan ke luar negara dan syarat untuk keluar dan masuk negara adalah memiliki passport.
2. Pastikan tarikh luput passport anda tidak kurang dari setahun.
Untuk ke luar negara, pastikan tarikh luput passport anda tidak kurang dari 1 tahun (ini adalah yang paling selamat). Jika tarikh luput passport anda kurang dari 1 tahun (6 bulan sebenarnya namun sengaja aku letakkan 1 tahun agar anda lebih berhati-hati), anda tidak akan dibenarkan belayar dan pihak Genting Dream akan meminta anda untuk menghidupkan passport sebelum belayar.
Misalnya pada hari anda ingin membuat pelayaran dan passport anda didapati kurang dari tempoh 6 bulan - 1 tahun, anda TIDAK akan dibenarkan naik sehingga anda menghidupkan semula passport anda. Jadi, pastikan anda mempunyai tempoh sah laku passport yang melebihi 1 tahun agar percutian anda berjalan dengan lancar.
3. Pastikan status vaksinasi COVID-19 anda dikemaskini di aplikasi MySejahtera
4. Pastikan anda membawa tiket pelayaran anda bersama Genting Dream (secara print atau elektronik)
5. Tidak membawa barang-barang larangan
Anda sama sekali dilarang membawa barang-barang berikut ketika pelayaran bersama Genting Dream ;
- Barangan Elektrik
- Bahan Mudah Terbakar
- Minuman Keras
Bagi melancarkan kemasukan anda ke negara Kota Singa tersebut, anda dinasihatkan untuk bersedia dengan paparan seperti di bawah untuk ditunjukkan kepada pihak imigeresen Singapura setiba sampai di sana.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat persediaan sebelum memulakan pelayaran anda bersama Genting Dream.
Untuk artikel seterusnya Insyallah aku akan kongsikan tips ketika berada di atas kapal pelayaran dan kemanakah tempat yang anda boleh tuju ketika kapal berlabuh di Pulau Pinang dan Singapura.
- reservations.en@rwcruises.com
- Singapore toll free +65 800 852 8188
- Malaysia toll free 1800 81 4852
@bebelancikmin #CapCut this is how i spent my last weekend with @SURIA team at @resortsworldcruises #fyp #bebelancikmin #info #infotainment #resortworldcruise #gentingdream #suria15tahun #suriamalaysia #suriafm #blogger #bloggerlife #travellife #traveltiktok ♬ original sound - Bebelan Cik Min
1 Comments
Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDelete