Umumnya mengetahui bahawa agak sukar untuk mendapatkan makanan Cina yang mesra Muslim di mana tiada bahan-bahan terlarang dan syubhah yang terkandung di dalam makanan tersebut.
Mujurlah baru-baru ni ada kawan yang memperkenalkan EMP KL, sebuah dining restoran yang menyediakan hidangan Cina mesra Muslim (Muslim Friendly). Semua hidangannya langsung tiada unsur-unsur syubhah cuma masih belum mendapat sijil Halal JAKIM kerana maklumlah, masih menyediakan hidangan beralkohol kerana EMP KL ini terletak di dalam sebuah hotel ternama iaitu Westin KL. Seperti biasa, aku suka untuk berkongsi review yang jujur mengenai makanan yang aku cuba di sini jadi aku mahu pembaca setia blog aku tahu bahawa makanan di sini adalah mesra Muslim (Muslim Friendly)
Variasi Rasa Makanan Chinese Muslim Friendly Di EMP KL
Melangkah masuk ke EMP KL, hati pada mulanya agak ragu-ragu tentang harga.."mampu ke aku bayar selepas makan nanti?". Maklumlah, dekorasinya yang cantik dan mewah membuat hati sedikit gentar kalau-kalau makanan di sini semahal dekorasinya.
Mata sudah pastilah terpaku dengan keindahan dekorasi di restoran mewah ini. Dengan gabungan warna keemasan menambahkan lagi aura mewah di EMP KL, apatah lagi ketika melihat buku menu yang tersedia. Namun bila dibelek setiap menu, harganya bukanlah semahal yang disangka. Pendek kata restoran mewah ini sebenarnya menghidangkan menu Cina mesra Muslim pada harga 'mampu milik'
Oleh kerana tempohari aku datang bersama 3 lagi rakan lain, maka kami menempah 7 menu termasuk dua darinya adalah pencuci mulut.
Menu pertama yang kami cuba adalah Crispy Prawn with Wasabi Mayo yang berharga RM48. Terdapat 4 ekor udang yang besar, rangup diluar namun lembut isi di dalam. Rasa mewah udang disaluti dengan wasabi mayo yang lemak-lemak manis menjadikan hidangan ini antara hidangan kegemaran aku dan rakan-rakan. Jangan terpedaya dengan namanya! Walaupun namanya Wasabi Mayo namun rasa wasabi langsung tidak menyengat seperti yang disangka. Pendek kata memang sedap sangat!
Hidangan kedua yang kami cuba ialah Double Boiled Fish Bone Soup with Dried Seafood. Harganya cuma RM48.
Bagi peminat-peminat sup cina anda wajib mencuba menu ini. Sup ini agak likat, berwarna putih dan dipenuhi dengan makanan laut kering. Walaupun namanya Double Boiled Fish Bone Soup with Dried Seafood namun tiada sedikit terasa hanyir.
Hirupan demi hirupan apatah lagi ketika sup ini panas berasap menghidpkan lagi suasana rasa berada di restoran makanan Cina.
Untuk hidangan ketiga, kami mencuba Chilled Ice Plant with Yuzz Dressing yang berharga RM25. Ini adalah sejenis hidangan salad segar yang rangup dan penuh dengan aroma wangian dari limau kasturi. Bagi penggemar-penggemar salad, anda wajib mencuba hidangan ini.
Hidangan seterusnya pula kami mencuba Signature Crispy London Duck yang berharga RM188. Jika ke EMP KL, hidangan yang anda mesti cuba adalah Signature Crispy London Duck. Dah namanya 'signature' kan? Jadi hidangan ini adalah antara menu istimewa di EMP KL.
Rasa daging itik yang rangup di luar dan 'juicy' di dalam sememangnya berbaloi untuk anda cuba. Dimasak sempurna dengan perapan khas dan resipi rahsia dari EMP KL, hidangan ini memang sangat berbaloi dengan harga.
Last but not least sudah pastilah kami mencuba pencuci meulut yang ada di EMP KL ini. Untuk pencuci mulut, kami mencuba 2 menu iaitu Red Ruby Bubur Cha Cha yang berharga RM18 dan Crispy Coconut Pancake with Gula Melaka yang berharga RM23
Pendapat Peribadi Aku Mengenai EMP KL
Alamat : 1st Floor, The Westin Kuala Lumpur, 199, Jln Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari
Sarapan & Makan Tengahari : 10 am – 3 pm
Waktu Makan Malam : 6 pm – 10 pm
Tel: +010 303 0011
Tel: +010 303 0022
Email: enquiry@empkl.com
Instagram : https://www.instagram.com/emp.kl/
Facebook : https://www.facebook.com/emp.kl
10 Comments
Tempat makan yang menarik untuk seisi keluarga.
ReplyDeleteMenu dia best best.. Mesti sedap kan..
ReplyDeleteMenu menarik. Red ruby tu antara yang saya suka. Makan sejuk-sejuk letak air batu.
ReplyDeleteMesti sedap semua ni kan
ReplyDeletemeriah betul makanan dia yek.. 🤩🤩🤩🤩
ReplyDeleteSedap sedap semua menu 😁
ReplyDeletelama tak makan chinese food.. tapi tau sedapp sangat
ReplyDeleteRoasted duck dia tu nampak menyelerakan!!
ReplyDeleteMenu banyak, sedap lak tu nampaknya. Harga mampu. Best tuuu
ReplyDeleteMenarik betul menu dia.kelaparan plak tengok makanan dia
ReplyDelete