Restoran dan syarikat katering tempatan, Santapan Ummis Hijau Kasturi di Sentul Point berbesar hati untuk membawakan kembali nostalgia aneka makanan desa sepanjang Ramadan 2023 akan datang.Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan akan bermula pada 23 Mac 2023 hingga 19 April 2023.
Ibu, walau masakannya hanya telur goreng rasa enak tidak terkata. Bertemakan ‘Air Tangan Ibu’, sebanyak lebih daripada 45 jenis makanan daripada hidangan Melayu klasik dan Nusantara untuk anda ubati rindu pada ibu yang sudah tiada atau jauh di kampung bersama kami. Cef hebat yang memenuhi sosok seorang ibu penyayang, Cef Hajah Norziah bersama suami tercinta, Cef Haji Fauzi bakal membawa anda mendakap rindu dengan masakan yang mencuri hati sejak suapan pertama ke mulut..
Tiga masakan utama setiap hari ialah Berlado, Masak Lemak dan Asam
Pedas dengan pelbagai jenis lauk utama yang dimasak berganti-ganti.
Antara menu tersebut adalah Siput Sedut Masak Lemak, Itik Salai Masak
Lemak, Kepala Ikan dengan Lobak Masin dan Daging Salai dengan
Bacang Masak Lemak.
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pilihan bakar seperti Ayam,
Kambing dan Lembu yang telah diperap dengan ramuan istimewa dan
dicicah bersama Air Asam, Sos Kicap, ‘Sambal Rindu’, Sambal Hijau atau
Sambal Mangga.
Ditambah pula, masakan seperti aneka kerabu, lauk pauk, ulaman, soto, masakan barat dan air penyegar dahaga juga ada melengkapkan. Tak lupa kuih muih,aneka bubur dan mee bakal tersedia sebagai pengikat selera. Bagi menambah kelainan pada Ramadan kali ini, para pelanggan juga bakal dihidangkan sajian ‘Dulang Berkat’ sebelum pulang. Di dalam dulang tersebut, pelanggan akan menikmati sajian terakhir yang berlainan setiap hari. Menu tersebut juga sebagai simbolik mengambil keberkatan Ramadan dalam bersedekah, dan dalam masa yang sama mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Santapan Ummis Hijau Kasturi.
Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis. Boleh memuatkan 80 pelanggan pada setiap hari dan tempahan awal sangat digalakkan bagi memastikan semuanya mudah dan senang hati.
Untuk promosi ‘early bird’ harga RM45.90 nett diperkenalkan untuk dewasa, RM17.90 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas untuk pembelian baucer tempahan sehingga 28 Februari 2023. Selepas itu, harga akan dicaj sebanyak RM 51.90 nett untuk dewasa dan RM19.90 nett ditawarkan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Dalam masa yang sama, Ummis Hijau Kasturi terus komited untuk mencegah penularan wabak COVID-19. Untuk itu, pihak restoran telah menetapkan hanya menerima 80 orang pengunjung dalam satu masa sahaja. Selain itu, buat mereka yang ingin menikmati air tangan cef yang pernah berkhidmat buat keluarga diraja Brunei ini, boleh membeli produk sejuk beku Santapan Ummis Hijau Kasturi.
Antara produk sejuk beku yang tersedia adalah Karipap ‘Sendat Padat’ , Lasagna, Popia dan Macaroni. Tidak dilupakan, produk yang sedang laris di restoran ini, Ikan Keli Dendeng Ummis juga tersedia. Menariknya, Ikan Keli tersebut merupakan ikan yang diternak di dalam sangkar dan hanya memakan makanan rumusan yang diperkaya dengan protein dan Omega 3. Untuk info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk pelbagai sajian. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.
Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan** atau sebarang acara hubungi talian
: 03-40324383(pejabat) 017-6534133(operasi) atau 011-23058511(pengeluaran/production).
*kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma ** Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan
Waktu Operasi Bulan Ramadhan : Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam Waktu Operasi Harian : Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Ummis Hijau Kasturi G3A.
Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana,
Sentul, 51200, Kuala Lumpur.
Facebook : https://www.facebook.com/ummis.hijaukasturi.9
Instagram : https://www.instagram.com/ummis_hijaukasturi/
0 Comments