Diam tak diam sudah seminggu umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Bagaimana puasa anda pada tahun ini? Semoga pada tahun ini kita dapat menggandakan amalan kita dengan lebih sempurna.
Bagaimana pula dengan persiapan raya? Bagi yang sudah berkeluarga terutama yang mempunyai anak pastinya persiapan raya akan lebih meriah. Tambahan pula jika memakai sedondon di pagi raya. Aku akui, kadangkala agak sukar untuk memilih pakaian sedondon di pagi raya kerana kadangkala baju ibu dan ayah memang ada tapi baju untuk anak-anak pula tiada yang sama. Terpaksalah pergi ke dua atau tiga kedai semata-mata untuk memastikan seisi keluarga dapat memakai pakaian sedondon.
Koleksi Baju Raya Sedondon Di Shara Othman
Memahami keperluan untuk pakaian sedondon di pagi raya, butik Shara Othman telah mengeluarkan koleksi baju sedondon ibu dan anak di pagi raya. Antara koleksi baju sedondon ibu dan anak yang dikeluarkan adalah ;
1. Kartini
Menggunakan kain tafetta silk + cotton, koleksi baju Kartini didatangkan dengan potongan Riau yang mampu mengimbau kenangan raya seperti zaman dulu-dulu. Raya pasti lebih bermakna bila si ibu dan anak menggayakan bersama koleksi Kartini dari Shara Othman.
2. Tijah
Jika anda penggemar baju Kebarung, apa kata anda mencuba koleksi Tijah yang didatangkan dengan kain jenis cotton eyelet dengan potongan moden belahan di hadapan. Pastinya ib dan anak kelihatan lebih ayu dengan koleksi Tijah di pagi raya.
3. Camelia
Bagi penggemar rekaan yang lebih moden, Camelia adalah koleksi yang tepat untuk anda. Diperbuat dari lace + satin pleated crush dengan potongan dress bertingkat, anak-anak pasti menyukai koleksi ini kerana lebih mirip untuk tampil seakan 'princess; di pagi raya.
2 Comments
Nampak banyak koleksi klasik kan
ReplyDeleteKak Min, cantik plak tengok koleksi Saoma tu. Naik dalam gambar kan. Nice.
ReplyDelete