Buat julung kalinya Suria FM bersama label muzik Nova menghasilkan sebuah lagu khas sempena Ramadan berjudul ‘Ilusi Fatamorgana’ nyanyian penyampai Morning Morning Suria, Ajak, Shuib dan Suraya.
Lagu Ilusi Fatamorgana menyampaikan mesej mengenai insan yang sedang berusaha mencari kehidupan sebenar di sebalik kegelapan dan ia sangat sesuai didengar oleh semua lapisan masyarakat. Kami di Suria FM amat berharap pesanan yang disampaikan menerusi lagu berunsur kehidupan dan kemanusiaan ini diterima baik oleh semua pendengar khususnya seluruh umat Islam yang kini sedang menyambut Ramadan,
ujar Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin).
Jangan lupa saksikan video muzik rasmi Ilusi Fatamorgana pada 28 Mac 2023 (Selasa) menerusi platform digital Suria, laman web suria.my, saluran youtube Suria TV serta media sosial Suria Malaysia.
Maklumat lanjut, layari laman web Suria, suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia
Facebook: @SuriaMalaysia
TikTok: @suriamalaysia
Youtube: SuriaTV
Twitter: @suria_malaysia
Ikuti Suria di frekuensi berikut:-
105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping |
96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan |
88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru
Lirik Ilusi Fatamorgana
Perjalanan hilang cahaya menuju ke titian Mengharap sinar kembali bergemerlapan Tercari-cari hala dan arah tujuan
Ini bukan ilusi, benar-benar depresi Lara duka nestapa menggegar diri Luka makin melebar tiada daya berlari Jiwaku rasa ingin mati
Tertanya oh di mana ketenangan ku seru Lelah tercari-cari tapi palsu keliru Bagai fatamorgana hanya hilang menipu Rupanya di sebalik sejadah berdebu
Berkisah di atasnya hanya pada yang satu Menangis sepuasnya itu tidak mengapa Luahkan rasa gundah hilangkan rasa pilu Bisikan makar jangan dibiar bertakhta | Oh Tuhan ku tak berdaya Tanpa kasih sayang ku buta Pimpin arah jalan cinta
Luka makin melebar tiada daya berlari Jiwaku rasa ingin mati
Tertanya oh di mana ketenangan ku seru Lelah tercari-cari tapi palsu keliru Bagai fatamorgana hanya hilang menipu Rupanya di sebalik sejadah berdebu
Berkisah di atasnya hanya pada yang satu Menangis sepuasnya itu tidak mengapa Luahkan rasa gundah hilangkan rasa pilu Bisikan makar jangan dibiar bertakhta
Luahkan rasa gundah hilangkan rasa pilu Bisikan makar jangan dibiar bertakhta |
0 Comments