PROMOSI BAJU RAYA DI BUTIK CHENTA LUNAR

Belum terlambat lagi rasanya untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Bagaimana dengan puasa tahun ini? Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan semoga kita dapat mempertingkatkan lagi ibadah kita pada tahun ini.


Bila dah masuk bulan puasa ni sudah pastilah persiapan raya juga meriah. Dah pilih ke baju raya? Aku pada tahun ini Insyallah akan beraya dengan baju-baju dari Butik Chenta Lunar yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam.




Memang dah menjadi kebiasaan aku setiap tahun akan mencari baju raya di sekitar Seksyen 7 Shah Alam sebab berdekatan je dengan rumah aku. Tapi berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, aku telah memilih persiapan raya aku di Butik Chenta Lunar.


Terletak hanya bersebelahan dengan bangunan PKNS Biz Point, Seksyen 7 Shah Alam, Butik Chenta Lunar ini sebenarnya baru sahaja memulakan operasi pada Oktober 2022. kenapa aku memilih baju raya di Butik Chenta Lunar? Sebab banyak promosi baju raya yang diadakan di sini.




Bermula 1 Ramadan, iaitu 23 Mac 2023 konsep baju raya Ibu & Anak akan dilancarkan dengan harga RM150 ke bawah. Rebutlah peluang ini dengan berjimat tapi mampu tampil meriah di hari raya. Konsep “Mother Daughter Type” ini memberikan kemudahan kepada para ibubapa untuk membeli baju raya sedondon di bawah satu bumbung. 

 

Buat yang inginkan lebih glamor, perkhidmatan ‘on the spot request’ bagi pelanggan yang ingin menambah manik, lace atau sebagainya. Perkhidmatan ini jarang ditawarkan oleh butik lain, tapi inilah kelainan Butik Chenta Lunar. 



 

Menjelang kedatangan Syawal tidak lama, datanglah beramai-ramai ke Butik Chenta Lunar yang menjanjikan rekaan dan warna menawan.Sudah tentunya akan memberikan anda sekeluarga banyak pilihan untuk lebih bergaya di hari raya!


Tidak hanya menyediakan baju kurung, baju kurung moden, jubah dan baju kurung kanak-kanak, bagi anda yang ingin mencari baju korporat seperti dress, office attire, casual, cardigan, jump suit semuanya tersedia di Butik Chenta Lunar. Selain itu, baju kurta eksklusif turut dijual.


 

Bersempena hari raya yang bakal tiba, bagi yang membeli belah melebih RM150 ke atas, tersedia  free gift istimewa dari Butik Chenta Lunar. 

 


Selain itu, tempahan baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaid, baju graduasi atau baju korporat juga boleh ditempah di sini. Butik Chenta Lunar mempunyai tenaga bagi melakar rekaan dan juga menjahit tempahan yang ditempah. 


Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang butik Chenta Lunar atau promosi-promosi yang sedang berlangsung, apa kata anda layari lama sosial mereka di ;


Instagram : https://www.instagram.com/chentalunar/

Facebook : Chenta LUNAR

TikTok : https://www.tiktok.com/@chentalunar



Post a Comment

1 Comments

  1. alahaiii...cecantik cecomel baju haaa...gewammmm nengoknyaaa..nasib takde saiz HAHAHA

    ReplyDelete