CITARASA 40000 BUFFET DINNER DI BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM

Belum terlambat rasanya jika aku ingin kongsikan satu lagi tempat berbuka puasa yang ada di Lembah Klang ni. Dan kali ni aku ingin kongsikan Buffet Dinner yang dihidangkan di Best Western i-City Shah Alam.


Bagi pembaca setia blog aku pasti tahu antara tempat kegemaran aku sama ada berbuka atau pun percutian ialah Best Western i-City ni. Jadi, sekali lagi pada tahun ini aku ingin kongsikan apa yang menarik yang ada untuk berbuka puasa di Best Western i-City ni.


Pada tahun ini Best Western i-City Shah Alam mengetengahkan Citarasa 40000 Buffet Dinner dengan menghidangkan pelbagai jenis masakan dari beberapa negara seperti Thailand, Indonesia dan Arab. Menggunakan 40000 sebagai simbolik poskod Shah Alam di mana terletaknya hotel ini, Best Western i-City menyediakan 7 stall dengan pelbagai pilihan makanan kepada para pengunjung.


Jika anda peminat makanan Thai seperti aku, jangan lepaskan peluang untuk mengambil makanan di stall Thai yang menyediakan makanan asli Thai seperti Miamg Kham, Tako, Pad Thai, Som Tam dan banyak lagi.



Jika anda peminat Nasi Ambeng boleh terus ke stall Indonesia atau jika anda peminat Nasi  Briyani apa kata anda terus ke Indian Stall. Menariknya di sini Nasi Briyani yang dihidangkan adalah di dalam buluh!



Peminat masakan melayu pastinya akan dihidang dengan masak lemak salai, kerabu dan macam-macam lagi. 


Jika anda berminat untuk mencuba makanan di sini anda boleh membuat tempahan sekarang dan harga adalah seperti berikut ;

Dewasa : RM128 nett

Kanak- kanak : RM96 nett

Warga Emas : RM96 nett

Untuk membuat tempahan anda boleh hubungi ;

Tel : 03-55219000

Email : enquiry@bestwestern-icity.my

Post a Comment

0 Comments