Tidak dinafikan, pemakaian jam tangan sangat membantu si pemakai tampil dengan lebih bergaya. Namun, sesetengah jam hanya berfungsi untuk melihat masa.
Berlainan dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora iaitu sebuah jam pintar dengan pelbagai kegunaan. Tidak hanya boleh melihat masa tetapi Kieslect Lady Calling Watch Lora ini juga boleh membantu si pemakai dengan urusan harian seperti menjawab panggilan telefon, membaca mesej mahu pun mendengar lagu.
Diperakui oleh CE, RoHS, FCC dan UKCA, Kieslect membuktikan bahawa produknya mematuhi standard kualiti. Diwujudkan sejak tahun 2017 Kieslect membekalkan jam tangan pintar kepada lebih 5,000 kedai di lebih 60 buah negara. Ini bermakna Kieslect bukanlah calang-calang jenama.
Kieslect Lady Calling Watch Lora Bantu Tampil Lebih Bergaya
Tertarik dengan reka bentuk jam tangan pintar dari Kieslect, aku tak mahu lepaskan peluang untuk memiliki jam jenama Kieslect untuk wanita iaitu Kieslect Lady Calling Watch Lora.
Kieslect Lady Calling Watch Lora sebenarnya didatangkan dalam 3 warna yang sesuai untuk wanita iaitu merah jambu, emas dan ungu tetapi aku memilih warna ungu.
Menariknya tentang Kieslect Lady Calling Watch Lora ini ialah tali jamnya 'double strap' iaitu mempunyai 2 warna berbeza dan boleh ditukar mengikut kesesuaian.
Selain itu Kieslect Lady Calling Watch Lora ini juga stable BT 5.2 Calling iaitu mempunyai sambungan bluetooth yang sangat stabil hinggakan si pemakai boleh menjawab panggilan telefon tanpa sebarang masalah..seolah-olah bercakap menggunakan telefon sebenar!
Antara lain yang menariknya Kieslect Lady Calling Watch Lora ialah 3D Fullview Colorful Display.
Antara Fungsi-Fungsi Kieslect Lady Calling Watch Lora
Terdapat kira-kira 19 fungsi yang terdapat di dalam Kieslect Lady Calling Watch Lora ini antaranya ;
✅ Sport Mode : Terdapat 70 modes sukan disediakan termasuk running, cycling, skipping, badminton dan banyak lagi.
✅ Status : Merekod berapa langkah, jarak dan kalori
✅ SOS : Nombor SOS boleh diwujudkan untuk waktu-waktu kecemasan.
✅ Phone : Berfungsi hampir sempurna seperti telefon pintar iaitu boleh membuat panggilan melalui jam tangan pintar, merekod sejarah panggilan dan boleh menambah 'contact'
✅ Breath Rate : Mengukur bacaan terkini pernafasan
✅ Sleep : Merekod berapa lamakah waktu tidur termasuk tidur yang berkualiti dan jumlah tidur yang tidak lena.
✅ Music Control : Boleh mendengar muzik direct di jam pintar dengan menghubungkan bluetooth di telefon pintar.
✅ Heart Rate Monitoring : Ukur nilai kadar denyutan jantung semasa, jam tangan boleh merekod dan memaparkan nilai kadar denyutan jantung selama 24 jam sepanjang hari, dan memantau kadar denyutan jantung secara automatik setiap 10 minit.
✅ Alarm : 8 loceng yang boleh disetkan dan jam akan bergetar ketika loceng dibunyikan.
✅ Weather : Jam akan menunjukkan keadaan cuaca semasa.
✅ Breath : Tetapkan cara dan masa pernafasan dan ikut arahan latihan untuk melengkapkan latihan pernafasan
✅ Voice Assistant : Jam tangan pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora ini juga dilengkapi dengan pembantu suara
Terdapat banyak lagi fungsi yang boleh dimanfaatkan dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora seperti Games, SMS Quick Reply dan banyak lagi.
Pendapat Peribadi Aku Sebagai Pengguna Kieslect Lady Calling Watch Lora
Seperti yang aku ceritakan di atas, aku sebenarnya tertarik dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora setelah mengetahui tentang fungsi-fungsi yang ada di dalam jam tangan pintar ini.
Pada aku, jam ini sendiri sangat membantu aku menjalani kehidupan peribadi misalnya ketika bersenam. Dengan adanya fungsi Sport Modes aku dapat mengatur perjalanan senaman dengan lebih teratur.
Dari segi kehidupan peribadi pula, aku paling tertarik dengan fungsi Sleep pada Kieslect Lady Calling Watch Lora ini kerana ianya dapat mengesan tidur yang berkualiti. Dengan adanya fungsi ini aku dapat uruskan masa untuk mendapat tidur yang berkualiti kerana dengan tidur yang berkualitilah kita akan menjalani kehidupan seharian yang bertenaga dan ceria sepanjang masa
Bukan itu sahaja, sejak menggunakan Kieslect Lady Calling Watch Lora ini aku rasa pemanduan aku lebih selamat kerana aku tidak lagi perlu menjawab panggilan kecemasan ketika memandu kerana Kieslect Lady Calling Watch Lora dibangunkan dengan sambunga bluetooh 5.2 yang stabil yang membolehkan aku menjawab panggilan dengan jam tangan pintar ini. Hanya perlu tekan butang 'answer' dan aku dapat berkomunikasi dengan jelas sejelas bercakap menggunakan telefon pintar biasa.
Oh ye! Buat pengetahuan selain Kieslect Lady Calling Watch Lora, Kieslect juga mengeluarkan Kieslect Calling Watch Ks dan juga Kieslect Calling Watch Kr Pro yang juga sangat cantik, moden dan berfungsi sama seperti Kieslect Lady Calling Watch Lora
1 Tahun Insurans Jaminan Gantian
Apa yang menarik lebih minat aku untuk membeli jam tangan pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora ini adalah kerana dengan setiap pembelian jam tangan pintar Kieslect mereka menawarkan 1 tahun insurans jaminan gantian.
Dalam tempoh 1 tahun pembelian, pelanggan boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) dengan produk yang baru. Walau bagaimanapun jaminan ini tidak tertakluk kepada kerosakan yang sengaja dibuat ya!
Diskaun Buat Pembaca Blog Aku
Ini ada berita gembira khas buat semua pembaca blog aku kerana dengan pembelian jam tangan pintar ini anda akan mendapat diskaun jika menggunakan kod seperti berikut ;
✅ Kieslect Calling Watch Ks
Kod Voucher RM10 : KIESKS
✅ Kieslect Lady Calling Watch Lora
Kod Voucher RM5 : KIESLORA
Pembelian boleh dibuat melalui platform Shopee ;
Untuk maklumat lanjut mengenai Kieslect anda boleh layari Kieslect Official Social Media Platform ;
Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY
Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
Twitter: https://twitter.com/KieslectMY
1 Comments
Cantik design dia, cukup feminin tapi functional habis!
ReplyDelete