REVIEW FILEM | RIDE ON

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menyaksikan filem screening terbaru dari lagenda filem Hong Kong iaitu Jackie Chan yang bertajuk Ride On. Filem yang berdurasi 2 jam 6 minit ini adalah sebuah filem yang bergenre aksi dan komedi.


REVIEW FILEM | RIDE ON
Gambar Kredit : Shanghai Pictures

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 13 April 2023. Jom aku kongsikan sinopsis filem Ride On.


Sinopsis Filem Ride On


Tajuk Filem    

Ride On

Durasi

2 Jam 6 Minit

Bahasa

Kantonis

Genre

Aksi, Komedi

Klasifikasi 

P12

Pengarah

Larry Yang

Pelakon 

Jackie Chan, Liu Haocun, Kevin Guo (anak kepada artis crosstalk terkenal Guo Degang) , Wu Jing, Andy On, Joey Yung dan ramai lagi.

Penerbit  

Shanghai Pictures Sdn. Bhd

Edaran

Lotus Five Star bersama rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing

Tarikh Tayangan

13 April 2023


Ride On mengisahkan tentang pelakon lagak ngeri bernama Luo (Jackie Chan) yang menghadapi masalah hutang membebankan hingga kuda kesayangannya bernama Red Hare bakal menjadi taruhan. Red Hare yang dibela sejak lahir oleh Luo menjadi sebahagian dari keluarga Luo dan dianggap sebagai anak sendiri.


REVIEW FILEM | RIDE ON
Gambar Kredit : Shanghai Pictures


Luo, seorang pelakon lagak ngeri yang menghadapi krisis kemerosotan di dalam hidupnya mula meminta bantuan anak perempuan (lakonan Liu Haocun) yang sudah 6 tahun tidak berhubung dengannya. 


Bao yang menyimpan marah kepada Luo yang dianggap sebagai ayah yang tidak bertanggungjawab pada mulanya enggan membantu ayahnya namun setelah melihat sendiri kesusahan yang dihadapi oleh Luo akhirnya Bao dengan bantuan teman lelaki yang bekerja sebagai peguam sudi membantu Luo.


REVIEW FILEM | RIDE ON
Gambar Kredit : Shanghai Pictures

Bukan sahaja membantu ayahnya dari segi tuntutan mahkamah terhadap kes penglelongan kuda Luo, malah membantu Luo di set penggambaran. Namun begitu konflik kembali bergolak antara bapa dan anak ini apabila Bao melihat bapanya mempergunakan Red Hare hingga tidak memperdulikan risiko yang dihadapi kuda tersebut setiap kali mereka melakonkan aksi lagak ngeri di set penggambaran.


Keadaan bertambah tegang apabila Luo mendapat tawaran melakonkan lagak ngeri bersama Red Hare dan tawaran ini pastinya dibantah oleh anak perempuannya. Disinilah Luo akhirnya terpaksa memilih antara minat dan kecintaan kerjaya sebagai pelakon lagak ngeri atau keluarganya.


Pendapat Aku Mengenai Filem Ride On


Ride On pastinya sebuah filem hebat yang penuh aksi, komedi dan juga sarat dengan emosi. Dari awal filem lagi Jackie Chan sudah menambat hati penonton dengan lakonan aksi dan komedi yang dibawa beliau.


Masuk jam berikutnya, filem ini mula memainkan emosi penonton. Hubungan kasih sayang dan kekeluargaan yang kuat antara Luo (Jackie Chan) dan kudanya bernama Red Hare pastinya meruntun hati penonton. Aku sendiri tidak terkecuali dari menitiskan air mata ketika menonton filem ini setelah dipaparkan dengan babak-babak yang tidak mengeringkan gusi.


Tambah emosi apabila ada terselit babak-babak lama lakonan Jackie Chan ketika muda yang melakonkan aksi lagak ngeri yang membahayakan hingga mendatangkan kecederaan. Filem ini bijak mengusik emosi penonton dengan mengimbau lakonan dari muda Jackie Chan yang dikaitkan dengan sebab kenapa Luo 'mengabaikan' keluarganya menurut pandangan mata anak perempuannya yang bernama Bao.

REVIEW FILEM | RIDE ON
Gambar Kredit : Shanghai Pictures



Dari segi babak aksi, berbanding filem-filem Jackie Chan yang terdahulu filem Ride On ini agak kurang dengan babak aksi. Mungin kerana faktor usia Jackie Chan sendiri yang berusia 69 tahun namun masih tidak mengecewakan. Babak-babak aksi Luo melawan watak antagonis yang dilakonkan oleh Andy On masih lagi dapat mengubat rindu peminat-peminat Jackie Chan.

REVIEW FILEM | RIDE ON
Gambar Kredit : Shanghai Pictures


Apa pun bagi aku filem ini masih menjadi filem terbaik Jackie Chan untuk tahun 2023. Berapa bintang yang aku akan berikan? 9/10 untuk keseluruhan filem termasuk babak yang meruntun emosi aku sebagai penonton.

Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan file Ride On ini di pawagam berdekatan anda pada 13 April 2023.

Post a Comment

1 Comments